Lambaian itu dari pewaris negara, samada menjadi pemimpin atau jadi sebaliknya mereka tetap rakyat Malaysia yang akan penentu kestabilan dan keamanan negara ini pada masa akan datang.
Mereka sekecil ini kenal Najib Razak akibat asakan fitnah yang memburukkan Mantan Perdana Menteri itu.
Namun suatu hari nanti apabila mereka ini dewasa, merekalah yang akan menerangkan kepada warisan seterusnya bahawa kita pernah ada Perdana Menteri yang terbaik, yang menjaga rakyat, yang membina negara dengan ekonomi yang kukuh tetapi ditumbangkan oleh sebuah rejim pakatan yang mengumpulkan segala musuh Melayu, pengamal Seks songsang, penentang Agama dan yang seangkatan dengannya.
Kerajaan hari ini fikir mereka sudah berjaya tetapi mereka lupa bahawa kerajaan yang menjaga rakyat adalah yang mereka tumbangkan. Rakyat akan bangkit dan menentang mereka, menghalau dan mengheret tubuh mereka di atas jalan bila tiba masanya.
Ini bukan ugutan atau hasutan sebaliknya ia adalah realiti bahawa kerajaan yang dibentuk ketika ini adalah berasaskan fitnah dan penipuan, rasuah dan janji kosong manakala selepas ditubuhkan mereka mengubah segala sistem yang baik dan menukarkan kepada sistem dan dasar yang hanya menguntungkan mereka dan kroni-kroni. Rakyat yang menentang pula mula dikenakan sekatan dan diugut dikenakan tindakan sekiranya terus menentang.
Masih tidak terlambat. Kita bina kesedaran dari sekarang, tiada perkataan menyesal sebaliknya binalah kekuatan dan kesatuan dari sekarang untuk kita rampas semula kerajaan dan kita baiki seterusnya dijaga sebaik-baiknya.