21 July 2012

MAJLIS PERBANDARAN KLANG TAK BERANI SAMAN KEDAI NEPAL


Dari sudut pandangan biasa melihat gambar mungkin tiada apa yang menarik tentang bangunan tersebut selain nampak sbuah bangunan usang bercermin dan ditampal poster dengan tulisan bangsa asing.


Tetapi jika anda melihat sendiri di lokasi gambar diambil anda pasti rasa curiga mengapa premis tersebut masih tegak berdiri disitu.


Ini adalah kedai makan orang Nepal yang berada di kawasan perhentian teksi di tengan Bandar Klang Bandar DiRaja.


Aku tertanya-tanya adakah kedai ini berlesen? tetapi menurut rakan-rakan aku yang tinggal disana mengatakan kedai-kedai disekitar situ semuanya tidak berlesen.


Menurut mereka lagi, kedai-kedai disitu "Bayar Bulan" sehingga dikatakan tidak ada seorangpon penguatkuasa yang datang untyuk memeriksa apatah lagi untuk menyaman dan menyita, kalau tidak takan la kedai itu masih beroperasi, katanya.


Benar atau tidak itu hanya cakap orang-orang kat situ tapi yang layak menjawab hanyalah Penguatkuasa MPK sendiri untuk menjelaskannya.


Bukan membuat fitnah dalam bulan mulia ini tapi hanya mempersoal dan menegur pemimpin yang sentiasa mengaku kehebatannya dalam memrintah tapi hakikatnya mereka ini hanyalah tong kosong.


Selamat berpuasa... selamat berbuka...

No comments:

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *