18 August 2013

Detik Manja NOH OMAR Suapkan Isteri Depan Rakyat Tanjong Karang. Cerrr Korang Tengok!!!


Alhamdulillah sempat juga malam ni penulis singgah di Majlis Rumah Terbuka Dato' Seri Noh Omar, Ahli Parlimen Tanjong Karang.

Kehadiran penduduk untuk bersama meraikan majlis tersebut memang tidak mengecewakan walaupun Noh Omar tidak lagi memegang jawatan menteri.

Apa lagi yang ada pada Noh Omar hingga penduduk Tanjung Karang sanggup berpusu-pusu hadir ke majlis tersebut?

Pada pendapat penulis semua itu adalah kerana jasa yang pernah ditabur oleh Noh Omar kepada rakyat di kawasan Parlimennya.

Memang banyak isu yang cuba ditimbulkan semasa Noh Omar memegang jawatan Menteri Pertanian dulu, malah hingga kini masih lagi tidak putus-putus pihak yang tidak berpuas hati menyerang kepimpinan beliau.

Penulis bukan mahu memuji atau membela tetapi itulah kenyataan sebenar dan risiko yang harus diterima sebagai seorang pemimpin rakyat.

Tomahan, fitnah dan pelbagai cara dilakukan oleh pihak yang bertentangan untuk menjatuhkan beliau namun semua itu ditempuh dengan tenang.

Hari ini walaupun tidak lagi berjawatan tinggi Noh Omar masih disayangi rakyatnya di Tanjong Karang, mereka masih lagi percaya yang Noh Omar adalah pemimpin terbaik untuk mereka mengadu nasib dan minta menyelesaikan masalah.

Tahniah Noh Omar.

Dalam majlis itu juga, Noh Omar sempat diraikan sempena Ulangtahun Perkahwinannya yang ke-30.

Walaupun sudah lama namun romantiknya masih ada. 

Akhir kata,penulis Ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke-30. 

Semoga YB Dato Seri Noh OMar terus kekal memerintah dan melaksanakan tugas dengan baik demi rakyat dan terus dianugerahkan kesihatan yang baik Oleh Allah Swt.

Penulis kongsikan sedikit gambar semasa majlis tersebut.














No comments:

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *