Polis saman basikal, kedai judi lepas tangan


JOHOR BAHRU hari ini, Polis menahan sekumpulan 13 remaja yang menunggang basikal ‘jempol’ (basikal yang diubah suai) secara berbahaya di Jalan Denai 44, Taman Bukit Jaya petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang, polis menahan kesemua kanak-kanak dan remaja terbabit serta me­rampas 15 buah basikal.

Siasatan yang dilakukan men­dapati kesemua 15 basikal yang dirampas sudah diubah suai dengan tidak mempunyai brek yang boleh membahayakan penunggang dan pengguna jalan raya lain.

Kesemua basikal itu disita manakala sekumpulan penunggang basikal jempol itu ditahan mengikut Seksyen 112 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut dijalankan mengikut peraturan 42 (1)(a) LN 166/59 kaedah-kaedah lalu lintas 1959 kerana mengubah suai basikal.

Paling menarik, pihak Trafik JBS turut mengambil tindakan mengeluarkan sejumlah 13 saman mengikut peraturan yang sama terhadap 13 kanak-kanak dan remaja berkenaan.

Saya mengucapkan tahniah kepada pihak polis Johor kerana berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan keselamatan kanak-kanak ini terjamin serta memastikan sejarah rempuh basikal tidak berulang lagi.

Tetapi saya berasa keliru dimana Polis Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) dan adakaha mereka ini buta tuli sehinga tidak berjaya menjalankan tugas mengesan dan menutup pusat-pusat judi yang berselerakan di seluruh negara ini terutamanya di bandar-bandar besar.

Sehingga hari ini pusat-pusat judi ini buka dengan megahnya mengheret anak-anak melayu termasuk dari kalangan kanak-kanak bermain judi.

Adakah bermain basikal, mengubahsuai basikal, motor dan kereta sahaja yang salah dalam negara ini? Adakah kegiatan judi, maksiat an kongsi gelap halal dalam negara ini?

Di sinilah yang dikatakan "lawak" bilamana kes-kes yang tidak mendatangkan keuntngan kepada pihak berkuasa akan dibanteras habis-habisan manakala kes yang mengenyangkan dan membuncitkan perut tidak pula dibanteras dengan bersungguh-sungguh.

Saya bukan anti polis tapi saya jijik dengan perangai polis yang buta! kedai judi disekitar balai Polis pun tak mampu dibanteras!

Baca berita sumber: https://www.utusan.com.my/berita/jenayah/13-remaja-ditahan-tunggang-basikal-8216-jempol-8217-1.475650


Diana dan Zairil berpeluk cium di restoran. Cuba tengok betul ke tak?







Inilah pemimpin yang dipilih oleh rakyat Malaysia. Sebab nak tumbangkan kerajaan UMNO BN adalah untuk tujuan beginilah. Supaya jantan dan betina bebas melakukan apa sahaja termasuk bersetubuh di perhentian bas. Malaysia akan bebas bila DAP memerintah. Tahniah kepada bakal pengundi DAP, PAN, PKR, PBR dan PAS kalau mereka sertai pakatan pembangkang.

Azan 5 Kali Sehari, Masjid/Surau Perlu Minta Kebenaran Penduduk


Ramai marah pada gadis ini yang mencadangkan supaya Masjid atau Surau yang mahu dalam jarak 50 meter daripada kawasan perlulah mendapat kebenaran penduduk kerana rumah ibadat ini akan Azan 5 kali sehari.


Oh Bulan menulis, Statement ini adalah respond Azira kepada berita Kerajaan Negeri Selangor. Di mana kerajaan Selangor nak perketatkan syarat-syarat pembinaan rumah ibadat bukan Islam.

Bukan itu saja, Azira juga menyatakan budaya kebencian, pergaduhan dan sikap tak bertoleransi adalah budaya yang diimport dari negara Arab ke dalam masyarakat. Ini semua gara-gara terlalu ramai pelajar Malaysia yang sambung pengajian di sana.

Azira Aziz juga mengatakan umat Islam Malaysia terpengaruh dengan budaya Arab yang dibawa masuk oleh tenaga pengajar kebanyakannya graduan dari negara timur tengah. Tambahnya lagi, Malaysia akan lebih aman jika dari dulu kita limitkan menghantar dan mengambil tenaga pengajar dari rantau Arab.


“Mengapa kita terikut sangat budaya Arab?”Screen Shot 2017-04-12 at 11.43.37Screen Shot 2017-04-12 at 11.43.44Screen Shot 2017-04-12 at 11.43.55Screen Shot 2017-04-12 at 11.44.09Screen Shot 2017-04-12 at 11.44.18

Salah siapa?

Bukan salah gadis ini, bukan juga salah Cina-Cina Komunis DAP yang selama ini mengganggu Islam tetapi salah kita sendiri "Orang Melayu Islam" yang memberi ruang kepada mereka untuk berbuat sesuka hati.

Mereka terlalu berani kerana mereka telah menghidu bau kemenangan, mereka rasakan semakin hampir untuk bangsa-bangsa mereka memerintah negara kita ini.

Maka dengan itu kumpulan-kumpulan liberal agama, penagih seks sejenis, manusia songsang, penjenayah dan yang sealiran dengannya tidak rasa takut untuk kehadapan menghina, mencaci maki, menghasut, melakukan keganasan kerana mereka tahu negar ini akan jatuh ke tangan mereka.

Saksikanlah sekarang apa yang berlaku.

Inilah segala isi perut yang sedang dibawa oleh politik pembangkang yang bergabung dalam negara ini. Mereka kaut dan telah apa sahaja masuk ke dalam perut kebulur politik mereka yang digunakan untuk memberi tenaga kepada gerakan menjatuhkan kerajaan. 

Segala macam jenis benda busuk itu memang sudah lama menanti. kali ini mereka bebas bercakap apa saja mengenai agama yang mereka bawa, mereka boleh melakukan seks sejenis lelaki dengan lelaki - perempuan dengan perumpuan dan kedua-duanya sekali, mereka bebas untuk minum arak waima di dalam masjid sekalipun, mereka bebas untuk melakukan jenayah, mereka bebas mengaut kekayaaan hasil judi dan pelacuran, mereka bebas melakukan apa sahaja perkara yang mereka mahu dan buktinya lihat saja ketika ini.


Lihat gadis itu dengan kebijaksanaannya mempersoalkan segala tentang islam, dia boleh mencadangkan supaya masjid atau surau wajib mendapat kebenaran penduduk dulu sebelum dibina. Sejak bila "Panggilan Allah" ini mesti dapat kebenaran dari makhluk yang diciptakannya?. Siapa sembah siapa?

Siapa dibelakang mereka-mereka ini? Siap restui perjuangan mereka? Siapa beri dana mereka bergerak? 

Jawapannya adalah parti yang mereka sedang dukung sekarang. DAP!!


EXCO PAS KEKAL DALAM PENTADBIRAN SELANGOR – ISKANDAR


Tiga anggota Exco Selangor daripada Pas tidak akan keluar daripada kerajaan negeri yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) selagi tidak menerima arahan pucuk pimpinan tertinggi parti.

Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata ketiga-tiga mereka termasuk dirinya juga akan menunggu keputusan muktamar PAS bulan depan, sebelum memutuskan langkah seterusnya.

“Saya ikut arahan presiden parti sebab kita hanya ada satu presiden sahaja… buat masa ini tiada arahan untuk itu, jadi kita bertugas seperti biasa,” katanya kepada pemberita di lobi Bangunan Dewan Negeri Selangor, di sini hari ini.

Selain Iskandar, dua lagi anggota Exco kerajaan negeri daripada Pas ialah Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Hubungan antara Pas dan PKR tegang susulan ada cadangan daripada beberapa Pas kawasan yang menuntut pucuk pimpinan memutuskan kerjasama dengan PKR selepas parti itu bertegas untuk menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara dan DAP.

Media sebelum ini melaporkan isu kerjasama politik antara kedua-dua parti terbabit akan dibawa ke muktamar Pas pusat yang dijadualkan 27 April hingga 1 Mei ini.

Mengulas perkembangan lain, Iskandar berkata keputusan kerajaan persekutuan untuk tidak membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 di Dewan Rakyat tidak menjejaskan semangat parti itu untuk meneruskan pembentangan RUU tersebut.

“Kita akan tetap teruskan… ini inisiatif kami, kita yakin ia tetap akan dibentangkan oleh presiden parti (Datuk Seri Abdul Hadi Awang),” kata Naib Presiden Pas itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu lepas mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan membentangkan RUU 355 susulan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) secara konsensus membuat keputusan mengenai perkara itu.

RUU 355 itu diusul buat kali pertama di Dewan Rakyat pada Mei 2016 dan dibuat sekali lagi pada 24 Nov tahun lepas oleh Abdul Hadi. – BERNAMA

PERKATAAN ‘TOK LEBAI’ TIMBUL KEKECOHAN DUN SELANGOR


Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini kecoh seketika apabila seorang anggota dari DAP mengeluarkan perkataan ‘tok lebai’ yang disifatkan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor, menyebut perkataan ‘tok lebai’ yang merujuk kepada individu tertentu yang menjadi punca ketidaktentuan ekonomi negara dan kejatuhan nilai ringgit.

Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) kemudian bangun mencelah dan menegur Lau untuk tidak menggunakan perkataan itu lagi sebab ia seolah-olah menghina agama Islam.

“Dalam agama Islam, ‘tok lebai’ merujuk kepada agamawan, ahli cendekiawan agama dan paling tidak tok imam,” katanya.

Namun, Lau enggan menerima teguran Sulaiman sehingga menyebabkan kedua-dua wakil rakyat berkenaan bertikam lidah sebelum Timbalan Speaker DUN, Mohd Shafie Ngah meminta mereka duduk serta meminta Lau menarik semula perkataan itu.

Lau kemudian memohon maaf jika tindakan beliau itu menyinggung perasaan umat Islam.

Istilah ‘tok lebai’ menjadi popular selepas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi akaun twitternya baru-baru ini merujuk seorang invidu sebagai ‘tok lebai’ yang dikatakan bercita-cita hendak menawan Selangor.

“Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur,” kata Mohamed Azmin.

AHMAD IDHAM TERKEJUT AZMIN BERI RM100,000


Pengarah filem terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri meluahkan rasa terkejut apabila keluhannya di media sosial mendapat maklum balas segera daripada kerajaan Selangor dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ahmad Idham berkata keluhannya mengenai Pusat Pendidikan Khas Eden Firdaus mendapat respon positif Mohamed Azmin yang sudi memberikan sumbangan RM100,000 bagi membantu pusat berkenaan.

Sumbangan RM100,000 kepada Pusat Pendidikan Khas Eden Firdaus di Red Carpet Avenue, Encorp Strand Mall itu diserahkan sendiri oleh Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita & Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

Kata Ahmad Idham, tindakan diambil kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin begitu berbeza berbanding dengan pemimpin lain yang lebih gemar mengambil sikap ‘defensive’.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri (Selangor) terutama kepada Menteri Besar kerana menjadi seorang pemimpin yang begitu responsif hingga saya sendiri terkejut.

“Keadaan ini berbeza dengan pemimpin lain yang lebih bersikap ‘defensive’. Apabila datang seorang pemimpin responsif, sudah tentu saya teruja dan sekarang terlebih teruja pula. Terima kasih,” katanya.

Dia berkata demikian dalam sidang media selepas menerima sumbangan kerajaan Selangor di pusat pendidikan khasnya semalam.

Dia turut memohon maaf atas kritikan terhadap kepimpinan kerajaan negeri sebelum ini dan mengakui bahawa kritikan itu dilemparkannya akibat kekurangan maklumat.

“Kami sokong program kerajaan negeri. Ramai artis mulai sedar perkara ini dan teruja.

“Sebelum ini kita tidak pernah tahu kerana maklumat tidak sampai, justeru saya mohon maaf atas kesilapan sebelum ini. Syukur, saya dapat bantuan sebegini dan jujurnya ini kali pertama terima bantuan sejak pusat ini dibuka,” katanya.

Biasiswa Kepada Anak Istimewa

Sebagai Pengarah Pusat Pendidikan Khas Eden Firdaus, Ahmad Idham berkata bahawa sumbangan RM100,00 dari kerajaan Selangor itu akan dijadikan sebagai biasiswa pendidikan kepada anak istimewa dari golongan berpendapatan rendah.

Menurut Pengarah filem “Adnan Sempit” itu, sebilangan besar ibu bapa yang berpendapatan rendah tidak mampu menghantar anak istimewa ke sekolah bersesuaian ekoran perbelanjaan yang lebih tinggi berbanding sekolah biasa.

“Sebenarnya saya nak bagi balik duit ini kepada anak-anak di luar sana dengan mewujudkan skim biasiswa di bawah sumbangan kerajaan negeri ini untuk anak Selangor.

“Ibu bapa di Selangor yang mempunyai anak-anak istimewa, sila hubungi atau datang ke pusat pendidikan khas ini. Dengan sumbangan RM100,000 ini kita boleh sediakan lapan hingga 10 tempat untuk anak-anak ini belajar secara percuma.

“Saya gunakan semua sumbangan kepada Eden Firdaus ini untuk mereka belajar di sini, di mana saya nak tawarkan kepada anak-anak istimewa di luar sana yang mana ibu bapanya golongan berpendapatan rendah untuk saya sumbang balik kepada masyarakat kerana inilah impian saya,” katanya.

Tambah Ahmad Idham lagi, tiada guna dia menyediakan sistem kokurikulum terbaik hasil kerjasama dengan sebuah pusat pendidikan khas terkemuka di Singapura sekiranya tidak dikongsi dengan masyarakat di negeri ini.

Dia menjangkakan surat tawaran biasiswa kepada mereka yang berlayakan akan diserahkan pada Karnival Kesedaran Autisme Eden Firdaus yang diadakan 28 April 2017 ini.

ASNAF FAKIR MISKIN SELANGOR TAHUN LALU MENINGKAT


Jumlah golongan asnaf fakir dan miskin kalangan umat Islam di negeri negeri ini meningkat sebanyak 2,207 keluarga pada tahun 2016 menjadi 46,500 keluarga berbanding tahun sebelumnya, berdasarkan laporan dikeluarkan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata peningkatan jumlah golongan asnaf fakir dan miskin di negeri ini disumbang oleh banyak faktor terutamanya peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Kata beliau lagi, faktor lain menyumbang kepada peningkatan jumlah asnaf itu berpunca dari penghijrahan rakyat dari negeri lain ke Selangor untuk mencari rezeki dan kekurangan peluang pekerjaan akibat banyak syarikat di negeri ini ditutup.

“Pada 2016, terdapat pertambahan penerima zakat ekoran berlakunya peningkatan kos sara hidup yang memberi kesan terutama terhadap golongan B40.

“Faktor lain termasuk penghijrahan warga negeri lain ke Selangor untuk mencari rezeki selain ramai yang kehilangan pekerjaan akibat banyak syarikat tutup,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat LZS, di Shah Alam, hari ini.

Tambahnya lagi, sebanyak RM200.5 juta wang zakat telah diagihkan kepada 32,978 keluarga asnaf miskin, manaka RM98.2 juta pula diagihkan kepada 13,522 keluarga asnaf fakir.

Jumlah asnaf fakir dan miskin negeri Selangor pada 2015 adalah seramai 44,293 keluarga.