TERKINI!! BEKALAN AIR SELANGOR HABIS?


Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) melalui penyelidikannya telah merumuskan bahawa krisis bekalan air akan melanda Negeri Selangor pada 2014.

Menurut mereka, masalah ini berpunca daripada permintaan air yang mendadak setiap tahun atau masalah kekurangan bekalan air yang tidak dapat dijangka seperti kemarau dan masalah teknikal lain.

Kajian menganggarkan peningkatan permintaan air diantara 2.0% hingga 2.5% tetapi jika permintaan tahunan meningkat lebih daripada nilai ini, krisis air boleh berlaku lebih awal.

Sebelum ini, purata peningkatan perawatan air tahunan diantara tahun 2007 dan 2010 adalah 2.14%. (sila rujuk Jadual 1 dan 2 dibawah.



Kedudukan bekalan air selangor sememangnya kritikal dan ini telah diperakui khususnya oleh kerajaan negeri Selangor yang mana mencadangkan pembinaan lebih banyak loji pengekstrakan air bawah tanah untuk menampung defisit air mentah, dengan ini juga bermakna mereka telah mengakui bahawa terdapat risiko krisis air di Selangor.


Jika dibandingkan kos pembinaab banyak loji-loji perawatan air bawah tanah berskala kecil dibandingkan dengan pembinaan loji perawatan air Langat 2, sudah pastilah Langat 2 lebih efektif dan boleh diharapkan.

Tambahan pula, pengekstrakan air bawah tanah mendatangkan banyak kesan-kesan kepada alam sekitar seperti penenggelaman tanah, retakan hidraulik, penurunan aras air bawah tanah, ketidakstabilan ekosistem dan sebagainya.

Selain itu, penyelesaian menggunakan air bawah tanah mungkin tidak akan berfungsi semasa krisis air. Sebagai contoh, semasa krisis air di Labuan, penyelesaian air bawah tanah telah dilaksanakan dan malangnya ia telah gagal.

Trend yang sama juga telah dilaksanakan semasa kemarau teruk di Kelantan Sebenarnya hujan diperlukan untuk mengisi semula air bawah tanah dan ianya digelar sebagai proses aliran masuk (recharge) dalam bidang kejuruteraan. Ini adalah asas kitaran air dalam iklim hutan hujan tropika.



Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor dan Loji Perawatan Langat 2 mesti dilaksanakan sebelum krisis ini bertukar menjadi bencana.

Anda fikirlah dan nilailah sendiri.... bersambung.......

No comments: