#BantahTTPA [3] : MITI mahu bunuh rakyat jika tandatangani perjanjian


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan memulakan dua lagi kajian kos faedah sebagai input yang menilai kepentingan negara dan rakyat dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Menteri MITI, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kajian kos faedah itu adalah analisis kepentingan negara dan kepentingan bumiputera serta industri kecil dan sederhana (IKS) yang akan disiapkan dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi.

Memang nampak MITI sangat tertarik dengan perjanjian yang sememangnya merugikan negara ini tetapi apakah sebab sebenar yang membuatkan MITI jadi begitu?

Secara ringkas mungkin MITI amat tertarik dengan keuntungan ratusan bilion yang di sebutkan Negara Amerika jika Malaysia menandatangani perjanjian itu tetapi dalam masa yang sama juga MITI mengetahui Malaysia akan mengalami kerugian besar jika gagal dalam menganalisis secara teliti tawaran tersebut.

MITI masih berahsia dan tidak mahu isi perjanjian itu diketahui umum dan itu yang menimbulkan persoalan.

Mengapa perlu takut sangat jika ia boleh memberi keuntungan besar kepada negara? biarkan pakar-pakar ekonomi bertanya dan jika benar ia untung tidak akan ada masalah untuk menjawabnya melainkan ada usaha menyogok atau "under table" supaya isi perjanjian dirahsiakan.

Apa yang diminta oleh NGO-NGO yang membantah adalah isi perjanjian iu tetapi MITI berhempas pulas mengelak untuk mendedahkannya.. Apa yang rahsia sangat ada di dalamnya?

Atas sebeb itulah penulis tidak mahu mengulas panjang kerana perkara asas dalam cerita ini adalah "ISI PERJANJIAN!!!" 

Tun Dr. Mahathir dalam satu Persidangan Meja Bulat TPPA anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) telah meminta kerajaan mempertimbangkan untuk tidak menandatangani TPPA.

Ini kerana, beliau menyifatkan perjanjian itu akan membawa kepada penjajahan baharu oleh negara kuasa besar kerana terma yang dikenakan memberi lebih banyak kerugian kepada Malaysia berbanding keuntungan.

Jika bekas Perdana Menteri yang telah membanginkan negara ini puluhan tahun dan berjaya membawa negara ini hingga dikenali dunia telah bersuara adakah itu adalah gurauan?

Fikirlah dan mari kita sama-sama dalam kempen #BantahTPPA agar negara ini tidak terlingkup dek kerana kerakusan nafsu manusia-manusia dalam MITI untuk membawa Malaysia menandatangani perjanjian TPPA ini.

#BantahTPPA

No comments: