09 June 2016

Nak Naik Jeti Ikan Kena Bayar RM600 Kepada Keajaan Negeri Selangor [‪#‎scs93‬ ‪#‎prksgbesar‬]



Lebih 6,000 nelayan menuntut kerajaan PKR Selangor supaya membatalkan cada­ngan untuk mengenakan caj jeti pendaratan dan tambatan bot sebanyak RM600 setahun kepada golongan itu di negeri ini.

Tuntutan itu dibangkitkan Pengerusi Persa­tuan Nelayan Negeri Selangor (Penegor), Mohd. Jaman Haris kerana beliau menyifatkan cadangan yang dibuat menerusi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bukan sahaja tidak masuk akal tetapi turut dilihat sebagai tindakan yang seolah-olah menekan pendapat­an nelayan.

Katanya, kebanyakan jeti di ne­geri ini sama ada di kawasan Sungai Besar, Kuala Selangor, Pelabuhan Klang, Kuala Langat dan Sepang dibina oleh Kerajaan Pusat menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) manakala pengurusannya diletakkan di bawah persatuan nelayan di kawasan masing-masing.

“Justeru, mengapa pula kerajaan negeri mahu mengenakan caj jeti pendaratan dan jeti tambatan seba­nyak RM600 setahun kepada nelayan di negeri ini, sedangkan selama ini mereka tidak dikenakan sebarang caj ke atas penggunaan jeti sedia ada?

“Kerajaan negeri perlu ingat bahawa pendapatan golongan nelayan di negeri ini tidaklah seberapa dan hanya bergantung kepada keadaan cuaca serta hasil tangkapan yang diperoleh setiap hari. Mengapa pula kerajaan negeri mahu menyusahkan golongan nelayan yang jelas menyumbang ke­pada sektor pengeluar­an makanan di Sela­ngor ini?” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di pejabat Penegor di sini hari ini.

Tambah Mohd. Jaman, selain kesal dengan cadangan itu, beliau turut menyatakan kerajaan negeri sepatutnya mencari jalan untuk membantu bagaimana untuk menambah pendapatan golongan nelayan di ne­geri ini selaras dengan slogan mereka iaitu ‘hasil negeri untuk rakyat’.

“Bagaimanapun, melihat daripada cadangan ini, kita boleh katakan slogan itu telah menjadi ‘hasil rakyat untuk negeri’ pula. Sepatutnya kerajaan negeri bantu kami nelayan ini... bantu bagaimana nak tambah pendapatan kami,” jelasnya yang turut berhasrat untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam tempoh terdekat ini.

Dalam pada itu, Mohd. Jaman bagaimanapun turut menyatakan pihaknya tidak ada masalah untuk menerima cadangan kerajaan negeri mahu mengenakan bayaran Lesen Menduduki Sementara (TOL) bagi tanah jeti di negeri ini.

Bagaimanapun, kadar bayaran itu diharapkan dapat dibuat pada kadar munasabah dan tidak membebankan golongan nelayan.


Berita ini dikeluarkan pada bulan Jun yang lepas tetapi malangnya Rakyat Selangor sudah lupa penindasan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri kerana dimomokkan dengan pelbagai kegagalan kerajaan.

Hari ini pengundi Sungai Besar terutama Nelayan harus ingat, Kerajaan Negeri tidak pernah lupa dengan apa yang dia pernah nyatakan cuma mereka senyap bila PRK berlangsung dan selepas PRK nanti nelayan sudahpun dikenakan caj ini.

Undi nelayan kepada Barisan Nasional (BN) boleh memberi harapan baru untuk kita menentang kezaliman yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor yang Zalin ini.

1 comment:

Master Lilis said...

Sebelumnya perkenalkan nama saya IBU LILIS SUSANTI di jawa timur ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI SOLEH JAFFAR dan dia memberikan nomer AKI SOLEH JAFFAR,dia juga bilan kepada saya kalau AKI SOLEH JAFFAR bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI SOLEH JAFFAR dengan senan hati AKI SOLEH JAFFAR ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke5 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH JAFFAR di ---> 0853- 7778 – 3331 ---> atau silahkan dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI SOLEH JAFFAR kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.


KLIK DISINI 2d 3d 4d 5d 6d




..(`’•.¸(` ‘•. ¸* ¸.•’´)¸.•’´)..
«´ ---> 0853- 7778 – 3331 ---> _ ¨`»
..(¸. •’´(¸.•’´ * `’•.¸)`’•.¸ )..

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *