#BantahTPPA [1] : Perjanjian Perdagangan Yang Membawa Bencana


Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) memang ramai yang tidak tahu tentangnya dan tidak kurang juga ramai yang diantara kita tidak ambil tahu dan menganggapnya adalah perkara biasa dalam rundingan antara kerajaan dalam perdagangan antarabangsa.

Namun jika anda tahu apakah yang TPPA mampu buat pada anda dan keluarga anda sudah pastinya agenda menentang perlaksanaan TPPA oleh kerajaan ini akan menjadi perjuangan utama anda untuk memastikan masa depan anda dan keluaraga terjamin.

Jadi untuk pusingan pertama penjelasan yang ringkas dan mudah anda fahami, penulis mahu menjelaskan bahawa TPPA dibimbangi akan menjejaskan nasib para usahawan Melayu dan rakyat dalam negara ini atau dalam bahasa kasarnya akan membawa bencana kepada ekonomi negara.

Antaranya TPPA dipercayai akan menyekat peluang syarikat tempatan dan memberi kelebihan kepada syarikat asing untuk menyertai pasaran tempatan. 

Perkara itu dibimbangi akan berlaku memandangkan data berhubung perjanjian TPPA masih belum didedahkan dan ia terus menjadi rahsia kepada mereka yang terlibat dalam rundingan perjanjian ini termasuklah kerajaan.

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan beberapa NGO lain antara yang lantang menyuarakan kerisauan tentang perkara ini percaya jika TPPA dilaksanakan ia akan menutup terus pintu rezeki syarikat tempatan, dan akan membuka seluas-luasnya akses perniagaan kepada entiti asing yang mempunyai keupayaan modal dan sokongan lebih baik.

Tanpa maklumat yang lebih terperinci daripada MITI, terlalu banyak yang meragukan tentang perjanjian ini dan sebagai contoh mudah untuk penulis menimbulkan keraguan ialah tentang beberapa negara besar seperti China dan India yang tidak mahu menyertainya dan jika kita lihat negara yang penulis sebutkan tadi mempunyai kuasa ekonomi yang kuat dan antara pemain yang hebat dalam arena ini.

Beberapa negara jiran Malaysia yang tidak mengambil bahagian dalam perjanjian ini juga harus diambilkira .

Jika tidak salah penulis, beberapa bahagian dalam perjanjian itu telahpun diputuskan sebagai selesai oleh pihak perunding dimana perkara itulah yang menjadi tanda tanya kepada MTEM tentang apakah isi yang telah dipersetujui dan bagaimana ia akan dilaksanakan bersama hujah risiko untung rugi yang akan ditangung oleh Malaysia.

Penulis bukan pakar ekonomi tetapi bila diterangkan sendiri tentang orang yang arif tentang perkara ini, penulis merasakan perlu ada perbincangan meluas berkenaan dengan isi perjanjian dan kerajaan perlu mengambil masa mengkaji tentang banhtahan yang dibuat oleh badan-badan NGO ini yang juga merupakan pemain dalam sektor ekonomi negara.

Penulis akan cuba mengulas sedikit demi sedikit tentang TPPA ini dalam beberapa artikel akan datang dan diharap ianya akan menjadi panduan dan seterusnya membawa kepada bantahan yang lebih besar dalam "KEMPEN BANTAH TPPA" untuk kebaikan dan masa depan negara.

#BantahTPPA

3 comments:

Otak geliga said...

mmg sgt BLURRR ttg isu TPPA ni & diharapkan pencerahan dr pihak Tuan dpt membantu pemahaman kami terhadap bahaya TPPA ini

tak faham kenapa kerajaan terlalu berahsia dgn TPPA ini.....adakah ini perkara biasa dlm urusan ekonomi atau ada perkara BESAR yg cuba diselindungkan

Anonymous said...

Kesudah nya minyak gred rendah untuk rakyat, minyak gred baik untuk si kaya kapitalis, yang miskin penyokong dapat hampas ...padan muka ampa..

Anonymous said...

TPPA ini adalah penjajahan bentuk baru..siapa kata tak payah ambil tahu bab bab politik? Kita rakyat marhaen, rakyat biasa, rakyat kelas bawahan mesti ambil tahu tentang politik kerana penentu sesebuah negara adalah dengan kuasa politik di tangan tangan orang orang politik. Jika perkara politik ini kita tak endahkan alamat nya negara pasti menuju kehancuran bila mana di perintah oleh ahli ahli politik yang tidak tegas, yang tidak mahir berpolitik, yang tidak nampak apa kesan TPPA ini, yang tidak mahu mendengar rintihan rakyat, kita rakyat terbanyak yang akan mendapat kesan sampingan yang bukan sedikit tetapi bakal memudaratkan negara dan rakyat secara keseluruhan nya. Kenapa ada rahsia TPPA ini? Kenapa orang politik tidak berbincang bersama rakyat?? Bila nak meraiah UNDI, terhegeh hegeh menagih simpati rakyat marhaen, rakyat biasa, rakyat bawahan. Kenapa parti memerintah menerima idea yang akan menjahanamkan negara??? Kenapa tidak telus?? Kenapa?? Ini lah kita, buat pilihan yang SALAH, memilih PARTI yang SALAH, Pemerintah yang IKUT TELUNJUK...Yes Man..!