Ads Top

KHALID GAGAP LARI MALAM - TAK BAYAR BIL AIR



Sebuah badan bukan kerajaan yang menggelar diri sebagai Badan Prihatin Rakyat Selangor mendesak kerajaan negeri segera membayar wang subsidi pemberian air percuma yang didakwa tidak diterima kebanyakan penghuni pangsapuri dan flat kos rendah di negeri ini. 

Naib Presidennya, Saarah Ali Bashah, berkata golongan sasar itu tidak mendapat manfaat wang subsidi air percuma yang diperkenalkan kerajaan Selangor pimpinan PKR-DAP-PAS sejak 1 Jun 2008.
"Pemantauan kami mendapati kerajaan negeri masih berhutang subsidi air percuma kepada golongan sasar yang menduduki flat kos rendah yang menggunakan meter pukal.
"Mereka sepatutnya mendapat 20 meter padu air percuma sebagaimana penduduk yang mempunyai meter individu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Saarah berkata, kerajaan negeri sepatutnya membayar wang subsidi yang tidak diterima bagi tempoh kira-kira 50 bulan sejak skim itu diperkenal, dianggarkan berjumlah RM547.20, secara tunai kepada setiap isi rumah yang menggunakan meter pukal. 

Bermula 1 Jun 2008, seramai 1.5 juta pengguna individu di Selangor menerima air percuma 20 meter padu sebulan atau bersamaan RM11.40 sebagai memenuhi satu daripada janji dalam manifesto parti pakatan semasa kempen Pilihan Raya Umum 2008. 

Sementara itu, Ketua PPP Bahagian Kota Raja, U Kamalanathan, mendakwa lebih 4,000 unit pangsapuri sekitar Kota Raja tidak menikmati faedah itu sejak ia diperkenalkan. 

Beliau berkata, pihaknya akan membuat satu perhimpunan aman dinamakan "Air 20 Meter Padu Selangor" di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam dalam tempoh terdekat, sekiranya tiada apa-apa maklum balas daripada kerajaan Selangor. - BERNAMA

No comments:

Powered by Blogger.