Program Permata Negara (PERMATA) akan diteruskan oleh kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“PERMATA merupakan salah satu program yang saya bawa kepada perhatian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kita akan audit kerana ia program yang baik dan dekat dengan kesejahteraan kanak-kanak.
“Ini kita teruskan untuk kanak-kanak tingkatkan kemahiran mereka kerana matlamatnya adalah suci murni.
“Kalau apa yang baik, kita teruskan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Perdana Putra, di Putrajaya hari ini.
Wan Azizah berkata, beliau dan Dr Mahathir berpandangan bahawa PERMATA lebih relevan untuk berada di bawah kementerian itu memandangkan ia melibatkan usaha-usaha meningkatkan perkembangan kanak-kanak.
Beliau sebelum itu mengulas gesaan Rosmah agar kerajaan baru Pakatan Harapan akan meneruskan program berkenaan.
Pengumuman tersebut sekaligus membidas kenyataan Penyelaras Segmentasi Wanita Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Young Syefura Othman sebelum ini yang mendakwa program Permata Negara merupakan satu pembaziran yang amat jelas dengan peruntukan RM40 juta sedangkan ia bukan keperluan yang sangat mendesak.
“Permata Negara bergerak tanpa hala tuju yang jelas dalam memartabatkan pendidikan negara. Oleh itu, ia perlu dimansuhkan memandangkan ketika ini kita telah mempunyai Tadika Kemas dan Pra-Sekolah,” katanya.
Oleh itu, tindakan mengecam PERMATA yang diilhamkan oleh Rosmah adalah tindakan yang salah. PERMATA adalah kejayaan besar buat negara melahirkan bakat-bakat luar biasa yang dicungkil seawal usia kanak-kanak lagi.
Terima Kasih DS Rosmah mansor di atas kejayaan program tersebut