Pasaraya GIANT Kuala Selangor Diserbu Penerima Baucer RM 100 Pakatan Rakyat... #DatoIrmohizam & Dato Amirudin Setro Sila Ambil Perhatian!!!


"Macam semut harung gula", itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan suasana di Pasar Raya Besar GIANT di Kuala Selangor hari ini.

Hari Raya yang bakal tiba dalam beberapa hari ini membuatkan orang ramai berpusu-pusu membeli barangan untuk persiapan Hari Raya daripada pakaian sampailah ke barangan untuk membuat kuih muih.

Tetapi apa yang menarik yang penulis nak ceritakan hari ini ialah mereka yang berpusu-pusu datang membeli-belah itu diantaranya adalah 1000 orang peserta yang menerima baucer RM 100.00 daripada Parti Pakatan Rakyat sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menurut sumber, hari ini adalah kali ketiga kumpulan besar yang ditaja Parti Pakatan Rakyat in membeli belah di Pasar Raya Besar tersebut, sebelum itu 1000 peserta yang dibahagikan kepada 2 kumpulan telah berbuat demikian.

Ini bermakna dalam 1 minggu telah ada 2000 orang peserta yang ditaja Parti tersebut telah mendapat manfaat daripada Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat.

Bagaimana dengan Parti Barisan Nasional (BN)?.. Opppss.. penulis terlupa yang pemimpin-pemimpin Parti BN sekarang sedang sibuk mengatur kapal-kapal untuk pemilihan parti yang sudah tidak lama lagi dengarnya.

Mungkin penulis terlupa dalam Parti BN ni pemilihan pemimpin parti lebih penting daripada nasib rakyat yang bertarung nasib nak menyediakan persiapan raya untuk anak keluarga.

Kalau pemimpin menang dalam pemilihan pemimpin parti nanti mereka akan menjadi orang kaya hasil daripada projek-projek  yang disalurkan oleh kerajaan kepada mereka dan kroni-kroni mereka.

Kerana itu, persiapan yang rapi dan teratur amat perlu dalam memastikan kapal-kapal yang membawa kroni-kroni mereka tidak tenggelam sebelum mencapai kemenangan.

Sibuk kan?..

Tetapi berbeza pula dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang kini sibuk membela nasib si miskin yang nak beraya.

Walaupun RM 100 tak lah sebesar mana tetapi bagi orang miskin duit itu cukup untuk mereka membeli beberapa barangan keperluan seperti gula 1Malaysia, Tepung 1Malaysia, Minyak Masak 1Malaysia dan pelbagai lagi produk 1Malaysia yang murah dan dengan RM 100 tersebut cukuplah buat mereka untuk menyediakan sedikit makanan ala kadar di pagi raya.

Jadi dimanakah dan apakah yang pemimpin Barisan Nasional ketika ini?.. Cukupkah dengan sebungkus bubur lambuk yang diedarkan oleh pemimpin dan wakil rakyat BN untuk memenagi hati rakyat Marhaen dalam kawasan masing-masing untuk mereka mengundi BN pada masa akan datang.

Sedarkah pemimpin BN terutanya di Selangor bahawa Pemimpin Parti Pakatan Rakyat tidak pernah berhenti untuk membuktikan bahawa kerajaan mereka lah yang sebenarnya membela nasib rakyat miskin dan hina.

Setakat ini dulu.. penulis akan sambung cerita ini di lain artikel.. 

*Dato Irmohizam Ibrahim & Dato Amirudin Setro sila ambil perhatian.. mungkin nama anda akan disebut pada artikel akan datang.. heheheheheh

3 comments:

Jamal Rafaie said...

Nik Aziz berkata pemberian BR1M adalah satu gula-gula kepada rakyat dan umpama memberi ayam makan. Saya tidak pasti apa pula yang akan dikatakan oleh Nik Aziz tentang pemberian RM100 Jom Shopping ini.

Pendapat saya, mengapa Kerajaan Selangor membuat program2 seperti ini, ianya kerana kerajaan pusat juga membuat perkara yang sama. Mereka kerajaan yang bersendirian, maka mereka perlu menunjukkan bahawa mereka buat kerja. Berlainan pula dengan kerajaan negeri BN, kerana kerajaan Pusat dipimpin BN sudah cover bantuan2 kepada org miskin dan ianya memberi kredit yang sama kepada Barisan Nasional.

Saya tidak fikir pemimpin UMNO Selangor harus dipersalahkan 100%. UMNO Selangor bukanlah sebuah kerajaan dan mereka adalah pembangkang. Saya juga melihat ada program bantuan Hari Raya merupa wang tunai diberikan oleh wakil rakyat BN dan mungkin kerana ramai orang tidak tahu tentang program tersebut, ada orang anggap bahawa wakil rakyat BN tidak buat kerja.

JOM SHOPPING bolehlah dikira sebagai PROGRAM NASIONAL seperti BR1M kepada kerajaan negeri Selangor. Kita harus optimis bahawa untuk memenangi semula hati rakyat Selangor bukan hanya semata-mata dengan duit, tetapi ianya lebih kepada cara pembawakan isu dan halatuju yang bakal dibawa oleh BN Selangor. BN Selangor banyak kepincangan dalaman dan kerajaan BN Selangor dulu tak beringat dengan servis mereka. Itu yang saya nampak bagaimana nak menangkan semula BN, masalah dalaman harus diselesaikan terlebih dahulu.

Tak guna buat JOM SHOPPING RM200 (up RM100 daripada PR) kalau parti sendiri tak mantap. Kalau BN dah menang balik di Selangor, macam-macam lagi program Kerajaan Prihatin dengan kepimpinan BN Selangor yang lebih bertanggungjawab.

Tak guna bagi duit banyak2, kalau depa kata ; "Ambil je duit tu, undi tarak". Duit habis, undi pun tak dapat.

Yang manakah lebih selamat? Guna duit untuk mantapkan parti, atau buang duit dengan parti hampeh?

Anonymous said...

Saudara dan saudari yang mencintai Dharma
Biar saya ceritakan sejarah tentang SAMNAK SAMBODHI, TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR. Kali terakhir kami menjadi ahli kuil tetapi kini kami berjauhan kerana kini Ahli Jawatankuasa amat berbangga dengan aktiviti dan tugas kuil.
Sebaliknya, presiden kuil sekarang ialah YIP KUM FOOK dan anaknya YIP JIUN HANN. Anaknya selalu berkata kepada para penganut: KUIL INI ADALAH KUIL BAPA SAYA. Atau ayah saya punnya harta …kami semua diam, kerana Kami tahu kuil ini dari mana asalnya...
Kini AHLI JAWATANKUASA kuil adalah satu-satunya kumpulan mereka sahaja. Orang lain tidak boleh menyertai sebagai ahli dan menggunakan sami Myanmar hanya untuk perkhidmatan dan berkat. Hanya sami Myanmar sahaja yang sangat fikiran cerdik (Semua sami dari Myanmar berpangkat DR atau PH. D), tetapi penganut di sini sangat keliru kerana penganut Buddha di sini tidak pernah mendengar nama itu (gelaran).
Jika kita faham ajaran Buddha yang mencipta KARMA BURUK. akan menerima apa yang telah dilakukan
oleh Jawatankuasa sebelumnya
Samnak Sambodhi, Desa Jaya, Kepong, KL

Anonymous said...

PLEASE ALL MCA MEMBERS FAR FROM YIP KUM FOOK!
请远离马华党员 叶金福!

敬爱的马华公会中央领导層,
现在世界各先进国都盡力保存佛教的文化和保护佛教的僧侶,但马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman) 却反其道而行, 帶一般流垊到佛教埾地(SAMNAK SAMBODHI THAI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA)試圄摧毁佛教文化, 挑衅和打架, 并电招警方人員要扣留佛寺沙彌, 这种不按佛教條规, 軽视佛教精神的行动, 对世界佛教信徒实有侮辱之举, 的确令人不敢恭维.

除此之马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak)也利用杖势, 連众人朝拜的印度廟TAMAN DAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR 放火燒毁把土地佔为已有, 马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman)这种冒犯宗教的不良行为, 已引起廣大的大马人民愤怒而不满, 所以, 在耒屇的大选, 希望马华公会的中央领神, 能深明大義, 对此娄党员, 最好疏薳距离, 以免影响选票, 造成马华公会大大的败北, 遗恨江山此致, 并祝安康, 工作快乐.

This Datuk is very bad like a dog; everyone has to send any message to the King(Agong) because it is a shame for the whole of Malaysia to be called Datuk
By Ng Swee Huat, Kepong