06 January 2013

Penduduk kampung Mintak Tolong DS NOH OMAR "Warningkan" Tauke Kilang Tayar Haram



Hari ini aku bawakan kisah kilang tayar haram yang membuatkan penduduk terpaksa memanggil DS Noh Omar sendiri untuk melihat betapa degilnya tuan punya kilang yang enggan menutup kilangnya walaupun telah diarahkan tutup oleh PBT.

Maklumat yang disampaikan kepada aku mengatakan penduduk kampung terlalu marah dengan kilang berkenaan kerana tahap pencemaran yang dihsilkan amat membimbangkan.

Kilang tersebut yang menghasilkan bau busuk, habuk dan debu kotor yang dikhutiri akan mendatangkan mudarat dan masalah kesihatan kepada penduduk setempat.



Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) perlu menjawab persoalan ini dan menjelaskan mengapa premis yang telah diarahkan tutup serta membahayakan kesihatan dan nyawa penduduk setempat masih beroperasi sehingga kini.

Apakah perkara ini "DISENGAJAKAN" atau "MEMANG DISENGAJAKAN"?

Apa yang diharapkan di sini ialah tiada unsur rasuah atau salahguna kuasa di pihak yang berwajib dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Nyawa rakyat lebih penting daripada wang ringgit!!

Justeru, bertindaklah segera mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada sebelum penduduk kampung bertindak mengikut cara mereka.

1 ulasan: