08 June 2016

Mat Sabu minta Ahli PAS sokong PAN dalam diam bila gagal dapat sokongan Melayu [‪#‎scs93‬ ‪#‎prksgbesar‬]


Mat Sabu gesa dalam kenyataannya di akhbar Berita Harian meminta Ahli PAS dalam diam turun mengundi calon PAN dalam PRK Parlimen Sungai Besar, pada 18 Jun ini. 

Selepas minta undi, Mat Sabu dengan bersahaja mengutuk PAS sudah hilang arah tuju perjuangan apabila bergerak sendirian, malah tidak akan mampu menang dalam mana-mana pilihan raya. 

Kata Mat SAbu lagi, parti itu hanya hebat dari segi menarik kehadiran berpuluh-puluh ribu orang dalam setiap ceramahnya, namun gagal mendapat undi dalam pilihan raya. 

"Saya ini dahulu dalam PAS serta sudah 38 tahun menempuh pelbagai dugaan dalam politik. Parti yang pernah saya sertai ini suatu masa dahulu memang hebat apabila berceramah. "Kalau pemimpin PAS berceramah, penuh orang datang sampai berpuluh-puluh ribu. Saya pun dahulu ceramah ramai yang datang, tetapi dalam pilihan raya kita (PAS) kalah juga," katanya ketika berkempen di Parit Lima malam tadi. 

Tindakan Mat Sabu itu bukanlah mengajak PAS menyertainya kerana PAS dilihat lemah tetapi PAN yang sebenarnya takut dengan kekuatan PAS yang ada sekarang ini dibandingkat parti pimpinan Mat Sabu itu.

PAN hanyalah boneka DAP dan langsung tidak mempunyai kekuatan dan hala tuju, PAN hanya mengikut sahaja arahan DAP yang menjadi penaja utama parti itu.

PAN sudah nampak tanpa sokongan PAS parti itu akan kalah besar dan ia adalah tamparan hebat buat Mat Sabu yang dilihat sebagai boneka DAP bagi mengukuhkan kedudukan DAP di Selangor.

PKR juga dilihat tidak memberi komitmen dalam Pilihan Raya Kecil kali ini apabila Menteri Besar Selangor yang mewakili PKR tidak kelihatan bersungguh dalam kempen mereka.


No comments:

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *