JIJIK!! HIMPUNAN LALAT TAIK HIJAU KE KUALA SELANGOR


Bermula dengan Himpunan Hijau di kedah Jun lalu diikuti dengan siri-siri di Johor dan Perak yang dikatakan berjaya oleh orang-orang PAS, kini mereka merancang pula untuk mengadakan Himpunan Hijau 2 di Kuala Selangor.

Himpunan Hijau 2 di Kuala Selangor mensasarkan kehadiran "Seramai Yang Boleh" kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othmanseakan tidak yakin menurunkan ratusan ribu orang PAS seperti yang mereka canang dalam Himpunan mereka di Kedah yang kononnya mengumpul 100 ribu tetapi akhirnya gagal dan memalukan mereka sendiri.

Persoalannya yang aku nak bangkitkan bukanlah jumlah kehadiran dan himpunan itu sendiri tetepi kesungguhan orang PAS dan kepimpinan PAS ini dalam mempertahankan keutuhan Agama Islam di Malaysia hari ini.

Di Selangor sahaja berbagai masalah yang berbangkit seperti masalah rampasan arak, masalah murtad, masalah sosial anak muda melayu beragama islam, hinggalah ke masalah menjual kalimah Allah kepada Kristian dan berbagai lagi masalah yang belum diselesaikan oleh pemerintah Negeri Selangor dimana PAS sebagai sebuah Parti Islam menjadi pentadbir didalamnya.

Bangga dengan berkumpul ramai, bangga mengaku Parti Islam, bangga kononnya sebagai suara rakyat tetapi gagal dalam melaksanakan apa yang dikatakan dan yang dijanjikan.


Debat Perdana diantara Dato' Dr Hasan Ali dan Dr Abd Rani Osman dengan tajuk "PRU 13 DI MANAKAH PAS SELANGOR" memberi ruang untuk PAS melalui pesuruhjaya PAS Selangor sendiri bakal memberitahu masyarakat ke mana halatuju mereka selepas PRU 13 nanti.

Persoalannya adakah Dr Rani berani berhadapan dengan Dato' Dr Hasan Ali sendiri membincangkan yang sudah tentunya tidak banyak sedikit tentang "MURTAD" dan "MELACURKAN AGAMA DEMI POLITIK".

Persoalan ini adalah lebih baik diselesaikan dulu berbanding berkumpul menunjuk hebat sambil melemparkan pelbagai fitnah tanpa memikirkan dosa pahala demi matlamat mereka ke PUTRAJAYA.

Seperti biasa PAS akan mengelak dan mengularkan pelbagai fatwa dan hadis untuk menghalalkan matlamat mereka.

Sama-samalah kita lihat apa yang bakal berlaku pada Himpunan Hijau 2 di Kuala Selangor nanti.. atau mungkin peristiwa semasa Ulangtahun ke 4 Pakatan Rakyat di Stadium Kuala Selangor Mac lalu bakal berulang..


Selamat Berhimpun... 


No comments: