RUMAH DEGIL CHOW KIT IKTIBAR UNTUK KAMPUNG BARU KUALA LUMPUR



Siapa tahu ini rumah siapa?

Jika tidak tahu, inilah Rumah Degil yang berada di Chow Kit di tengah-tengah pusat tumpuan ibu kota Kuala Lumpur.

Nenek Norma adalah tuan Rumah Degil ini.

Banyak versi cerita berkenaan rumah ini yang tuan rumahnya “degil” tidak mahu menjual rumahnya kepada pihak pemaju di kawasan tersebut sehinggakan naik bangunan-bangunan tinggi disekelilingnya dan hanya rumah dia sahaja yang masih kayu dan utuh.

Pelbagai usaha dilakukan untuk memujuk Nenek Norma menjual rumah itu bertahun-tahun lamanya sehingga beliau meninggal dunia.

Pada tahun 2013 akhirnya rumah ini terpaksa juga dilepaskan.

Tapi ramai orang yang mungkin tidak tahu, struktur asli rumah itu telah dipindahkan ke Balai Seni Negara terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur kini untuk menjadi tatapan umum sejarah tentang Rumah Degil ini.

Untuk pengetahuan kalian, walaupun tanah itu telah dijual kepada pemaju, namun Datuk Seri Nazri Aziz yang ketika itu memegang jawatan Menteri Pelancongan telah mengambil inisiatif untuk membeli rangka rumah tersebut dan diletakkan di Balai Seni Negara di Jalan Tun Razak.

Ye, DS Nazri Aziz yang ramai orang tak suka tu.

Korang rasa untuk apa?

Aku rasa dulu lagi dia dah boleh nampak, apa yang akan terjadi di Kampung Baru. Sebab itu dia sanggup halang kontraktor dari musnahkan rumah tu dan letakkan rumah tu seketul di sana.

Untuk apa?

Untuk dijadikan iktibar kepada kita semua.

Semoga Rumah Melayu No. 41 Jalan Chow Kit yang lebih dikenali sebagai Rumah Degil ini memberi inspirasi kepada pewaris Kampung Baru untuk mempertahankan tanah pusaka mereka sama seperti Nenek Norma yang bertahan selama 70 tahun itu.

Ada juga jasa Chief ni Suzana Akmam Selamat
FB:Aina Adrianna Abd Ghaffar
#senyum

Dipetik dari Fb : Rashirul - https://www.facebook.com/100001681818486/posts/2576573599075342/

RUMAH DEGIL CHOW KIT IKTIBAR UNTUK KAMPUNG BARU KUALA LUMPUR RUMAH DEGIL CHOW KIT IKTIBAR UNTUK KAMPUNG BARU KUALA LUMPUR Reviewed by Aemierulrizaki on 1:57 pm Rating: 5

1 comment

dukun togel said...

Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada MBAH SORE yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari MBAH SORE yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual MBAH SORE silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 085-256-133-981atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih. PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI DAN MBAH JUGA MEMBANTU ANGKA TOGEL DI JAMIN TEMBUS MULAI DARI ANGKA 2D,3D,4D,5D,6D,7D

terkini