08 June 2016

Tidak sabar nak kalahkan PAS, PAN tidak mohon permit ceramah kelompok [#scs93 #prksgbesar]


Kerana terlalu ghairah dalam ceramah yang menggila pemimpin Pakatan Harapan tajaan DAP untuk menumbangkan Calon PAS, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengarahkan program itu ditamatkan lebih awal kerana tidak mempunyai permit

Arahan penamatan kempen itu dibuat oleh seorang pegawai SPR ketika program ceramah dihadiri Presiden PAN, Mohamad Sabu; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua; ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dan calon PAN, Azhar Abdul Shukur bermula kira-kira jam 10.30 malam.

Walaupun sudah diarahkan berhenti namun mereka tetap berucap bergilir-gilir kira-kira lima minit setiap seorang sebelum dewan orang ramai yang dihadiri kira-kira 30 orang dikosongkan dan ditutup sepenuhnya pada jam 11 malam. 

Mengulas perkara itu, Suee Lim berkata ia berlaku disebabkan kesilapan komunikasi jentera kempen PAN yang menganggap permit ceramah tidak perlu dimohon jika hendak melakukan ceramah berkelompok. 

Begitulah gelojohnya Calon dan Pemimpin PAN yang tidak sabar-sabar melihat Calon PAS tumbang menyungkur kerana tidak mahu menurut rentak mereka.

PAN adalah tajaan DAP dan matlamat utama mereka sudah pastilah untuk memastikan Agama Islam lenyap di bumi Malaysia ini. 

No comments:

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *