14 February 2013

[Video] Orang Tua Menangis Dilawati #JelajahAnakMalysia


Dilihat dari raut wajah kerepot berkedut seribu ini disertai dengan senyumannya menampakkan seolah-olah tidak ada masalah yang dihadapinya dan tiada apa perkara yang perlu dirisaukannya....



Itu hanyalah luarannya tetapi dalam hatinya tiada siapa yang tahu pahit getir, kesusahan dan kerinduan terhadap anak dan keluarganya.


 

Orang tua ini adalah salah sorang penghuni di Rumah Amal Cheshire Selangor yang telah lama bermestautin dan diberi perlindungan di rumah tersebut.

Ramai lagi yang senasib dengannya tinggal di rumah amal itu yang dikelolakan oleh Presidennya Datin Paduka Khatijah Sulieman

Prihatin dengan nasib mereka, Konvoi #JelajahAnakMalaysia yang diketuai oleh saudara Mohd Shahar Abdullah, Presiden Gabungan Generasi Muda (G2M) bersama lebih 50 orang peserta  telah kesana untuk bersama mereka dan melihat sendiri suasana dan cara hidup penghuni rumah amal tersebut.

Walaupun kehadiran peserta jelajah itu tidak dapat menghilangkan kerinduan mereka terhadap anak dan keluarga namun serba sedikit dapat membantu dan mententeramkan serta menghiburkan sedikit hati mereka.

Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh anak-anak muda terutamanya golongan mahasiswa  bagi mengisi masa yang terluang dan bukannya turun ke jalanan melakukan huru-hara dan memusnahkan harta benda.

Diharapkan program seperti ini akan memberikan kesan yang mendalam kepada peserta dan menjadi satu panduan dalam kehidupan.

0 ulasan:

◄ Newer Post Older Post ►

Geng Kita

Pageviews from the past week

 

Copyright 2013 Sinhala MP3Pena Tanah Melayu Template by Farhan Share and Tuliskan