MENYEMAI KEBENCIAN AGAMA DAN KAUM MUDAH, BILA TERBAKAR, NAK MEMADAMNYA PERLUKAN DARAH DAN NYAWA.

 

Saya bukan nak menyemai kebencian agama atau mengancam keharmonian kaum. Saya cuma nak mengingatkan kerajaan Malaysia (Ismail Sabri Yaakob) bahawa apa yang berlaku dalam video warga asing menghina Islam dan menyokong gerakan pelampau Agama dari India akan menjadikan negara kita huru-hara.



Malaysia bukan negara India yang bangsanya India tetapi Agamanya berbeza-beza. Malaysia adalah negara dimana kaumnya berbeza dan agamanya juga berbeza-beza selain anutan politiknya juga berbeza.

 

Negara kita tidak seperti negara India yang mudah terbakar dari luar tetapi tak akan membakar sampai ke dalam kerana mereka memang sudah biasa hidup dalam keadaan huru-huru hara yang melampau. Negara kita Malaysia nampak sahaja luarnya sukar terbakar tetapi bila sudah terbakar sedikit ianya akan merebak hingga sukar dipadam yang mungkin akan hangus terbakar keseluruhannya.


Kita sudah ada sejarah berdarah di negara ini, yang terbaru adalah pembunuhan Arwah Adib seorang anggota bomba yang mahu memadam kebakaran tetapi dibunuh oleh perusuh. Ia adalah diakibatkan oleh ahli politik bodoh (pembangkang) yang menyemarakkan api perkauman dan agama yang mengatakan Melayu menyerang kuil dan akhirnya penganut agama Hindu merusuh hingga menyebabkan kerosakan yang teruk dan mengorbankan nyawa. Hingga hari ini pembunuh Arwah Adib masih bebas dan tidak diambil tindakan.


Itu adalah sedikit contoh yang terbaharu selain dari kisah-kisah sejarah perkauman yang pernah terjadi dalam negara kita.


Oleh itu, apa yang berlaku apabila warga asing (difahamkan warga Nepal) membuat video menghina Islam dan mengangkat pelampau agama Hindu dari India yang menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam sebagai hero mereka, Video itu pula dibuat dihadapan Kuil Besar di Batu Cave, ia seolah mengajak seluruh penganut Agama Hindu di negara kita untuk turut sama menjadi seperti mereka. 


Ini yang kita tidak mahu. 


Mereka mempromosi keganasan, mereka warga asing, mereka menyokong gerakan pelampau agama dari negara asing tetapi bertapak di negara kita. Nanti yang berbalah adalah rakyat negara kita dan yang rosak dan terkorban juga adalah rakyat kita.


Sehingga hari ini, setakat saya menulis ini, saya masih belum nampak kenyataan dari Menteri @kementerian Dalan Negeri mengenai isu ini.


Saya tahu isu ini sensetif tetapi bila Menteri membisu itu merbahaya untuk keselamatan rakyat negara ini dan saya nak kata kepada menteri, "ini tak lawak."


Seperti yang saya nyatakan dapam tajuk posting ini, Menyemai kebencian agama dan kaum mudah, bila terbakar, nak memadamnya perlukan darah dan nyawa. 


Seterusnya apakah tindakan menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN)