Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli kini menjadi anak emas Ketua Umum, Anwar Ibrahim.
Apa
tidaknya, saban hari ada sahaja berita mengenai anak muda berusia 34
tahun ini mencuri berita sensasi muka depan media, blog-blog dan laman
web-laman web pembangkang.
Di kalangan pemimpin PKR dan Di kalangan pemimpin PKR dan sesetengah tokoh Pakatan Rakyat, Rafizi kini dilihat sebagai hero.
Nama
beliau mula mendapat perhatian setelah memainkan isu projek penternakan
lembu National Feedlot Corporation sehingga di beri nama jolokan 'Mr
NFC'.
Malah Anwar menatang beliau bagaikan minyak yang
penuh sehingga melantiknya sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat
Ekonomi Negeri Selangor dengan gaji nag dikatakan mencecah lebih
RM30,000 sebulan.
Penonjolan beliau yang dikatakan agak berlebihan
sehingga membayangi tokoh-tokoh parti lain yang tidak kurang hebatnya
dikatakan telah menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka.
Walaupun dihadapan Anwar mereka menunjukkan sikap hipokrit
dengan budaya cium tangan, namun di belakang pemimpin kedengaran suara
kutuk mengutuk, sindir menyindir yang ditujukan kepada Anwar dan
Rafizi.
Untuk memahami kenaikan mendadak Rafizi dalam PKR, harus
difahami sedikit sejarah dan latar belakang hubungan Rafizi dan Anwar
terlebih dahulu.
Rafizi mula mendapat perhatian
Anwar ketika bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (dimana Anwar
juga pernah menuntut) itu melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada
tahun 1995 atas biasiswa Petronas.
Bagaimana detik pertama pertemuan atau jalinan
hubungan Anwar dengan Rafizi tidak berapa jelas namun ketika Anwar
memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, pernah dikatakan beliau
meluru menaiki pesawat untuk menemui Rafizi di London setelah mendapat
"panggilan cemas" dari anak muda kelahiran Terengganu itu.
Apa yang menyebabkan Anwar meninggalkan tugas dan
tanggungjawab rasminya kepada negara untuk berjumpa dengan budak berumur
19 tahun ketika itu tidak pula diketahui.
Apa yang diketahui Anwar begitu mengambil berat terhadap Rafizi yang ketika agak "cute" dan pria yang manis mukanya.
Mungkin sebab kepandaian Rafizi dalam bidang akademik yang menjadi tarikan kepada Anwar.
Namun
timbul tanda tanya apabila Anwar sanggup men'sponsor' majlis makan
sempena perkahwinan Rafizi di kediamannya di Bukit Segambut kira-kira
4-5 bulan lalu.
Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh Anwar
terhadap mana-mana pimpinan PKR yang lain sehingga timbul cakap-cakap
belakang mereka yang hadir pada majlis tersebut, "Aku kahwin dah le dia
(Anwar) tak datang, inikan pula nak sponsor, perggh hebat Rafizi!"
begitulah lebih kurang gosip ahli-ahli PKR.
Pemilihan parti dua tahun lalu, Anwar mahukan Rafizi
menggantikan Shamsul Iskandar sebagai Ketua AMK, namun Rafizi terpaksa
undur kerana Shamsul tidak mahu mengalah.
Ini menyebabkan hubungan Anwar dan Shamsul dingin semenjak itu kerana tidak mahu memberi laluan kepada anak emasnya.
Sebagai ganti, Anwar melantik Rafizi sebagai ketua
stafnya di pejabat beliau dan melantiknya ke salah satu jawatan yang
amat penting dalam parti iaitu Pengarah Strategik.
Sejak
itu Anwar seolah-olah hanya mengharapakan Rafizi seorang sahaja dalam
PKR untuk mengadakan sidang media, mengeluarkan kenyataan akhbar dan
sebagai jurucakap parti.
Tenggelam semua pemimpin parti yang lain termasuk Azmin, Shamsul, Saifuddin, Zuraida, Nurul Izzah di bawah bayangan Rafizi.
Mungkin juga Anwar sedang merancang untuk menaikkan rafizi ke posisi yang lebih tinggi di dalam parti.
Dengar khabarnya, kawasan parlimen Pandan yang
sekian lama menjadi idaman Zakaria atau Zek (bekas pengurus bolasepak
Selangor sehingga dipecat oleh Khalid Ibrahim) telah dengan senangnya
diberi kepada Rafizi.
Setelah lebih 10 tahun bertungkus lumus membina
kekuatan dan sokongan parti di kawasan itu, semua jasa dan sumbangan Zek
dicampak oleh Anwar begitu sahaja tanpa sebarang rasa terima kasih dan
pengiktirafan kepada seorang pejuang parti.
Inilah cara PKR menghargai sumbangan dan penat jerih penyokong-penyokongnya - guna dan buang!
No comments:
Post a Comment