Presiden Filipina galak orang awam bunuh pengedar dadah


Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menggalakkan orang awam menyertai kempen anti-jenayahnya yang menjanjikan ganjaran menarik terhadap mana-mana individu yang berjaya membunuh pengedar dadah.

Pengumuman itu dibuat susulan tindakan beberapa orang pegawainya yang mula memberi ganjaran kepada mereka yang membunuh penjenayah terbabit.

“Sila hubungi kami, pihak polis atau lakukan sendiri jika anda memiliki senjata api. Saya menyokong anda,” kata Duterte dalam ucapannya yang disiarkan di seluruh negara. 

Di Malaysia hari ini kita dibebabi dengan jenayah yang lebih teruk tetapi tersusun dan berlaku secara terang-terangan yang melibatkan pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang iaitu judi mesin slot.

Tauke-tauke judi tidak takut keran mereka dilindungi dengan mengupah pegwai-pegawai penguatkuasa undang-undang sebagai mata dan telinga dalam perniagaan ini.

Adakah Kerajaan satu hari nanti terpaksa mengumumkan seperti ini akibat daripada kegagalan pihak berkuasa atau kerajaan sendiri membendung jenayah ini.

No comments: