Pada awal bulan Mac, 2012, laman web media baru kerajaan negeri Media SelangorKu sini membuat satu spin atau putarbelit untuk memberi gambaran nelayan Kampung Bagan Pasir Penambang, Kuala Selangor menolak pampasan yang diberi untuk pembinaan jati dan rumah nelayan di atas tanah LKIM.
Rupanya ia hanya satu usaha Ronnie Liu, exco negeri untuk mengaburi mata awam keapda keadaan sebenar.
Pada hari kejadian, lebih kurang pukul 4 petang, 70 orang samseng telah dihantar oleh pemaju kroni Ronnie yang dilantik kerajaan negeri Selangor untuk merobohkan kuil tokong kepunyaan masyarakat Cina setempat.
Kekecohan berlaku hingga pasukan FRU terpaksa diturunkan untuk membantu mengawal keadaan.
Ketika projek ini hendak diusahakan oleh Kementerian Pertanian pada akhir 2009, pihak kerajaan telah berbincang dengan pengurusan tokong dan penduduk yang akan dipindahkan.
Minit Mesyuarat juga ada memnunjukkan persetujuan penduduk di situ kepada projek LKIM ini.Sebaik saja projek ini mahu dimulakan, Ronnie Liu cuba menggagalkan dengan mengarah pihak PBT tempatan mengeluarkan srat arahan “stop work”.
Arahan menghentikan projek di letak di perkarangan tokong Sei Ling dimana tiada projek di hadapan tokong dan tanah milik LKIM yang mahu dibangunkan untuk rumah nelayan adalah disebelah tanah tokong untuk menggantikan rumah nelayan yang duduk di tanah yang akan dibangunkan jeti.
Selain mendapat rumah nelayan yang dibina oleh LKIM untuk menggantikan rumah mereka yang ada, nelayan juga diberi wang pampasan yang cuba diputarbelit media kerajaan negeri dan penyokong DAP sebagai tidak menjanjikan tempat untuk berteduh.
Ronnie Liu datang bertemu penduduk dengan cuba memutarbelit fakta dan konon nak jadi pembela mereka, sebelum Dato Noh Omar datang sendiri bertentang dengannya untuk membetulkan pembohongannya.
Ronnie Liu tidak berupaya menjawab. Apabila diugut dengan saman, baru Ronnie Liu sedia berundur dan hentikan kekecohannya.
No comments:
Post a Comment