Pembangkang sentiasa menangani isu dengan cara bikin kecoh,
kelam-kabut dan huru-hara. Menghentak meja, membaling kerusi,
menjerit-jerit, memaki hamun, malah membaling Molotov cocktail semuanya
merupakan ‘trademark’ khas operasi pembangkang.
Pendek kata, sikap mereka langsung tidak menunjukkan
sikap manusia waras, bijak, matang, professional, rasional mahupun
bertamadun.
Dalam sidang Dewan
Rakyat sekali lagi pembangkang membuat kecoh hanya kerana tidak
bersetuju dengan 4 dari 22 syor yang dibuat Jawatankuasa Pilihan Khas
Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan proses pilihanraya. Selain itu,
mereka juga mempersoalkan penolakan terhadap cadangan agar Penyata
Minoriti dilampirkan bersama Laporan Akhir Jawatankuasa semasa mesyuarat
terakhir pada 29 Mac 2012.
Sedangkan, penolakan tersebut adalah berdasarkan keputusan undian iaitu 6 undi menolak dan 3 undi bersetuju.
Nampaknya
pembangkang mempunyai masalah dengan amalan demokrasi yang menentukan
keputusan melalui pilihan majoriti. Hanya kerana keputusan majoriti
tidak menyebelahi mereka, maka mereka akan membuat kecoh atau pun
huru-hara.
Sikap pembangkang ini menjadikan rakyat semakin
‘cuak’ dengan mereka. Walaupun pembangkang cuba mencari ‘kredit’ dengan
membangkitkan persoalan dan bantahan tetapi tindakan mereka bukannya
memberi faedah tetapi hanya menjauhkan lagi rakyat dari mereka.
Rakyat mungkin mengangkat pembangkang sebagai juara
jika sekali sekala bangun membuat kecoh atas isu-isu yang kononnya
membela rakyat. Tetapi jika terlalu sering membuat kecoh, walaupun isu
tersebut telah diselesaikan melalui undian secara demokrasi maka rakyat
mula merasa meluat dan mengambil sikap sinis terhadap pembangkang.
Rakyat mula tertanya-tanya, apakah ini sikap pejuang
demokrasi tulen? Juara hak asasi dan hak bersuara? Bagaimana pejuang
demokrasi tidak boleh menerima keputusan majoriti?
Sebenarnya,
pembangkang hanya ingin mencari publisiti kerana telah benar-benar
ketandusan isu yang signifikan untuk mempromosi diri. Lebih dari itu,
pembangkang juga, terutamanya Azmin Ali yang begitu lantang di Dewan
Rakyat semalam sebenarnya hanya ingin mengalih pandangan rakyat dari isu
kedayusannya dan persundalan isterinya, Shamsidar Taharin yang kembali
hangat akhir-akhir ini.
Tetapi, apa yang lebih besar dari ini semua ialah
pembangkang sebenarnya hanya ingin mencipta alasan awal sekiranya kalah
dalam pilihanraya akan datang. Kerana itu, mereka perlu membuat kecoh
seolah-olah PSC tidak berkesan dan tidak telus. Untuk tujuan ini juga,
segala jentera pembuat huru-hara seperti Bersih akan digerakkan untuk
menimbulkan keraguan di kalangan rakyat terhadap sistem pilihanraya.
Sekali gus, jika Bersih berjaya digerakkan secara besar-besaran, ia
mungkin akan membantu Pakatan Rakyat berkuasa tanpa melalui proses
demokrasi dan ini akan merupakan bonus kepada mereka.
Oleh itu, sama ada kesemua 22 syor tersebut diterima
atau tidak, yang mana ia telah pun diterima kemudiannya, atau laporan
minoriti tersebut dimasukkan ke dalam laporan akhir atau tidak, bukanlah
jaminan yang pembangkang tidak menimbulkan huru-hara pada bila-bila
masa mereka suka.
Ini kerana hayat parti mereka bergantung kepada
kebolehan mereka mencipta kekecohan dan mengganggu ketenangan, dan
seterusnya keamanan negara.
Apapun, kita
wajar bersyukur kerana sikap mereka ini telah memudahkan lagi rakyat
Malaysia membuat pilihan dalam pilihanraya yang akan datang.
No comments:
Post a Comment