MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA RAIKAN ANAK-ANAK YATIM & MEDIA #MSHARK


Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia dan keberkatan, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim dan Media di Puspanita Puri, Putrajaya.

Majlis tersebut yang julung kali diadakan melibatkan 40 orang anak-anak yatim dalam kawsan DUN Lanchang, Pahang dan wakil-wakil media massa dan media sosial.

Pendekatan yang diambil MTC merupakan satu inisiatif murni dalam memenuhi tuntutan syariat serta tanggungjawab sosial dalam membantu kerajaan menjaga kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat.

Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) atau dahulunya dikenali sebagai  Majlis Pelancongan Kebangsaan Malaysia (NTCM) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang aktif dalam membangunkan industri pelancongan negara.

MTC mempunyai ahli di seluruh negara yang merangkumi organisasi serta badan-badan profesional yang pakar dalam bidang pelancongan.

Selepas 30 tahun MTC mewarnai industri pelancongan negara kini pertubuhan itu mengorak langkah mempelbagaikan inisiatif memperkasakan pelancongan negara.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin, Presiden majlis Pelancongan Malaysia merangkap EXCO Pelancongan & Kebudayaan Negeri Pahang dan Ahli Jawatankuasa Esekutif majlis Pelancongan Malaysia.

Dalam konteks pelancongan, majlis seumpama itu akan berupaya mengukuhkan ikatan perpaduan dan kesatuan khususnya dalam kalangan golongan yang kurang bernasib baik dan juga warga MTC.








No comments: