PASAR MALAM AKAN DIBUKA DEPAN RUMAH AMBIGA BABI



Polis dan anggota penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini membuat rondaan di kawasan kediaman Datuk S Ambiga di Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara di sini. 

Tinjauan mendapati dua van DBKL dengan 10 anggota penguatkuasa itu berada di situ petang tadi selain kereta peronda polis yang kelihatan mengawasi kawasan tersebut.
Menurut sumber DBKL, mereka berada di situ hari ini kerana menerima laporan ada kumpulan tertentu mahu mengadakan pasar malam di kawasan tersebut yang mana menyalahi peraturan disebabkan tiada permit.
Bagaimanapun, setakat 7 malam ini, tiada peniaga atau kumpulan tertentu berada di lokasi tersebut. 

Ambiga yang juga penganjur demonstrasi yang bertukar menjadi ganas di ibu negara 28 April lalu membuat laporan polis pada 10 Mei lalu selepas sekumpulan peniaga berhimpun dan membuka gerai burger di hadapan rumahnya sebagai tanda marah akibat kerugian susulan perhimpunan tesebut. 

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abd Bari Wan Abd Khalid, berkata kawalan polis di hadapan rumah Ambiga adalah kawalan biasa bagi mencegah jenayah di kawasan perumahan itu. 

"Bukan saja hal Ambiga, tapi hal biasa pun kita akan ronda," katanya ketika dihubungi. 
Wan Bari, ketika ditanya sama ada polis akan menahan individu yang menganggu ketenteraman Ambiga, berkata: 

"Ianya bergantung pada peruntukan undang-undang. Belum berlaku...kalau ada nanti, kita akan tengok peruntukan undang-undang." - BERNAMA 


hahahahahha.... Lepas ni kita buat PASAR RAMADHAN PULAK.



No comments: