Blogger Jawa Bernam Baru Merangkak Dah Nak Tunjuk Hebat


Aku nak mengulas sikit tentang cerita blogger baru nak merangkak ni iaitu si Jawa Bernam. dalam beberapa hari ni dia ni ade menulis pasal hal BTN yang dikatakannya banyak membantu kader-kader Anwar Aljuburi. Baca sini dan sini

Aku setuju dengan komen-komen yang menghentam blogger baru merangkak ni sampai ada yang kata kalau kailnya panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga.


Tapi bagi aku ramai yang tak faham apa sebenarnya yang blogger ini maksudkan. Aku bangga dengan blogger seperti ini yang tidak takut untuk menyuarakan pendapatnya untuk kebaikan bersama.

Apa yang dimintanya adalah penjelasan atau pencerahan berkenaan perkara itu dan niatnya baik supaya Biro Tatanegara tidak terjerumus dalam muslihat pembangkang yang sentiasa mencari jalan untuk melumpuhkan sistem pentadbiran negara.

Biro Tatanegara merupakan sebuah agensi hebat dan sangat berjaya dalam melahirkan pemimpin dan personal berwibawa dalam negara. Justeru, agensi itu harus berhati-hati dalam setiap tindakannya supaya musuh yang selama ini memang banyak dalam selimut dapat dikurangkan dan lebih berjaya jika dapat dihapuskan.

Salahkan seorang rakyat prihatin menegur kepimpinannya? banyak lagi NGO, pertubuhan dan persatuan yang bergerak 100% menyokong kerajaan tetapi tidak mendapat peruntukan yang sewajarnya.

Mengapa perlu diberi peruntukan kepada mereka yang sudah diketahui menentang kerajaan?.. Kita bukan tak mahu bantu mereka tetapi apa gunanya kita membantu mereka yang tidak menyokong kita. Banyak lagi manusia dan pertubuhan yang berpihak kepada kerajaan yang perlu dibantu.

Jadi, adakah salah apa yang di dedahkan oleh blogger itu?.. 

Akhir kata, aku juga ingin bersuara... Jangan asyik melenting bila orang menegur sebaliknya selidiklah dulu apa sebabnya.. mungkin ada hikmah disebalik semua itu. Sekian.

No comments: