Mesti Baca 1: Dulu masa nak undi Wakil Rakyat BN sanggup Makan Taik tapi bila dan Menang jadi GANGSTER tak boleh ditegur!


Salam. Masih dalam mood Pemilihan UMNO.

Menulis sedikit pandangan tentang pemimpin parti dan kerajaan umumnya UMNO oleh blogger Pro Kerajaan seringkali dipandang hina dan khianat oleh sesetengah pemimpin dalam Parti UMNO.

Apa yang nak penulis nyatakan secara ringkas di sini ialah tentang kehebatan Pemimpin UMNO yang hebat dan tak boleh ditegur.

Dalam PRU 13 rakyat telah dipaksa untuk membuat pilihan dan boleh juga dikatakan diberi ugutan samada memilih Pari BN atau Parti PR sebagai wakil rakyat jika tak mahu hidup susah.

Maka rakyat dengan keadaan yang seba salah, geram, marah, kecewa, sakit hati dan takut telah membuat pilihan untuk mereka mengangkat pemimpin yang mereka rasakan boleh memberikan sedikit perubahan dalam pentadbiran negara yang seterusnya akan berusaha untu membantu rakyat yang hidupnya kian sukar dalam kemelut dan gelombang kemelesetan dan huru hara yang berlaku di seluruh dunia.

Dalam Negeri Selangor, lebih daripada separu rakyat telah memilih untuk memberikan undi mereka kepada Parti PR dan ini terbukti daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan BN hanya dapat 12 dan dari 22 kerusi Parlimen BN hanya dapat 5 kerusi.

Mereka telah memilih dan itu hak mereka untuk memilih.

Selepas pemilihan itu selesai dan wakil rakyat itu telah terpilih dimanakah mereka?

Ya mereka semua buat kerja dan kita nampak gerak kerja mereka dan kita bersyukur kerana mereka buat kerja dan tiada siapaun mnafikan apa yang mereka buat.

Tapi jangan ingat apabila mereka sangat besar apabila berada di atas sana! tak boleh ditegur! dan tak boleh diberi pandangan!

Masa nak undi tangan pakcik pengankat taik yang busuk hina yang kehidupannya lebih baik dari ANJING dan BABI itu dipeluk cium hanya kerana mahu mereka mengundi dan memilih wakil rakyat yang bertanding.

Tapi sekarang bila dah dapat tunjuk hebat dan bila ditegur berlagak macam gangster!

Penulis tujukan tulisan bodoh penulis yan tak sekolah ini khas untuk wakil rakyat BN yang telah menang di Selangor dan jika tak puas hati dengan tulisan penulis boleh terus menghubngi penulis di alamat email seperti berikut : penadaritanahmelayu@gmail.com

Jangan pelik la kalau penulis tulis camni sebab penulis tak sekolah dan tak hebat macam Ahli Parlimen dan ADUN BN di seluruh Selangordan Malaysia tetapi penulis punya hati dan nak luahkan sedikit kekecewaan kepada wakil rakyat yang terpilih ni.

Jadi kepada yang kenal penulis dan tahu dimana penulis berada leh terus jumpa penulis dan jika nak blok apa-apa gerakan penulis dipersilakan dengan segala hormatnya..

Ada sambungan......................


No comments: