Saranan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menghapuskan PTPTN mendapat
reaksi pelbagai di kalangan masyarakat. Ada yang marah, terkejut dan
menggeleng-gelengkan kepala memikirkan apakah Anwar sudah gila akhirnya?
PTPTN adalah skim yang ternyata baik untuk rakyat dan
kerana adanya PTPTNlah maka kita melihat begitu ramai anak Malaysia yang
berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi tidak kira awam
mahupun swasta.
Menurut Anwar, beliau sedia maklum akan implikasi
dari menghapuskan PTPTN tetapi pembangkang memegang kepada prinsip
pembelajaran percuma kepada semua rakyat Malaysia. Namun, Anwar juga
mengakui yang pihaknya belum lagi memikirkan secara terperinci mengenai
perlaksanaan cadangan tersebut.
Anwar juga menegaskan bahawa beliau memahami angka-angka yang terlibat.
Kita
merasa amat sangsi akan kemampuan Anwar memahami angka, bukan hanya
kerana beliau mempunyai latarbelakang pendidikan Pengajian Melayu dengan
kelulusan atas pagar tetapi kerana seorang yang mampu memahami angka
tidak mungkin akan mencadangkan sesuatu yang tidak masuk akal seperti
menghapuskan PTPTN.
Sedarkah Anwar bahawa bukan sahaja pelajar, tetapi
Insititusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia, terutamanya swasta juga
bergantung kepada PTPTN. Sebanyak lebih kurang RM40 – RM50 billion
diperlukan untuk menampung kos Pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia
yang mana termasuk bayaran pensyarah, penyelenggaraan dan operasi
keseluruhan. Kabinet baru-baru ini telah meluluskan dana tambahan
sejumlah RM6 billion untuk PTPTN 2012/2013.
Dengan kos yang begitu tinggi, kolej atau Universiti
swasta akan terjejas teruk jika PTPTN dihapuskan kerana pelajar-pelajar
mereka yang majoritinya terdiri dari bukan Melayu, amat bergantung
kepada dana ini untuk melanjutkan pelajaran. Kaum Melayu mungkin masih
mempunyai alternatif lain seperti MARA ataupun pinjaman JPA tetapi ia
pastinya terhad dan tidak mampu menampung kesemua pelajar yang layak
mendapat bantuan.
Oleh itu, PTPTN adalah satu-satunya opsyen terbaik bagi pelajar-pelajar ini mendapatkan bantuan kewangan.
Terdapat
21 IPTA dan 49 IPTS (termasuk dengan kolej universiti dan cawangan
universiti luar negara) di Malaysia. Kesemua mereka dianggarkan
menerima 200,000 lebih pelajar setiap tahun.
Tanpa PTPTN, dianggarkan 90% dari IPTS akan tutup
kerana kolej-kolej ini amat bergantung kepada yuran yang dibayar oleh
pelajar-pelajar bagi membolehkan mereka terus beroperasi. Jika
kemasukan pelajar merosot akibat tiada kemampuan, pastinya IPTS juga
akan akhirnya terpaksa gulung tikar.
Seterusnya, ia akan membawa kepada masalah
pengangguran dan akhirnya masalah sosial di dalam masyarakat kerana
ramai lulusan SPM dan STPM tidak mampu melanjutkan pelajaran dan sukar
mendapat pekerjaan.
Begitu juga dengan para pensyarah dan pekerja-pekerja di IPTS yang telah ditutup. Bagaimanakah dengan nasib mereka?
Nampaknya
Anwar tidak berfikir panjang apabila menyarankan agar PTPTN dihapuskan.
Tidak mungkin kerajaan mampu memberi pendidikan 100% percuma kepada
ke semua 200,000 pelajar di semua 70 IPTA dan IPTS di seluruh negara dan
menanggung kos operasi secara keseluruhannya. Bukankah dengan memberi
pinjaman PTPTN maka pelajar-pelajar juga secara tidak langsung dapat
belajar memikul tanggungjawab dan mengatur perbelanjaan sendiri sebagai
persediaan menjadi seorang dewasa yang berguna?
Mungkin Anwar terlepas pandang semua ini kerana
terlalu sibuk memikirkan bagaimana beliau boleh termakan umpan
Nallakarupan baru-baru ini.
1 comment:
http://mohdadibanashjmdnoor.blogspot.com/2012/04/ptptn-politik-semasa.html
Post a Comment