Ads Top

GEMPAR!! MAKCIK CEDERA DI PERHIMPUNAN RAKSASA UMNO


Sedang aku berjalan-jalan di sekeliling stadium, aku amat terkejut melihat seorang makcik yang berkerusi roda dengan bendera Negeri Selangor diikat tegak di kerusi rodanya.

Aku amat terharu melihat keadaan makcik ini yang kurang upaya namun atas semangat kentalnya dia hadir untuk menunjukkan sokongan dan meraikan Ulangtahun Penubuhan UMNO ke 66 bersama Presiden UMNo dan seluruh kepimpinan tertinggi hingag ke bawahan UMNO.

Amat mahal pengorbanan orang-orang lama seperti ini dalam usia UMNO yang ke 66 ini, mereka ini adalah golongan manusia yang bersyukur dan sanggup bersusah payah bersama parti keramat yang sememangnya sentiasa prihatin dan sedia mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara dalam apa jua keadaan.

Menurut mereka ini, bukan mudah untuk kita berada pada tahap sekarang dengan sebuah negara yang aman tenteram berbilang agama dan kaum, tetapi amat mudah untuk kita menghancurkan negara ini hanya kerana hasad dengki dan kerakusan ingi berkuasa.

Oleh itu, aku amat berbangga mempunyai orang lama yang kental jiwanya dan teguh pendiriannya demi anak bangsa.

Semoga Allah SWT melindungi mereka dan memberikan kekuatan untuk mereka ini terus berjuang walaupun yang tinggal hanya sisa-sisa kehidupan di dunia ini..

3 comments:

Anonymous said...

Mamat sekor ni asik promote investment aje, ganggu betoi la. Hoii.. nak advertise 'peleburan', nko blh pi kat NST ke, Harian Metro ke atau Ganyangsiangpau blh gak..

SHAH ALAM REBELS said...

Kami meminati blog tuan. Kami juga telah link kan blog tuan dalam blogroll kami. Harap tuan dapat link kan blog kami http://shahalamrebels.blogspot.com/

Pena Dari Tanah Melayu said...

Salam tuan, blog tuan telah saya pautkan .. terima kasih

Powered by Blogger.