21 June 2016

Ibu dan Anak dipenjara 3 Tahun curi barang kosmetik.



JENAYAH TERANCANG DAN DIRANCANG.

"Seorang ibu dan tiga anak perempuannya serta seorang menantu perempuannya dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini pagi tadi kerana mencuri barangan kosmetik pelbagai jenama bernilai RM2,171.50 di Bandar Tenggara."


Saya bukan mahu menegakkan penjenayah, apa yang dilakukan salah tetap salah tapi saya lihat keadilan di negara ini sudah tiada.


Ahlong dan Tauke judi adalah penjenayah yang terancang dan berniaga secara terang-terangan hingga ada yang buka perniagaan di depan Balai Polis. Apa tindakan Polis dan Pihak berkuasa tempatan untuk membawa penjenayah ini ke muka pengadilan?


Ibu dan anak itu merancang untuk mencuri tetapi Tauke judi dan Ahlong adalah terancang berserta dengan organisasi serta pelindung dari pihak berkuasa.


Mohon #Viral kan untuk kita desak kerajaan dan pihak berwajib menentang dan menghukum penjenayah Ahlong dan Judi.

**************

5 beranak dipenjara 3 tahun curi produk kosmetik

Seorang ibu dan tiga anak perempuannya serta seorang menantu perempuannya dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini pagi tadi kerana mencuri barangan kosmetik pelbagai jenama bernilai RM2,171.50 di Bandar Tenggara, dekat sini minggu lalu.

Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap kesemua tertuduh selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Kesemua tertuduh yang berusia antara 19 hingga 57 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah kedai kesihatan dan kecantikan di Jalan Anggerik 4/1, Taman Anggerik, Bandar Tenggara pukul 11.40 pagi, Jumaat lalu.

Kes didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama-sama Seksyen 34 akta yang sama. -Utusan


No comments:

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *