#LISTEN #LISTEN #LISTEN .. #WeAreAllSharifahZohra - Bawani Jadi Kambing Hitam Selamatkan HKR #KL112


Kecoh betul cerita #LISTEN #LISTEN #LISTEN ni. Boleh dikatakan semua orang menyalahkan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin yang kononnya menghalang Mahasiswa untuk bersuara.

Tidak ramai yang tahu apa sebenarnya yang berlaku di dalam dewan itu selain menyalahkan Sharifah dan mengagungkan Bawani.

Bawani adalah anjing puak pakatan pembangkang yang dihantar untuk mengacau program tersebut yang mendapat sambutan hangat daripada golongan mahasiswa.

Buktinya Bawani hanya datang untuk mengemukan soalan yang bukan soalan selepas sesi soal jawab berakhir.

Dalam Forum yang dianjurkan oleh Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) ianya akan diakhirkan dengan bacaan ikrar dan jika dilihat dalam video Bawani hanya datang untuk mengemukakan soalan selepas bacaan ikrar yang merupakan acara kemuncak sebelum program itu ditutup.

Soalannya, mengapa Bawani tidak datang untuk berhujah atau mengemukakan soalan semasa sessi soal jawab sedang berlangsung?

Semasa program sedang berlangsung, Bawani dilihat bersama sekumpulan kecil mahsiswa yang lain tidak menumpukan perhatian terhadap program tersebut, sebaliknya dia bersama kumpulannya terlalu sibuk membincangkan sesuatu tanpa menghiraukan pengisian forum tersebut.

Jawapannya mudah, Bawani sememangnya telah bersedia untuk melakukan provokasi terhadap program tersebut yang mana segala fakta dan auta telah disediakan oleh puak pakatan pembangkang untuknya dan terbukti semua fakta auta tersebut adalah perkara yang sama disebut di setiap ceramah pembangkang yang melibatkan mahasiswa.

Sharifah Zohra tidak sepatutnya diperlahkan 100% dalam hal ini kerana beliau hanya menjalankan tugasnya untuk mengelakkan perkara lebih buruk berlaku disebabkan oleh provokasi liar yang dilakukan oleh Bawani.

Lagipun, perkara yang disebutkan oleh Bawani itu amat bertentangan dengan Ikrar yang dilafazkan iaitu mengajak Mahasiswa untuk menjaga keamanan, menentang anasir jahat dan mengajak Mahasiswa bersama mempertahankan dan membina negara.

Sekarang sudah jelas, Bawani sebenarnya hanyalah budak upahan pakatan jahat pembangkang yang sengaja mahu melakukan huru-hara untuk mengajak mahasiswa bangkit menentang kerajaan.

Bawani secara tidak sedar sebenarnya telah dijadikan kambing hitam untuk menyelamatkan Himpunan Kebangkitan Rakyat Tidak Cerdik #KL112 yang telah gagal sepenuhnya.

Buktinya, cerita #LISTEN #LISTEN #LISTEN telah disensasikan sepenuhnya oleh semua media puak pakatan pembangkang selepas HKR #KL112 kerana mereka sudah tidak mampu dan tidak tahu bagaimana untuk menulis tentang himpunan tersebut yang ternyata amat gagal dan memalukan mereka.

Tiada jalan lain untuk menutup kegagalan tersebut selain mencetuskan satu gelombang baru bagi mengelak rakyat bercerita tentang himpunan tersebut yang tidak mendapat sambutan sekaligus membuktikan rakyat telah menolak parti mereka yang hanya tahu menipu dan membuat huru-hara.

Akhir sekali, sedarlah rakyat semua bahawa apa yang dilakukan ini hanyalah untuk mengalihkan isu penolakan rakyat terhadap mereka dan Bawani hanyalah satu lagi kambing hitam untuk mereka sembelih bagi menyelamatkan karier politik puak pakatan pembangkang.

Sebagai tanda sokongan kami, teruskan usaha kamu wahai Sharifah Zohra untuk mendidik anak muda dan masyarakat supaya cintakan keamanan dan sayang pada negara.

#WeAreAllSharifahZohra


3 comments:

Anonymous said...

This article is rubbish

Anonymous said...

Bawang ni...lebih kurang latipah koyak tu...suka menyalak x tentu pasal...spesis ni suka sgt lari dari tajuk...aku rasa sharifah zohra ni seorang yg bagus dalam mematikan langkah seseorang...kita kena ada seseorang yg mcm ni...baru budak2 hingusan yg x tau makna poltik sebenar ni tau langit tu tinggi rendah.pd anon kat atas tu aku tau kau tu buta hati...suma yg org buat kau nak bangkang.

Anonymous said...

1Malaysia yg tgk video tu da bole judge betapa hapraknya kelakuan si saripah listen. cume puak umno dan macai tegarnye aje yg wat x paham macam org bebal sebab terkene tempias. artikel ni membuktikan pemikiran macai umno mmg haprak. teruskan la korang mempertahankan saripah tu.nak brainwash mahasiswa konon. brainwash macai boleh la kah kah kah!!