08 June 2016

PAN bawa India dari luar Sungai Besar untuk sokong mereka pada hari penamaan calon [#scs93 #prksgbesar]


Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk M. Saravanan tiba di Sekinchan hari ini berkata Masyarakat India di DUN Sekinchan akan menyokong Barisan Nasional (BN) tanpa syarat, ia adalah petanda yang baik dan tradisi itu akan berterusan sekaligus memberikan impak positif kepada jentera BN.

Sebelum ini MIC menyatakan bahawa 70 peratus pengundi India di DUN tersebut menyokong BN tetapi pada hari ini beliau mendapati jumlah tersebut bertambah dengan begitu banyak mencecah hampir 100 peratus.

Peningkatan sokongan ntersebut adalah disebabkan mereka tidak puas hati dengan pemerintahan kerajaan Pakatan Pembangkang yang telah memerintah Negeri Selangor hampir dua penggal tetapi tiada perubahan kepada kehidupan kaum India.

Walaupun BN tidak memerintah Selangor tetapi ada rancangan jangka panjang seperti memperkasa ekonomi belia, membantu sekolah-sekolah Tamil, rumah ibadat dan rancangan rancangan khas kepada kaum tersebut

Ketika ditanya berkenaan ada India dari DUN Sekinchan yang menyertai rombongan pakatan pembangkang ketika penamaan calon tempohari, Saravanan menjawab ia bukanlah penduduk tempatan tetapi orang luar yang dibawa seolah oleh meunjukkan mereka ada penyokong India di sini.

Timbalan Menteri itu, hari ini, turun padang dalam lawatan kerja ke DUN Sekinchan bersama jentera-jentera MIC bagi membantu gerak kerja Pilihan Raya Kecil Sungai Besar.

No comments:

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *