MOGA PRESIDEN UMNO DIBERI KEKUTAN - JANGAN SALAH PILIH SEKUTU


Kita menunggu berita baik keberanian Jenderal Perang nombor satu UMNO. Peperangan bukan hanya didominasi oleh kepimoinan dan pegawai sahaja. Ia mestilah diselaraskan dengan bala tenteta pangkat bawahan. Koordinasi yang baik akan membawa kemenangan kepada setiap peperangan.

Tentera yang dikerah bagai hamba abdi akan menjadikan angkatan itu lemah. Berlaku adil-lah kepada kepada mereka dan mereka akan memberikan sepenuh tenaga untuk melawan musuh.


Kalah menang dalam perang pasti ada, cuma kita mahu perang PRU15 akan datang menjadi kemenangan besar buat kita.

Selama kita berperang dalam PRK selepas PRU14, kita kalah beberapa kali dan kemudian menang banyak kali. Kemenangan yang kuta capai adalah hasil penyatuan Muafakat Nasional UMNO PAS. Tiada PPBM kmasa itu, malah mereka melawan kita dengan sepenuh hati.

Tiada bantuan mereka di PRK Chini, mereka hanya kelihatan menyibuk dengan "Velfire" dan beberapa apit lempang yang beegaya bangsawan yang ntah apa dibuatnya. Pemimpin mereka ketika itu yang kebetulan menteri berucap malah memperlekehkan UMNO. Mereka hanya melukut ditepi gantang, penyibuk yang tak tahu apa nak buat.

Tak ada PPBM kita tetap menang, ada PPBM tak menambah apa-apa. Jangan masuk perangkap berkali-kali. Jangan hidupkan parti yang mahu membunuh parti kita berkali-kali. Jika mereka mahu masuk UMNO silakan.. Bubarkan sahana parti PPBM yang tak bermanfaat itu.

Semoga DS Zahid Hamidi diberi kekuatan dan keberanian untuk menentukan bala tentera perang PRU15. Jangan salah pilih sekutu.

ABANG BESAR SUDAH BERSUARA - BAWA MASUK PARTI PEJUANG DALAM MN


PPBM yang setiap hari ahlinya lari, cawangan-cawangannya tutup dan bahagiannya bubar itu yang kamu mahu jadikan sekutu?

Ahlinya sendiri tidak menyokong bagaimana mahu cerita soal undi?


Kerana itu belum apa-apa lagi PPBM susah berani pula menjemput 'parti Pejuang' untuk menyertai Muafakat Nasional kononnya. Lagaknya seperti 'Abang Besar' dalam MN.

Yang terus dibodohkan ialah ahli UMNO.

Saya harap kalau berita ini betul, jemput juga PAN (Amanah) masuk ke dalam MN.

Kita sama-sama kongsi kuasa.

KETUA POLIS DAERAH (OCPD) SUNGAI BULUH BERCUTILAH DULU



Dalam video ini, DS Jamal Yunos menerangkan tentang sejarah memerangi sendikit perjudian yang sudah lama beliau perjuangkan.

Betul kata DS Jamal, OCPD Sungai Buloh bercutilah dulu. Gantikan dengan pegawai berkecuali. Selepaa siasatan selesai kalau tak ada kaitan KPN Abdul Hamid Bador boleh naikkan pangkat OCPD tu.


Kita bukan serang polis, tapi kelam kabut - huru haranya OCPD buat kita curiga. Sampaikan media IPD Sungai Bilob terpaksa balas kenyataan denga. Gambar meja berhabuk nak buktikan kononnya kedai tu kosong.

Lawak kan?

SAYA BARISAN NASIONAL DARI UMNO.

Image may contain: 1 person

Saya bangga memakai baju BN dan saya dari parti UMNO yang dominan dalam perikatan BN.

Saya secara terus terang melawan masuknya PPBM sampah untuk dijadikan sekutu kepada UMNO dalam MN.

Saya juga sebagai pemuda UMNO memakai baju BN berasa amat malu apabila SUA BN meminta maaf kepada Armada PPBM sampah dalam insiden kena 'boo'.

Tiada istilah baik hati atau 'tak hilang visa ular yang menyusur akar'. Ini kerana Armada PPBM yang kita minta maaf itu hanyalah sampah sarapbrak berguna dan tak boleh diharap!

Tiada istilah UMNO+PPBM!

Kita lawan dan pastikan kita ahli UMNO hanya mengundi calon BN atau MN dan sabotaj, tidak keluar mengundi dan tutup PDM bila ada calon PPBM yang disokong oleh MN!

Hancurkan PPBM!

UMNO UNDANG PERPECAHAN BESAR UNTUK SELAMATKAN SEKUMPULAN KECIL PPBM


Kempen kita sahabat, hancurkan diamana saja PPBM bertanding samada disokong MN atau ditolak MN. PPBM wajib dihancurkan kerana mereka adalah celak pengkhianat yang menikam UMNO ketika UMNO berada dalam keadaan paling lemah.

UMNO disepak terajang, diludah dimaki dicaci dengan kaki tangan diikat. Mereka adalah pengkhianat bacul pengecut yang memukul orang dengan tangan terikat.


Mereka tubuhakn parti untuk hancurkan UMNO, untu bunuh dan hapuskan UMNO. Hari ini mereka tersepit dan mahu bersekutu dEngan UMNO.

Kita terlalu sayangkan UMNO hingga kita menerima sahaja apa kata pemimpin atasan. Untuk kali ini kita wajib menentang untuk mengajar mereka bahawa untuk sekali ini dengar kata akar umbi.

Yang gila kemaruk mahu bersatu dengan PPBM adalah mereka yang mencari peluang, mencari makan, mencari projek, mencari lubang kuasa dan kedudukan. Usah bicara pasal perjuangan keeana yang betul-betul berjang adalah ahli parti yang tidak mempunyai jawatan.

Tanya mereka.. adakah mereka mahu PP celak dibawa masuk sebagai sekutu UMNO??

Jangan undang perpecahan lebih besar untuk menyelamatkan sekumpulan kecil pengkhianat PPBM celaka yang tiada nilai langsung!!

Kalau mahu bersatu bubarkan PPBM!!!

UMNO PARTI KECIL MENYEMBAH MINTA MAAF KEPADA ARMADA PPBM (PARTI SAMPAH).

Image may contain: ‎1 person, ‎text that says '‎malaysiakini חC BERITA Azneal Ishak mal layslakini.com Insiden 'boo' di acara BN: Armada terima permohonan maaf Annuar‎'‎‎


Saya sebagai ahli UMNO merasa amat malu dengan kenyataan ini. UMNO tersungkur menyembah terpaksa minta maaf kepada ARMADA PPBM kerana insiden 'boo' di PRK SLIM.

Tak tahulah kalau kalian orang UMNO tak rasa malu bila kita UMNO menyungkur minta maaf kepada parti sampah seperti PPBM.


Mungkin saya terlupa bahawa UMNO ini parti kecil atau minoriti di dalam negara ini. Oleh kerana kononnya nak menghormati Muafakat Nasional kita terpaksa menyembah.

Maknanya UMNO telah bersetuju menerima parti sampah PPBM untuk bersekutu dengannya.

Malang dan memalukan. Selamba sahaja parti sampah PPBM pijak UMNO kerana pemimpin tertinggi kita lemah.

Malang.. sungguh malang dan amat memalukan.

PRESIDEN UMNO TIADA TARING


Malang bagi UMNO. Selepas kekalahan besar BN pada PRU-14 UMNO yang mempunyai lebih banyak kerusi berbanding PAS dan PPBM tidak mampu mengatur, mencatur kedudukan dalam politik semasa. UMNO terpaksa tunduk kepada PAS yang kini menjadi abang besar.
Saya tahu, Presiden tidak punya pilihan apabila PAS dan PPBM bersatu, UMNO tidak boleh kemana-mana. Alasan yang muak kita dengar, "kepimpinan telah memikirkan segala kemungkinan dan nasib rakyat/ahli parti" terpaksa kita telan.
Itu pandangan kepimpinan.
Namun begitu, kita ahli juga ada pandangan.
Apa lagi yang ada pada kita ahli UMNO yang sudah tidak ada maruah. UMNO dilacurkan pemimpin sejak awal ketika memilih untuk mengangkat TSMY sebagai Perdana Menteri.
UMNO yang selama ini digelar parti keramat orang Melayu sudah mati. Yang ada hanyalah "pelacuran" kerusi atas nama UMNO untuk gaji, elaun dan pangkat. Perjuangan untuk bangsa dan agama hanyalah retorik. UMNO langsung tidak berani melawan seperti kononnya ketika kita menuntut kemerdekaan dahulu.
Sia-sia segala keringat, darah, barang kemas, duit dan airmata yang kita berikan kepada pemimpin UMNO terdahulu.
Pemimpin-pemimpin UMNO yang ada sekarang hanya memikirkan nasib mereka. Takut hilang kuasa, takut masuk penjara.
Penulisan ini akan panjang dan bersambung.
Tetapi dengan apa yang berlaku, saya percaya kita orang UMNO yang setia terpaksa tanggal baju. Kita terpaksa sembunyikan nama dan melawan dengan nama samaran. Kita kena bentuk blok baru untuk menghapuskan pengkhinat, pengecut dalam UMNO.
Untuk orang UMNO sejati bersedia untuk bertempur. Kita kena kumpulkan duit dan taja calon kita dalam blok bebas. Kita lawan dimana saja yang namanya PPBM bertanding. Kita wajib hapuskan celaka-celaka ini dalam politik negara.
Jika kita tidak berani tak mengapa. Kita hadap dan ikuti saja UMNO baru yang tak bermaruah ini.