Perjuangan seringkali menjadi alasan ahli politik untuk mengenengahkan diri mereka sebagai calon pemimpin dikalangan masyarakat.
Perjuangan dalam memperjuangkan keadilan, mempertahankan maruah, menentang ketidak adilan, membela nasib bangsa, agama dan Negara, membangunkan Negara, menyatukan masyarakat, menyatukan bangsa dan berbagai-bagai lagi perkara yang diperjuangkan.
Dalam perjuangan yang dibawa oleh pemimpin dari kalangan parti politik, mengheret rakyat untuk menyokong mereka adalah satu kemestian, sebahagian menyokong parti Negara, sebahagian menyokong parti Pembangkang dan sebahagian lagi digelar atas pagar kerana tidak menokong mana-mana.
Lalu selepas lebih 55 tahun merdeka begitu ramai yang menjadi ‘hero’ kononnya apa yang berlaku selama ini tidak adil dan hanya menyebelahi sebelah pihak.
Benarkah itu berlaku? Mungkin besar ia berlaku, tetapi mungkin kecil ia “SEHARUSNYA” berlaku, tetapi apa alasan? Jawapannya, untuk sesuatu yang sememangnya telah ditakdirkan.
Takdir telah membawa Negara melalui pelbagai macam perubahan, dari ladang tebu menjadi kawasan perindustrian, dari lombong timah menjadi bandaraya besar, dari paya menjadi kawasan perumahan dan daripada hutan belantara menjadi Negara Malaysia yang menjadi bualan masyarakat dunia.
Ada pihak tidak bersetuju dengan takdir itu, kata mereka takdir itu membawa malapetaka, membawa masyarakat jadi tidak tahu beragama, membawa anak muda ke kancah hina, membawa masyarakat kaya menjadi miskin, membawa masyarakat Malaysia kembali ke zaman hamba.
Lalu semua itu diterjemahkan dalam periuk politik, semua yang diadun selama ini tidak sedap, tidak cukup rasa dan tidak memenuhi selera.
Wajib kata mereka untuk merubah resepi tersebut, mereka sudah jumpa resepi baru, asingkan bangsa dengan agama, pisahkan budaya dari kehidupan.
kemudian tambahkan perasa baru biar sedap rasanya.
Tumbangkan kerajaan sedia ada, kerajaan itu menipu rakyat selama ini, kerajaan pertahankan perlembagaan penjajah, kerajaan agungkan budaya barat, kerajaan asyik dan leka hingga lupakan agama, maka wajib kerajaan ditumbangkan! agar kerajaan dapat memerintah mengikut coraknya.
Masalah besar timbul bila kerajaan yang ada susah sangat nak ditumbangkan!, masih terlalu ramai rakyat yang menyokong mereka dan kerajaan baru sukar ditegakkan kalau perkara itu berlanjutan.
Jalan terakhir adalah menggunakan kekerasan, Mesir yang hebat itu lagikan tumbang inikan pulak Malaysia yang sekecil hama.
Kali ini perkataan
“SYAHID” wajib digunakan dengan harapan “PERISTIWA MEMALI” berulang kembali.
Polis dan tentera dan siapa saja yang menghalang akan dipersalahkan kerana menghalang “SUARA RAKYAT” biarpun kali in terpaksa menumpahkan darah mengorbankan nyawa.
#BlackOut 505 bukanlah ukuran tetapi jika gagal mereka pasti mencuba dan terus mencuba dengan lebih ganas lagi kerana YAHUDI dan KUASA BARAT yang takut melihat kebangkitan Negara Malaysia sebuah Negara Islam yang lantang suaranya.
Tetapi jika diukur mengapa terjadi semua itu jangan nafikan puncanya juga datang dari kalangan parti memerintah.
Mereka yang duduk di atas sana leka dengan perlumbaan mengumpul wang dan harta, kuasa digunakan sewenang-wenangnya untuk tujuan tersebut.
Rakyat tidak diperdulikan dan semakin lama semakin banyak rakyat yang berundur.
Mereka bukan berpalin tadah atau derhaka tetapi mereka meluat melihat pemimpin yang dipilih tidak ubah seperti BABI lapar sama macam pemimpin Parti Pembankang yang sanggung menyodok apa sahaja yang ada di depan asalkan dapat apa yang dimahukan.
Salahkah rakyat?
Berubahlah. Rakyat hari ini masih memikirkan nasib anak cucu akan datang dan mengenang jasa pemerintah masa lampau tetapi jangan bagi rakyat hilang akal dan lupakan semua itu kerana kerakusan pemimpin politik mengejar kuasa dan wang ringgit!!