TIADA DATA WARGA ASING POSITIF COVID DI SELANGOR, SEMUA DICAMPUR SEBAGAI ANGKA POSITIF NEGERI SELANGOR.

Selangor adalah antara negeri penyumbang terbesar angka positif Covid dan kematian akibat Covid dalam negara ini. Kes positif mengikut negeri yang dikeluarkan oleh Kemneterian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunjukkan Selangor menjuarai catatan kes. (setakat 12/8/21, 12PM)


Seperti yang kita tahu, peningkatan jumlah kes positf di Selangor adalah disebabkan oleh jumlah saringan Covid19 yang begitu besar, samada yang dianjurkan oleh kerajaan Negeri mahupun kerajaan persekutuan melalui KKM selain saringan yang dilakukan di fasiliti swasta. 

Namun begitu sehingga kini kita rakyat Selagor tidak tahu bahawa jumlah tinggi ini adalah termasuk warga asing yang bekerja di sektor perkilangan, diikuti perkhidmatan, tapak pembinaan, perniagaan dan komuniti.

Dalam satu kenyataan, Menteri Besar Selangor telah menyatakan bahawa kes tertinggi dicatat oleh sektor pekerjaan iaitu kluster perkilangan mencapai sehingga 80 peratus dari jumlah keseluruhan. Kita tahu dan jangan tolak bahawa mereka yang positif dari kluster itu majoritinya adalah warga asing.

""Mengikut angka dan data terkini, sepanjang bulan Jun, 91 peratus kluster di Selangor berpunca daripada pekerjaan iaitu 80 peratus kluster perkilangan dan 11 peratus kluster tapak binaan bersamaan dengan 125 kluster daripada dua sektor ini," kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (>>klik sini<<).


Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman mengesahkan bahawa penyumbang kluster aktif yang paling besar di negeri tersebut jelasnya (Selangor), masih lagi dikuasai dari sektor perkilangan, diikuti perkhidmatan, tapak pembinaan, perniagaan dan komuniti. (>>klik sini<<) Malangnya tak lama kemudian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) didapati telah memadam kenyataan yang dimuatnaik di laman Twitter @KKMalaysia.


Rakyat Selangor telah menjadi mangsa akibat angka-angka yang diangkat oleh KKM hingga dikurung bertahun-tahun lamanya tanpa sebarang pengetahuan mengenai siapa penyumbang angka ini sebenarnya?


Akibat angka yang dicampur ini, keajaan telah gagal mengenalpasti kedudukan sebenar kluster yang patut dikurung untuk dipulihkan. Kebanyakan mereka adalah warga asing yang menjadi hamba kepada majikan-majikan tamak yang terus beroperasi walaupun telah diberikan arahan untuk menutup operasi.


Kegagalan mengasingkan data angka positif ini juga menyebabkan kerajaan gagal mencari solusi bagaimana untuk mengawal wabak ini dari terus menjangkiti penduduk tempatan (rakyat malaysia) yang tinggal bedekatan dengan penempatan warga asing. 


Mengapa kerajaan mahu merahsiakan angka warga asing yang telah positif Covid19 ini?


Apakah mainan politik ini memberi keuntungan besar kepada majikan-majikan atau keuntungan besar untuk orang politik yang gila kuasa di atas sana?