01 February 2013

Kalimah Allah hak Islam



KUALA LUMPUR : Penganut-penganut agama lain tidak mempunyai hak untuk menuntut kesamarataan dalam soal beragama termasuk penggunaan kalimah suci Allah kerana tindakan seumpama itu amat bertentangan dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan negara ini.

Sehubungan itu bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim meminta penganut-penganut bukan Islam sedar tentang kedudukan tersebut terutama kedaulatan Islam sebagai Agama Persekutuan supaya mereka lebih bijak membawa diri dengan tidak menyentuh isu-isu sensitif.

Beliau berkata, penggunaan kalimah Allah sememangnya amat berkaitan dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan langkah mempertahankannya dari dicemari oleh pihak tidak bertanggungjawab merupakan satu jihad yang perlu digalas oleh seluruh umat Islam negara ini.

"Hanya Islam sahaja Agama Persekutuan dan bukannnya agama Kristian, Buddha atau Sikh. Penganut-penganut agama lain harus sedar tentang kedudukan ini dan sebab itu mereka tidak boleh menuntut hak kesamarataan dalam soal beragama," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan ringkas selaku Pengerusi Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan selepas pembentukan rasminya di Masjid Negara di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dan Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) Ismail Mina Ahmad.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pembentukan sekretariat itu Ahmad Fairuz berkata, Perlembangaan tidak menghalang penganut bukan Islam mengamalkan agama masing-masing tetapi hendaklah dibuat secara aman damai.

"Usaha mereka hendak menggunakan kalimah Allah merupakan satu pekara yang sensitif bagi orang Islam dan kemungkinan boleh mencetuskan perbalahan dan juga perkara-perkara yang tidak diingini. Ini bererti penganut-penganut agama lain itu telah tidak mengamalkan agama mereka secara aman dan damai," katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Fairuz mengakui sejak negara merdeka lebih 50 tahun yang lalu beliau tidak pernah melihat bagaimana Islam telah dicemari dengan begitu hebat.

"Sebagai seorang Islam saya sendiri terasa amat sangat. Jika kita sebagai Islam tidak mempertahankan hak kita sebagai muslim apa ertinya kita sebagai seorang Muslim.

"Saya rasa kebanyakan orang Islam akan mengatakan kita perlu berjihad dalam hal hak kita telah dipermainkan, diperlekehkan dan cuba dicemarkan oleh penganut-penganut agama lain," katanya.

Sementara itu, beliau turut menarik perhatian pemberita bagaimana Kamus Dewan turut merujuk perkataan God kepada tuhan.

1 comment:

Anonymous said...

Ada plak tu (org cina) sebok nak pertikai kenapa nak gaduh guna kalimah perkataan arab Allah....berani plak tu cakap bahasa arab semua agama boleh guna...menyirap jer aku baca komen tu...cuba kalau ada orang cakap Tokong tu maksud dia LGE, kasi masuk dalam kamus...nak tgk ada tak yg mengamuk gaban....geram betul mereka2 ni yg tak tau nak respek sensitiviti org lain. Kalimah Allah hanya untuk umat Islam di Malaysia...sapa sokong org lain yg bukan Islam guna kalimah ni ibarat pembunuh umat Islam.

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *