DR Dzulkifli Ahmad, Terpaksa Lari Malam Tinggalkan Kuala Selangor?? Kenapa ni..????



DR. DZULKEFLY AHMAD, Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga merupakan PENGARAH PUSAT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN PAS sudah terbukti tidak mampu lagi mempertahankan kerusinya di Kuala Selangor.

Dakwaan itu dikuatkan dengan maklumat dalaman yang memberitakan bahawa YB rumah urut ini telah mengintai-intai tempat yang lebih selamat untuk bertanding pada PRU 13 nanti.

YB rumah urut ini kurang yakin DUN Ijok dapat dipertahankan kerana rekod yang amat buruk ADUN kawasan terbabit yang dipegang oleh MB Khalid Gagap.

MB khalid Gagap yang amat jarang turun ke kawasan, gagal merancang dan membangunkan Ijok, mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ADUN kawasan hingga mengundang kemarahan penduduk di DUN terbabit. Lebih memburukkan keadaan apabila masyarakat India juga memboikot MB Selangor itu kerana gagal menunaikan janji-janji yang telah dibuat kepada masyarakat India di kawasan itu.

Selain itu, tentangan sebenar terhadap YB itu datangnya dari orang PAS sendiri yang membantah tindakan YB tersebut yang sanggup menggugurkan negara islam dan mempertahankan kalimah Allah digunapakai oleh agama lain untuk diterjemah ke dalam Bible.

Rumah urut yang bertaburan disekeliling pejabat dan seluruh Daerah Kuala Selangor telah menyebabkan masalah sosial yang kronik juga gagal dikekang oleh YB PAS ini. 

Itu hanyalah sebahagian sebab mengapa YB Dzulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor ini perlu lari malam dan tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusinya pada PRU 13 nanti.







No comments: