TERKINI!! PENDUDUK KUALA SELANGOR MATI KERANA SAMPAH?

Gambar pemandangan jijik ini aku ambil petang tadi ketika aku membeli ikan di Pasar Awam Pasir Penambang, Kuala Selangor.

Untuk pengetahuan kawan-kawan sekalian, pasar awam ini adalah merupakan salah sebuah pasar ikan utama pilihan utama penduduk Kuala Selangor dan pelancong asing untuk membeli ikan dan keperluan harian.


Amat memalukan apabila tempat tumpuan orang ramai berkeadaan kotor dan menjijikkan serta berbau busuk.



Yang menjadi persoalannya mengapa sehingga sekarang Kerajaan Berkebajikan masih tidak dapat menyelesaikan masalah ini?

Keadaan sampah yang kotor dan berbau busuk dan berulat bukan saja mencacatkan pemandangan dan mengganggu malah ianya menjadi punca utama kepada masalah penyakit.

Siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini?

http://www.mdks.gov.my/web/guest/kemudahanawam
Aku bukan mahu menyalahkan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) tetapi sebagai sebuah badan yang diamanahkan untuk menyelenggara kawasan tersebut, mereka harus bertanggungjawab berkenaan masalah ini kerana sejak Kerajaan Selangor menamatkan kontrak Alam Flora berbagai masalah timbul terutama masalah berkaitan kutipan sampah.

http://www.mdks.gov.my/web/guest/operasi_kutipan_sampah

Mengikut jadual kutipan sampah yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) sendiri melalui laman web mereka disini: http://www.mdks.gov.my/web/guest/operasi_kutipan_sampah, mereka menyatakan bahawa sampah akan dikutip setiap hari dirumah kedai dan pasar awam tetapi adakah itu terjadi?

Adakah kerajaan Selangor pimpinan Pakatn Rakyat salah penilaian atau memang sebenarnya bodoh kerana gagal memastikan keberkesanan tindakan mereka selepas menamatkan kontrak Alam Flora.

Jadi, adakah mereka mahu lihat kematian penduduk Kuala Selangor dulu kerana masalah ini  baru nak bertindak?

Kemudian apabila rakyat mula marah, seperti biasa mereka iaitu Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat  akan menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana kesilapan mereka.

kawan-kawan fikirkanlah sendiri, kalau dah sampah pun tak terkutip, mampukah Pakatan Rakyat memimpin Malaysia?







No comments:

Powered by Blogger.