Anwar Tidak Mahu Jadi Perdana Menteri??? Apa Nik Aziz dah Buat??


Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa tiada masalah siapa akan jadi PM jika Pakatan menang dalam PRU 13 nanti. 

Dia berkata tiada masalah untuk dibangkitkan berkaitan isu itu apabila ditanya oleh media di Petaling Jaya hari ini.

Persoalannya mengapa pula tiba-tiba Anwar Ibrahim mengubah pendirian untuk tidak mempertahankan jawatan yang sangat diidamkannya selama ini? adakah dia tidak yakin untuk jadi PM atau dia diugut oleh sekutunya yang juga turut gila untuk menjadi PM.

Bagi aku apa yang berlaku adalah semata-mata hendak meredakan kemarahan PAS apabila tiada HUDUD dalam menifesto baru Pakatan yang telah membuatkan Nik Aziz malu besar.

PAS kini sudah terbukti hanyalah anjing kurap dalam Pakatan Rakyat yang hanya diperlukan untuk menyalak di depan rumah orang kaya DAP dan PKR apabila diperlukan dan sebagai upah atas jasa baik itu PAS maka HUDUD dijadikan makanan istimewa buat santapan PAS, namun itu semua hanyalah janji kosong yang akhirnya membuatkan PAS kecewa dan kecundang.

Kini HUDUD sudah tiada lagi dalam perjuangan Pakatan Rakyat yang kononnya berjaya ditarbiah oleh PAS menjadi Islam... tetapi apa yang jelas ialah PAS sudah berjaya dikafirkan oleh Pakatan Rakyat sejak dulu lagi.

Apa yang Anwar lakukan hari ini adalah satu harapan baru buat PAS untuk kembali berjuang dalam Pakatan Syaitan meneruskan usaha untuk merampas PUTRAJAYA.

Jadi, Sifir mudah untuk kiraan semua penyokong tegar pas... Adakah harapan untuk PAS meletakkan seorang wakil untuk jawatan PM setelah ditipu dalam perlaksanaan HUDUD?

Dan Soalan terakhir..... Adakah janji Syurga PAS kepada pengikutnya benar atau tidak?... HUDUD yang senang pun dia kena tipu bagaimana pula dengan Syurga yang dijanjikan kepada ahlinya yang sudah tentunya mutlak milik Allah swt....

No comments: