Apa sudah jadi ni dengan Kuala Selangor?.. Balik-balik masyarakat India sahaja yang kena tipu!! Apa salah mereka ni?.. Adakah kerana mereka India maka nasib mereka tidak terbela dan dan dengan mudah saja mereka ditipu!!
Pada 18 Feb 2013 bermua jam 3.30 petang hingga jam 4.50 petang bertempat di dewan mesyuarat Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Selangor berlangsung majlis mencabut undi bagi menentukan Lot Tanah untuk penduduk Kg Sri Aman yang telah sekian lama menanti.
Aku dikhabarkan ada 99 orang yang menduduki setinggan di Kg Sri Aman menerima tawaran untuk cabutan undi berkenaan tetapi apa yang berlaku pada hari tersebut hanya 33 orang sahaja yang hadir.
Menambahkan lagi persoalan apabila ramai dikalangan penduduk Kg Sri Aman dikatakan tidak berpuashati dengan senarai nama yang dikeluarkan oleh pihak Pejabat Tanah Daerah dimana ramai dari kalangan peneroka asal kampung tersebut tidak tersenarai sebaliknya mereka mendapati ada orang luar pula yang menerima tawaran tersebut.
Apa yang berlaku ini amat serius dimana Kerajaan Negeri Selangor pimpinan MB Khalid Gagap gagal untuk memastikan nasib mereka ini terbela.
Apa yang lebih menyedihkan apabila ada orang luar yang tiada kena mengena dengan kampung terbabit diberi tanah sedangkan ramai lagi dikalangan mereka yang merupakan penuduk asal yang meneroka tanah terbabit tidak diberi peluang.
Inilah politik celaka Pakatan Haram Negeri Selangor yang hanya mementingkan diri hingga sanggup menidakkan hak mereka yang layak sebaliknya hanya mementingkan KRONI dan puak yang mahu menyokong mereka.
Perkara seperti ini tidak harus dibiarkan dan rakyat harus bangkit menentang dan menunjukkan kekuatan sebenar supaya tidak mudah ditipu oleh golongan haram jadah ini.
Bangun Masyarakat India Kg Sri Aman pertahankan hak kamu dan halau Pemimpin Celaka Si MB Gagap itu dari Negeri Selangor!!!
No comments:
Post a Comment