SAH!! DAP AKAN JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA?



Dua perkara berlaku sepanjang minggu lalu; pertama, terserlah niat sebenar parti rasis DAP yang telah dizahirkan secara lisan apabila Pengerusi Kebangsaannya, Karpal Singh secara jelas mengatakan beliau akan berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian Perdana Menteri daripada kalangan bukan Melayu di Malaysia pada suautu hari nanti.

Kedua pula, atas dasar tamakkan kuasa, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat menyokong sepenuhnya idea Karpal tersebut dengan sedikit perubahan iaitu orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri negara ini asalkan ia beragama Islam.

Bermakna jika esok Lim Guan Eng atau ayahnya, Lim Kit Siang hatta Karpal memeluk agama Islam, mereka secara otomatik, menurut pandangan Nik Aziz, akan layak dipertimbangkan untuk kedudukan Perdana Menteri.

Bagi orang Melayu yang akal fikirannya masih waras dan siuman, dan jika tidak mengetahui bahawa idea tersebut tercetus daripada minda seorang 'Tok Guru', sudah tentu mengatakan bahawa ia datangnya dari seorang yang gila atau sudah nyanyuk.

Apahal pun kedua-dua anggapan tersebut tidak tersasar jauh dari keadaan sebenar kerana Nik Aziz sememangnya sudah lanjut umurnya yang mencecah 80 tahun.

Mungkin sedikit sebanyak faktor nyanyuk sudah meresap ke dalam dirinya sebagaimana yang dibuktikan dengan sikap 'flip flop' berhubung isu muzakarah dengan Umno - sekejap bersetuju kemudian tidak bersetuju pula.

Mungkin juga Nik Aziz belum nyanyuk tetapi hanya gilakan kuasa kerana pada usia yang lanjut begitu masih mahu bertanding mempertahankan kerusinya dan kalau boleh kedudukannya sebagai Menteri Besar Kelantan.

PAS telah membuktikan bahawa sememangnya parti itu tamakkan kuasa dan akan melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya.

Jika dahulunya PAS berdegar-degar mencanangkan penubuhan negara Islam sebagai asas perjuangannya tetapi setelah selesa tidur sebantal dengan DAP, semangat itu sudahpun berjaya dilunturkan oleh sebuah parti yang rata-ratanya diterjaui oleh orang bukan Islam.

Kini PAS tidak mahu lagi negara Islam tetapi cukup sekadar negara kebajikan kerana hendak menjaga hati DAP!

Beginilah sifat munafik pemimpin-pemimpin beragama Islam di dalam Pakatan Rakyat - semuanya gilakan kuasa dan sanggup menjual maruah agama dan masa depan bangsa sendiri, semata-mata kerana gilakan kuasa.

Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR yang buruk moral dan keperibadiannya dan dituduh sebagai peliwat pun sanggup dipertahankan oleh Nik Aziz.

Jadi tidak hairanlah jika beliau juga sanggup berkompromi dengan DAP jika itu diperlukan untuk mendapat kuasa politik.

Nik Aziz seolah-olah buta sejarah atau berpura-pura jahil apabila dengan senangnya mengatakan orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri asalkan beragama Islam.

Sanggupkah Nik Aziz meletak jawatan sekarang dan menyerahkan posisi itu kepada Anuar Tan yang menjadi Exco Kanan dalam kabinet negeri Kelantan?

Kita mahu lihat samada Nik Aziz seorang yang berpegang kepada apa yang dicakapnya atau seorang yang bercakap secara sembrono, tidak mengggunakan akal.

Hakikatnya hanya Umno satu-satunya parti politik yang sanggup bergadai nyawa dan berjuang habis-habisan untuk mempertahankan maruah dan kedudukan umat Melayu di negara ini.

PAS dengan kata-kata kosongnya hanya bermimpi disiang hari dan tidak mampu untuk melindungi sehelai rambut pun pada tubuh badan orang Melayu kerana ia sudah melacurkan diri pada golongan kafir yang anti-Melayu.

Bagaimanapun berlainan pula dangan apa yang disebut oleh Karpal kerana ia bukan sesuatu yang kosong dan lawak.

Tidakkah Nik Aziz peka dengan sejarah politik bagaimana hanya pada Projek Tanjung ketiga yang mula dilancarkan oleh DAP sejak tahun 1970an baru parti itu berjaya menawan Pulau Pinang pada pilihan raya umum 2008.

Meskipun memakan masa lebih 30 tahun tetapi DAP konsisten dengan impiannya, ia berjaya juga mencapai cita-citanya.

DAP tidak akan sesekali berjaya untuk menguasai Pulau Pinang jika pemimpin PAS dan PKR tidak mengkhianati orang Melayu.

Orang Melayu perlu buka mata mereka dan sedar dari tidur kerana tidak mustahil PAS dan PKR akan sanggup menyerahkan teraju kepimpinan Malaysia kepada DAP jika ia berkuasa di Putrajaya kelak.






ORANG PAS BUNUH DIRI TERJUN BANGUNAN KERANA DITIPU DAPAT MASUK SYURGA?


HAHAHA... AKU KATO BILO UNDI PAS MASUK SYURGO... KAT ANIK AJIS..

Camane orang PAS? .. Tok guru sendiri tak ngaku dia kata UNDI PAS MASUK SYURGA..

Dalam harakah hari ni mereka menyalahkan UMNO kerana mengulangi kata Tok Guru Nik Ajis bahawa sesiapa yang mengundi PAS masuk syurga.

Dah berpuluh tahun laungan Syurga ini dicanangkan tetapi mengapa kali ini dia tidak mahu mengaku?

Jika begitu bagaimana dengan pakcik dan makcik yang telah menyerahkan nyawanya pada PAS dengan harapan masuk syurga?

Bagaimana dengan Ibrahim Libya dan sahabat yang kononnya mati syahid di pertempuran demi sebuah negara islam dan syurga?

Dan bagaimana dengan semua yang telah percaya bahawa jika mereka berjuang bersama PAS mereka akan masuk syurga?

"RUPENYERRR KITA SEMUA KENE TIPU LA SELAMA NI"

Anda semua memang telah kene tipu dari dulu tapi yang paling teruk adalah kali ini.. PAS takut untuk mengaku perjuangan islam seperti laungannya selama ini kerana mereka sudah berumahtangga.....

Berumahtangga dengan DAP dan PKR... hahah..

Lihatlah sendiri... PAS pejuang Islam Sejati tak mampu nak pertahankan ISlam hanya kerana Takutkan sekutunya si kapir lahanat!!!

ANDA MASIH MAHU SYURGA?....




JOM RAMAI-RAMAI KE KONVENSYEN MEDIA SOSIAL NEGERI SELANGOOR


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera Sahabat2...

Sekretariat Konvensyen Media Sosial 1Malaysia akan menganjurkan Siri Jelajah Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Peringkat Negeri Selangor 2012 seperti butiran berikut;

Tarikh : 5hb Jun 2012

Hari : Selasa

Masa : bermula jam 7.30 pagi

Tempat : Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Program anjuran Sekretariat Konvensyen dengan kerjasama BN Negeri Selangor. Segala maklumat dan keterangan lanjut boleh didapati di laman FB Fan Page Sekretariat Konvensyen Media Sosial 1Malaysia.

klik sini

Sila buat pre-registration butiran seperti berikut via email;
Nama penuh:
No K/P:
No Telefon:
Nama FB:
Nama Twitter:
Nama Blog:
Size baju:

Hantarkan ke email berikut : daftarkms1m.selangor@gmail.com

Sepertimana siri jelajah dinegeri2 lain, sesiapa yang berminat untuk join boleh daftar awal untuk seats booking dan baju size reserve (baju diberikan percuma, untuk elakkan baju tak cukup).

MENYAYAT HATI ..SANGGUP BUNUH BAPAK SENDIRI KERANA POLITIK


Aku sebenarnya simpati dengan pakcik ni dan aku ucapkan takziah atas musibah yang menimpa dan aku doakan semoga pakcik cepat sembuh.

Dalam keadaan politik sekarang yang semakin ekstream, bermacam perkara boleh berlaku dan tak mustahil aku katakan mungkin ada banyak nyawa yang akan terkorban selepas ini akibat dari pertelingkahan yang berlaku diantara parti-parti politik yang bertanding.

Politik hari ini bukan lagi seperti dulu.. politik hari ini adalah politik membunuh akibat dari kegagalan-demi kegagalan untuk merampas tampuk pemerintahan maka jalan terbaik adalah melalui jalan kekerasan.

Melalui kekerasan ada berbagai cara boleh digunapakai untuk memenangi pertempuran dan salah satunya adalah sabotaj.

Banyak sabotaj yang telah berjaya sejak kebelakanngan ini yang telah berjaya menjatuhkan kepimpinan-kepimpinan hebat dunia islam yang kita semua tahu bahawa perancangnya adalah datang dari musuh utama islam iaitu Yahudi Zionist.

Dan pada pandangan aku melalui hak kebebasan bersuara yang dicanangkan oleh Pakatan Rakyat berpendapat ini adalah salah satu perancangan jahat pasukan pemikir Anwar untuk menunjukkan satu imej yang tidak baik kepada UMNO.

Terlalu banyak pembohongan yang telah dilakukan oleh pasukan ini telah terbongkar dalam beberapa siri kekecohan yang dicetuskan oleh mereka kebelakangan ini.

Aku tak perlu huraikanlah rasanya kerana korang pun boleh tengok sendiri video tu dan nilai.

Aku cuma nak kata pada rakyat Malaysia yang menyokong Anwar bahawa kamu adalah sebahagian dari kambing hitam yang akan disembelih bila-bila sahaja olehnya apabila dia terdesak.

Untuk saudaraku.... kalau kalimah ALLAH itu mereka sanggup jual.... aku nak tanya.. apakah harga kamu berbanding Tuhan pencipta Yang Maha Kuasa Allah Swt.....

PENTAS ROBOH KETIKA KONSERT OTAI ROCK MALAYSIA DI PUTRAJAYA





Malam tadi berlangsung telah berlangsung konsert "Clash of The Century" yang menampilkan otai-otai rock Malaysia seperti Wings, Search, Azlan & the Typewriter dan Kristal.

Konsert tersebut merupakan acara terakhir dalam jadual #HBN2012 yang menandakan berakhirnya himpunan antara yang terbesar di dunia.

Jutaan belia seluruh Malaysia membanjiri pentas utama #HBN2012 seawal jam 7.00 petang lagi.

Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan yang telah berjaya menganjurkan acara yang hebat ini dan berjaya membuktikan bahawa belia-belia negara sentiasa bersama kerajaan.

HIDUP BELIA.. HIDUP BELIA.. HIDUP BELIA..!!


TRAGEDI!! 2 MATI KERETA DRAG TERBABAS REMPUH PENONTON DI PUTRAJAYA




Gempar malam tadi apabila penonton dikejutkan dengan satu kemalangan semasa perlumbaan drag sempena sambutan Hari Belia Negara berlangsung.

Kereta dikatakan telah hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan dan melanggar penonton.

Laporan awal mengatakan berlaku kematian adalah tidak benar apabila penganjur rasmi perlumbaan tersebut mengeluarkan kenyataan rasmi hanya 2 orang cedera parah dan selebihnya cedera ringan.

Walau bagaimanapun aku ingin mengucapkan Takziah kepada mangsa yang terlibat dan mendoakan semoga mereka cepat sembuh dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Terima kasih kepada pasukan bantuan yang cepat tiba ke tempat kejadian 
bagi membantu mangsa yang cedera sekaligus dapat menyelamatkan nyawa dan mengelakkan lebih banyak perkara buruk terjadi.

Sekali lagi aku mengajak rakan-rakan, marilah kita sama-sama mendoakan agar mereka selamat dan janganlah kita menunding jari kepada mana-mana pihak kerana mereka yang menganjurkan telah membuat persiapan yang terbaik dan teratur untuk memastikan kelancaran acara tersebut.





PENDEDAHAN!! BUKAN ROSMAH SAJA YANG CINTA NAJIB... RUPENYER ADA LAGI?



Najib Razak, Sebut saja sudah kenal.. semua rakyat Malaysia pun kenal tak kira siapa...

Beliau mengambil tampok pemerintahan negara di saat pelbagai ketegangan melanda... dan bukan mudah baginya untuk menempuh situasi yang sedemikian rupa.. 

Pelbagai tomahan, fitnah, reka cerita, maki caci yang diterima dari golongan yang tidak menyukainya dan sudah pastinya juga dari golongan yang mahu merampas negara..

Tak cukup dengannya, Isteri dan anaknya juga menjadi mangsa si manusia durjana yang tidak pernah peduli dosa pahala.. hanya yang penting baginya adalah kehancuran musuhnya si Najib Razak.


Tetapi dalam saat getir yang dilalui bersama keluarga yang mencintainya dalam memastikan negara ini terus makmur, aman dan tenteram rupanya ramai lagi.... bukan ratus, ribu, puluh ribu, malah berjuta rakyat Malaysia turut mencintainya..

Mencintainya sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat yang tak pernah rasa penat kehulu-kehilir menjenguk rakyatnya yang perlukan bantuan dan perhatian..


Teruskan perjuanganmu.. Jangan mengalah.. Kami bersamamu.. 

Dato' Sri Najib Tun Razak kamu bukan yang terbaik tetapi kamu akan menjadi yang terbaik diantara yang terbaik kerana kamu mempunyai rakyat yang mencintaimu ... dan akan sentiasa bersamamu....




BERITA BENAR!! KEMALANGAN HAMPIR MERAGUT NYAWA DI HIMPUNAN JUTAAN BELIA



Sedang aku berjalan melihat gelagat manusia di Himpunan Jutaaan Belia tetiba aku dikejutkan dengan bunyi dentuman yang amat kuat tidak jauh dari tempat aku berdiri.


Aku berlari menuju ke arah bunyi tersebut dan kelihatan anggota Penyelamat dari Bomba Malaysia telah sampai ke tempat kejadian dan telah mula menyelamatkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan tersebut.


Kalu tengok aku agak mungkin dah mati agaknya orang yang dalam kereta tu tapi aku tunggu je bomba tu potong body kereta tersebut.


Memang hebat Anggota penyelamat Bomba Malaysia ni dengan peralatan canggih lagi terkini.. terbukak beb bumbung kereta di belahnye...


Akhirnya.. dapat juga mangsa yang tersepit tu dikeluarkan dari dalam kenderaan tersebut... mujur kereta tu tak meletopp!!


Mangsa yang dikeluarkan dibawa ke hospital dan aku berdoa agar mangsa tersebut selamat dan akan kembali bersama keluarganya.


Tahniah Bomba dan Penyelamat Malaysia kerana berjaya menyelamatkan mangsa tersebut.


Ternyata tidak sia-sia kerajaan memperuntukkan perbelanjaan besar bagi menambah baik sistem dan peralatan terkini untuk Bomba dan Penyelamat terus berkhidmat kepada masyarakat dan menyelamatkan nyawa.



Kepada Pakatan Haram Jadah.. janganlah hanya menunding jari dan mencari kesalahan pihak kerajaan dengan memburukkan dan memusingkan fakta demi kepentingan politik bodoh kamu.. Nyawa lebih penting dari agenda politik sempit yang hanya akan menyusahkan rakyat nanti.


Marilah ramai-ramai kita ke Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya.. Masih banyak masa dan masih banyak pertunjukan dan demo yang memperlihatkan betapa cekapnya anggota keselamatan malaysia menjalankan tugas.

JOM Belia..... JOM ke PUTRAJAYA............. Vroommmmmm!!!

AMBIGA BERJAYA HAJI-KAN ORANG PAS TANPA KE TANAH SUCI


Hari ini Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik tidak mengaku bahawa kelakuan kurang ajar pengikutnya yang membawa Ambiga Babi LGBT ke dalam Masjid Nabawi, Madinah telah mendatangkan kesan yang menjijikan dan memalukan umat Islam di Malaysia.

Katanya Kerajaan Arab Saudi tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kouta haji untuk jemaah Malaysia dikurangkan disebabkan demonstrasi bersih.

Persoalannya di sini bukanlah kouta atau hukuman yang nak diperkatakan tetapi tujuan sebenar perkara bodoh itu dilakukan.

Mengapa perlu membawa penyokong LGBT haram ini ke dalam tempat beribadat umat islam dan tempat antara paling suci dalam Islam?

Mengapa tempat di mana umat islam berkumpul dari seluruh pelusuk dunia untuk beribadat ini dicemari dengan agenda politik bodoh yang ingin menjadikan seorang yang disyaki meliwat dan penuh dengan skandal seks sebagai Perdana Menteri?

Adakah ajaran islam mengajar umatnya memecah belahkan perpaduan dan memutuskan tali persaudaraan semata-mata kerana perkara yang sama?

Berbaloikan atau berjayakah program merosakkan akidah umat islam di tempat suci seperti itu?

Janganlah berdolak-dalik dalam hal seperti ini kerana ini melibatkan kesucian rumah ibadat, maruah negara dan perpaduan umat islam.

Dan janganlah bangga dengan pencapaian bodoh tersebut kerana anda hanya syok sendiri kononnya hebat di persada dunia dalam menegakkan syiar islam tetapi hakikatnya anda telahpun meletakkan islam itu di tempat paling hina dan paling jijik berbanding agama lain.

Aku menyeru kepada anda semua yang terlibat dan meyokong gerakan ini agar kembalilah ke pangkal jalan dan  kembalikan islam ke landasan sebenar.

Percayalah.... aku menulis di sini bukan untuk membuktikan siapa salah tetapi niat aku hanya untuk membuktikan siapa yang bodoh dalam perkara ini...




TERKINI!! KONSPIRASI KES LIWAT ANWAR


Kes Liwat Anwar yang membabitkan Saiful Bukhari telah berakhir dengan kejutan pada 9 Januari tahun ini, iaitu setelah lebih 60 kali atau lebih 3 tahun tertangguh jika dikira dari tarikh laporan polis dibuat.

Ketika kes masih berjalan, ramai yang tertanya-tanya apakah drama atau permainan yang sedang dimainkan oleh pihak pengamal undang-undang Malaysia?  Mana tidaknya, jika kes jenayah seksual tersebut melibatkan rakyat biasa, pastinya ia sudah lama selesai, lebih-lebih lagi apabila terdapat bukti forensik dan saintifik yang nyata.

Ramai yang mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan keseluruhan perbicaraan apabila pihak pembela dilihat mendapat kelebihan untuk menangguhkan kes dengan berbagai-bagai alasan yang tidak masuk akal dan merapu.  Lebih pelik lagi, pihak pendakwa juga tidak banyak menyanggah alasan-alasan yang tidak masuk akal dan merapu itu.  Sebaliknya, pihak pendakwa membiarkan saja pihak pembela mempermainkan undang-undang dan seolah-oleh mengejek rakyat jelata yang dambakan keadilan.

Walaupun hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden begitu baik, konklusif, tepat serta layak diberi ‘tepukan berdiri’, tetapi sikap beliau yang keberatan atau enggan menyanggah strategi licik pembela untuk terus menunda kes membuatkan kita hairan.

Dan apabila peguam Anwar memilih untuk membela diri dengan hujah ‘suka-sama-suka’, mereka sebenarnya telah membuka ruang untuk pihak pendakwa mengikat terus keputusan berdasarkan undang-undang Malaysia yang mengharamkan aktiviti homoseksual tanpa mengira keadaan suka-sama-suka berlandaskan hak asasi dua orang dewasa yang waras.

Inilah yang dijangkakan oleh rakyat, kecualilah jika rakyat tidak dimaklumkan yang undang-undang ini telah dihapuskan?

Jika alasan penghakiman adalah DNA yang diperolehi dari lokap tidak wajar diterima, maka pihak pendakwa seharusnya berusaha memohon sampel melalui perintah mahkamah bagi mencari keadilan.

Namun, ini tidak berlaku.  Rayuan juga tidak berlaku.  Yang berlaku ialah Anwar lepas bebas.  Pembebasannya membuatkan ramai yang kecewa termasuk orang-orang di dalam ‘inner-circle’nya yang bercita-cita untuk mengambil tempatnya.   Dunia bagaikan terkedu sekejap, cuba menjustifikasi pembebasan beliau yang dianggap mustahil jika dilihat dari perkembangan perbicaraan.

Akhirnya, hari ini, sebahagian dari kemusykilan kita sudah terjawab iaitu apabila Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, bekas pendakwaraya dalam kes liwat tersebut kini dilantik sebagai peguam bela Anwar dalam kes BERSIH 3.0.

Benarlah, bila ianya melibatkan Anwar Ibrahim, tidak ada apa-apa lagi yang boleh mengejutkan kita.   Begitulah juga dengan perkembangan terbaru ini.

Jika dulu, Karpal Singh adalah antara orang pertama yang mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah peliwat tegar, tetapi kemudian Karpal Singh juga yang menjadi peguambelanya menafikan yang beliau meliwat.   Jika dulu Karpal Singh mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana terlibat dalam salahlaku homoseksual tetapi kemudiannya Karpal Singh juga yang berhujah bahawa aktiviti homoseksual di antara dua orang dewasa yang suka-sama-suka adalah tidak salah.

Justeru, apa beza Karpal dengan Datuk Mohd Yusof?  Hampir tiada.  Kedua-duanya dibayar untuk membela Anwar, dan kita pasti bayarannya amatlah lumayan sekali.   Jika ada pun perbezaan, ialah kerana Karpal mendapat ‘bonus tambahan’ iaitu dari segi keuntungan politik.

Benar, dari segi perundangan Datuk Mohd Yusof tidak salah untuk membela Anwar.  Yang nampak salahnya hanyalah dari segi etika kemanusiaan dan persepsi masyarakat yang melihat beliau sebagai tidak berpendirian.

Namun, melihat dari sikap Majlis Peguam yang langsung tidak punya etika, professionalisme dan integriti, maka seperti juga Anwar, tiada apa lagi yang mengejutkan kita mengenai watak-watak para pengamal undang-undang di Malaysia.

Bagi ramai pengamal undang-undang hari ini, undang-undang itu adalah mengatasi keadilan, moral, etika malah agama juga.  Jika ada pun yang lebih ‘tinggi’ dari undang-undang, ia adalah wang!

Apapun, yang pasti, seperti juga kes liwat, Anwar mungkin menang dalam kes BERSIH 3.0.

Namun, selagi Anwar tidak sanggup bersumpah laknat, selagi Anwar terus bersekongkol dengan zionis dan kafir harbi, selagi Anwar tidak sanggup menunjuk jam omeganya dan selagi Anwar terus cuba menghuru-harakan negara dan memburukkan nama negara dengan berbagai cara, selagi itulah nama Anwar tidak akan bersih.

Biarpun terlepas dari undang-undang, sejarah tetap akan merekodkan riwayat hidup Anwar sebagai seorang peliwat dan pengkhianat.




AMARAN!! Jangan Tiru Aksi Ini..."NIK AJIS... MU JANGE JADI BEROK DEH"
















Hari ni aku saje nak buat promo untuk Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya yang berlangsung dari 23 Mei - 27 mei 2012.

Macam-macam ada dari pameran, persembahan pentas, permainan, gerai jualan dan berbagai lagi untuk korang.

Gambar kat atas aku ambil masa semalam semasa persembahan motorsilal daripada Angkatan Tentera Malaysia.

Macam-macam aksi dorang ni buat atas motor..  dan yang kat bawah skali ni aku saje nak promo untuk Nik Ajis dan Azmin Ali.. heheh,, bunyinye begini..

"NIK AJIS... MU JANGE JADI BEROK DEH"

dan ...

"ABANG MAK PANGGIL BALIK!!.. JANGAN JADIK SI TANGGANG"

dan akkhir kata.. Jom kita ramai-ramai ke Sambutan Hari Belia Negara di Putrajaya...


ARAHAN KERAS!! WAJIB HADIR KITA TIRU HIMPUNAN UMNO!!


Cemburu dengan kehadiran ratusan ribu pejuang-pejuang UMNO, Nik Ajis tak boleh tido, mengigau tengah malam mengenangkan betapa hebatnya UMNO dengan pejuang-pejuangnya yang tak pernah menyerah kalah.

Rentetan dari peristiwa itu, Nik Ajis teringin meniru gaya persembahan hebat UMNO lalu mengarahkan semua penganut Agama PAS supaya berkumpul di Stadium Sultan Abdul Halim di Kedah pada 1 Jun ini.

Tak malu betol orang tua ni.. hahahha... Asik nak tiru UMNO jerrr!!!


Wooiii !! orang Tua Kutuk!!.. kalu tak boleh kumpul banyak ni baik la korang rentikan je angan-angan korang yang macam angan-angan korang nak masuk syurga tuuu....


Jangan nanti banyak ni je yang datang... heheh.. jangan marah la yee....

HIDUP UMNO!!!
MAMPOSS PAS!!!
TAKEBEER!!!!!





Program Ceramah Keselamatan PDRM daerah Kuala Selangor


Pagi ni berlangsung sebuah program Ceramah Keselamatan PDRM Daerah Kuala Selangor di Rumah Tunas Harapan, Kuala Selangor.

Ceramah ini lebih banyak menceritakan hubung kait polis dengan masayarakat dan membincangkan tentang masalah sosial serta jenayah bersama wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan polis.

Turut dibincangkan dalam ceramah tersebut adalah berkenaan isu Himpunan Bersih, masalah kecurian motorsikal, masalah penagihan dadah dan beberapa isu tempatan lain.

Dalam dialog tersebut aku tertarik dengan seperanggan kata-kata Ketua Polis daerah Kuala Selangor yang berbunyi:-

" Kalau dahulu musuh yang nak kita tentang jika nampak depan mata dengan jelas seperti komunis tetapi musuh kita sekarang adalah musuh yang kita tak nampak dan sukar dikenalpasti"

Maksudnya seperti yang aku paham, dulu musuh kita menyerang kita secara terang-terangan tetapi kini musuh kita menyelinap di dalam masyarakat dan keluarga tanpa kita sedari dan matlamatnya sama seperti dulu iaitu untuk menjahanamkan negara.

Aku mengucapkan tahniah kepada Ketua Polis Daerah Kuala Selangor kerana sanggup melapangkan masanya yang amat berharga itu semata-mata untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang betapa pentingnya menjaga keselamatan negara yang seterusnya memberikan ketenteraman kepada rakyat untuk hidup selesa.




Adakah ADAM ADLI Baru Akan Muncul Di UiTM?




Hari ni 23 Mei 2012 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM telah berlangsung upacara penyampaian Wang Pendahuluan Pembiyaan (WPP) Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional.

Aku amat berbangga melihat anak bangsa aku berada dalam dewan ini seterusnya menerima Wang Pendahuluan (WPP) yang disampaikan oleh YB Dato Seri Ir Zin Mohammad.

Tahniah aku ucapkan kepada penerima dan gunalah bantuan tersebut dengan penuh berhemat dan jangan sesekali tanpa usul periksa memfitnah Blogger Pro BN.

Aku cuma nak kongsikan bebrapa gambar dan aku akan tulis sikit cerita dalam siri seterusnya..

GILERRR!!! KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1 MALAYSIA KINI DI SELANGOR!! HANCORR LA PAKATAN.. ADOOYAIIIII...


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera Sahabat2...

Sekretariat Konvensyen Media Sosial 1Malaysia akan menganjurkan Siri Jelajah Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Peringkat Negeri Selangor 2012 seperti butiran berikut;

Tarikh : 5hb Jun 2012
Hari : Selasa
Masa : bermula jam 7.30 pagi
Tempat : Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Program anjuran Sekretariat Konvensyen dengan kerjasama BN Negeri Selangor. Segala maklumat dan keterangan lanjut boleh didapati di laman FB Fan Page Sekretariat Konvensyen Media Sosial 1Malaysia.

Sepertimana siri jelajah dinegeri2 lain, sesiapa yang berminat untuk join boleh daftar awal untuk seats booking dan baju size reserve (baju diberikan percuma, untuk elakkan baju tak cukup).

Sila buat pre-registration butiran seperti berikut via email;
Nama penuh:
No K/P:
No Telefon:
Nama FB:
Nama Twitter:
Nama Blog:
Size baju:

Hantarkan ke email berikut : daftarkms1m.selangor@gmail.com

Boleh daftarkan bagi pihak kawan anda... atau untuk daftar berkumpulan...

Bagi pihak team sekretariat menjemput semua sahabat2 media sosial kelahiran Selangor atau yang bermastautin di Selangor... bagaimanapun, sahabat media sosial dari negeri lain yang ingin menyokong juga dialu-alukan....

Terima kasih...

Terkini : 500 pendaftaran online terawal akan mendapat hadiah cenderahati misteri dan begitu juga pendaftar 500 terawal pada hari konvensyen.

Jumpa anda semua, sahabat2 Media Sosial yang hebat disana...........

Anwar Menang Kes Liwat Saiful Bukhari adalah dirancang?



Memang Ramai yang agak terkejut hari ini apabila melihat kelibat  Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin,bekas peguam cara II negara, yang juga mengetuai barisan pendakwaan kes liwat Anwar dan Saiful Bukhari mewakili si peliwat tegar Anwar Ibrahim Al Juburi.


Yusof dengan rasmi melepaskan jawatan sebagai Peguam Cara II Negara, beberapa hari sebelum Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012.


Memang ramai yang beranggapan si peliwat tegar Anwar Ibrahim Aljuburi memenangi kes tersebut  kerana Hakim terkhilaf dalam penghakimannya, tindakan Yusof kini menimbulkan kesangsian sama ada ketua pendakwaan sendiri pun ada memainkan peranan juga dalam pembebasannya.

Bagaimana dan berapa besar peranan yang dimainkan Yusof, aku tak pasti, tapi aku yakin ada dan semua ini menuntut Yusof tampil menjelasan apa sebenarnya yang berlaku.  Lagipun kita sedang cakap Yusof sebagai peguambela sekarang, bukan Yusof sebagai peguam cara, dan kebetulan golongan peguam kini ada isu kredebiliti dan intergriti yang serius.

Mungkin sekarang ini sudah ramai yang mula memahami kenapa kes si peliwat tegar ini tertangguh sekian lama tanpa dicabar pasukan Pendakwaan.

Fahamlah juga kita kenapa banyak kesilapan-kesilapan bodohdan tak masuk akal  dari pihak pendakwaan dibuat dalam kes ini antaranya kegagalan mendesak Anwar mengemukakan saksi alibi yang nama-nama mereka dikemukakan kepada Mahkamah oleh Karpal Singh sebaik Anwar diarah untuk membela diri.

Begitu juga dengan tindakan menamakan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif sebagai sebagai sebahagian dari pasukan pendakwaan walaupun tahu beliau ada ‘isu’ dengan Saiful Bukhari.  Soal kebenaran disebalik ‘isu’ yang dibangkitkan itu tidak penting, yang penting kegagalan mengenal pasti masalah yang timbul telah menyebabkan kes tersebut hampir sahaja dibuang oleh Mahkamah.

Dan siapa yang patut bertanggungjawab dalam soal ini?  aku yakin Yusof, kerana sebagai ketua pendakwaan, dia yang bertanggungjawab memilih timbalan pendakwa raya mana yang layak untuk membantunya dalam mengendalikan kes tersebut.

Aku yakin, semua kegagalan ini memainkan peranan penting dalam mendorong Hakim membuat keputusan membebaskan Anwar dari kesalahan meliwat Saiful.

Yusof tidak perlu menjawab kepada media,   Yusof perlu menjawab kepada rakyat kerana sepanjang dia berkhidmat di Jabatan Peguam Negara, wang rakyatlah yang membayar gajinya.

Ini bukan soal kecil, ini soal serius yang membabitkan intergriti pejabat Peguam Negara sebagai satu-satunya badan yang mempunyai keputusan penuh untuk meneruskan atau tidak sesuatu kes pendakwaan.  Begitu juga dengan menentukan sama ada rayuan akan dibuat ke peringkat Mahkamah yang lebih tinggi atau tidak.

Kita bimbang ada unsur-unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa terlibat.  Takkanlah semuanya terjadi secara kebetulan?  Kalau benar Yusof ‘dibeli’ semasa mengendalikan kes Anwar, perbicaraan semula perlu diadakan dengan barisan pendakwaan yang baru.

Silap-silap, Peguam Negara pun perlu letak jawatan.

Ada Braaannnnn??? ... Aku tanya jeee.. takan itu pon nak saman aku kott???

The Red Warriorss BN atau PAS punye?


Kebangkitan pasukan Bolasepak Kelantan, The Red Warriors (TRW) sejak lebih 4 tahun lalu ternyata berjaya mencetuskan fenomena 'gila bola' pada hampir segenap lapisan masyarakat Kelantan tanpa mengira darjat keturunan dan sempadan politik.

Dek kerana kebangkitan tersebut juga, pelbagai pihak khususnya dari kalangan pemimpin parti politik berlumba-lumba menunjukkan keprihatinan mereka terhadap jatuh bangun pasukan TRW sekalipun berbelas tahun sebelum ini jejak kaki ke Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pun tidak pernah.

Saat meraikan kebangkitan pasukan bolasepak Kelantan, timbul satu persoalan yang penulis yakin sedang bermain-main di fikiran sesetengah kalangan kita. Dalam konteks politik Kelantan, pihak manakah yang bakal menerima tempias dan meraih sokongan khalayak khususnya golongan muda berikutan kebangkitan TRW sejak akhir-akhir ini?

Mungkin akan ada segelintir yang berpendapat persoalan tersebut langsung tiada kaitan antara sukan dan politik, dua bidang berlainan walau sebenarnya jika dinilai dari sudut urus tadbir dan kemampuan memacu daya saing ia berkait secara langsung.

Dan kita jangan lupa, setiap orang peminat sukan juga merupakan pengundi berdaftar yang juga akan menentukan arah mana trend sokongan untuk sesuatu parti politik. Atas sebab itu, logik persoalan ini ada meritnya untuk dibincang dan dirumuskan jawapannya.

Barangkali masing-masing pembaca sekalian sudah mempunyai jawapan yang mungkin berbeza dengan penulis, namun secara peribadi penulis melihat kebangkitan pasukan TRW Kelantan mempunyai kaitan rapat dengan keupayaan pengurusan dan corak kepimpinan yang dicernakan oleh Tan Sri Annuar Musa yang semua kita ketahui adalah salah seorang warlord UMNO Kelantan.

Walaupun acapkali pimpinan PAS negeri Kelantan cuba mengambil kesempatan menonjolkan diri mereka sebagai punca kebangkitan pasukan TRW, hakikat perjalanan jatuh bangun TRW menceritakan sebaliknya.

Dulu sewaktu para pemain bergelut dengan masalah kelewatan pembayaran gaji serta tunggakan berbulan-bulan lamanya akibat masalah kewangan yang dialami Persatuan Bolasepak Amatur Kelantan (KAFA), tidak ramai pemimpin PAS yang sudi mengambil tahu masalah tersebut.

Hanya selepas pengurusan KAFA diambil alih oleh Tan Sri Annuar Musa pada tahun 2007 barulah sedikit sinar harapan buat pasukan TRW dan penyokongnya apabila ia mula menonjolkan peningkatan mutu permainan seterusnya menggapai satu demi satu kejayaan termasuklah menjuarai Piala Malaysia buat julung kalinya pada tahun 2010 dan terbaru menjuarai Piala FA.

Ruang Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu yang sekian lama sunyi kini meriah tiap kali adanya perlawanan bolasepak. Para peniaga kecil meraih tambahan pendapatan bagi asal saja bila adanya pertembungan bolasepak di stadium tersebut. Persekitaran stadium yang sebelumnya hidup segan kembali rancak meraih tempias dari kebangkitan TRW.

Bayangkan daripada sebuah pasukan belasahan yang pernah menjadi satu-satu pasukan negeri terpaksa turun taraf bermain dalam Liga FAM pada tahun 2005 berikutan kemerosotan prestasinya, kini dalam jangka waktu 4 tahun lebih TRW di bawah kepimpinan Tan Sri Annuar Musa telah menjadi satu kuasa baru dalam dunia bolasepak tanahair.

Tidakkah ini nyata membuktikan wujudnya kualiti dan kemampuan pemimpin UMNO dalam merungkai permasalahan seterusnya merencana kemajuan - ia satu perbezaan jelas jika dibandingkan 22 tahun retorik dan propaganda slogan yang selama ini menjadi zikir harian pemimpin PAS dan tidak membawa kita ke mana-mana.

Justeru itu, mengambil teladan dari kebangkitan skuad bolasepak Kelantan TRW, tidak menjadi satu kerugian untuk rakyat Kelantan memanfaatkan kualiti dan kemampuan para pimpinan UMNO untuk manfaat negeri Cik Siti Wan Kembang dengan mengangkat mereka untuk memerintah kembali Kelantan dalam pilihanraya umum nanti

TERKINI!! NIK AZIZ MENIPU PASAL MUZAKARAH?


hari ni aku cuma nak tulis pandangan aku pasal MUZAKARAH PAS dan UMNO ni.. Ini cuma pandangan aku je...

Musim pilihanraya dah hampir sangat nak tiba, seperti biasa parti-parti politik akan bertungkus lumus dengan pelbagai taktik, menifesto dan pelbagai lagi..

Seperti biasa dan dah memang jadi rutin Parti PAS memang akan membawakan cerita berkaitan Negara Islam dan hudud sebagai semboyan pilihanrayanya tapi kali ni PAS membawakan cerita yang lebih sensasi iaitu MUZAKARAH pada UMNO 

Bagi aku la.. Muzakaraha antara PAS dan UMNO ni tak pernah wujud kerana setiap kali perkara ini dicadangkan PAS pasti menolak dengan berbagai alasan dan kemudian salah itu dibalikkan kepada UMNO.

Sama juga seperti kali ini apabila Nik Aziz mencadangkan Muzakarah antara PAS dan UMNO dilaksanakan tetapi mendapat tentangan pula dari orang kuat dalaman PAS sendiri.. dari dulu aku tanya siapa sebenarnya Mursyidul Am PAS ni? dan jika tok guru dorang ni power mengapa ada pulak anjing-anjing dalaman yang menolak untuk berbincang mengenai persefahaman antara dua parti Melayu Islam ni?

Sebenarnya PAS sudah ketahui yang penganut ajaran parti PAS sudah mula meningalkan mereka, lalu untuk menaikkan semangat mereka mencadangkan supaya Muzakarah antara PAS dan UMNO dilaksanakan.. dan seperti biasa juga PAS akan meletakkan pelbagai syarat uuntuk melayakkan UMNO Bermuzakarah denngannya bagi mencapai sesuatu kata sepakat.

Mengapa perlu ada syarat untuk melaksanakan perkara itu? .. untuk apa lagi jika tidak untuk menyalahkan UMNO..

PAS tahu UMNO tidak akan menrima syarat-syarat bodoh itu dan ini memberi kelebihan kepada mereka yang kemudiannya menyebarkan cerita kepada penganut ajaran parti mereka bahawa  UMNO tidak mahu menerima Muzakarah mereka.

Sebab itu aku katakan... PAS hanya akan bermuzakarah dengan mereka yang mempunyai ekses yang kuat dengan Yahudi Zionis bagi mencapai matlamat mereka.

Mana Saudara mereka? mana Islam mereka? mana Allah mereka?... tak penting itu semua, kerana yang penting adalah memiliki putrajaya.. tau kerana apa?

kerana...

"PUTRAJAYA ADALAH SYURGA"

yang dijanjikan kepada semua penganut Ajaran PAS!

"PUTRAJA ADALAH SURGA DUIT DAN KUASA"

bukannya

"SYURGA ALLAH SWT"


Jadi kepada saudara dan sahabatku pilihlah hala tuju dan syurga sebenar yang ingin dituju...

NIK AZIZ TETAP SYARAT HANYA SEKUTU YAHUDI SAJA BOLEH MUZAKARAH??



Isu muzakarah PAS dengan UMNO bukannya isu baru, sudah kerapkali timbul dan sudah acapkali ia senyap begitu saja. Panas dipermulaan kemudian sejuk berpanjangan saling tak ubah seperti hangat-hangat tahi ayam.

Acapkalinya isu muzakarah sering menjadi senjata terakhir PAS bilamana berdepan dengan gelombang kebangkitan umat Islam yang saban waktu semakin jelik dan meluat dengan tingkah laku PAS.

Dan kerapkali juga apabila UMNO menyahut salam perdamaian dari PAS, watak hipokrasi dan munafik Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat akan muncul dengan pelbagai syarat - motifnya satu, supaya isu muzakarah yang sudah disambut oleh UMNO akan padam begitu saja.

Walhal jika benar ikhlas untuk membicarakan masalah umat dan bermuzakarah mencari titik temu yang tersembunyi disebalik ketegangan sesama kita, apa perlunya menetapkan syarat itu ini? Sepatutnya cukuplah sekadar memiliki keikhlasan hati dan fikiran.

Sedangkan semasa PAS kelihatan begitu taat mengiku kehendak DAP dan PKR sepanjang kerjasama mereka dalam pakatan pembangkang, tidak kedengaran satu pun syarat yang menetapkan kedua-dua rakan sekatil itu mengikut telunjuk & kehendak PAS. Ironi sekali bila kita fikirkannya.

UMNO sejak dulu hingga kini sentiasa terbuka sebagaimana terbukti selepas pilihanraya umum 2008, tanpa soal jawab UMNO pernah menerima ajakan Presiden PAS yang menganjurkan kerajaan perpaduan malah pimpinan UMNO tidak lokek untuk menyerahkan jawatan MB dan exco Perak & Selangor kepada PAS sekalipun dari segi jumlah kerusi sepatutnya ia milik UMNO.

Namun apa yang terjadi kemudiannya selepas kata putus hampir dicapai? Nik Aziz campurtangan memusing cerita dan membantah penyatuan kerjasama tersebut hinggalah akhirnya UMNO pula yang dipersalahkan konon sengaja mahu memecahkan kerjasaman PAS dengan DAP dan PKR.

Episod muzakarah terbaru yang masih hangat diperkatakan kini, tidak mustahil bakal mengulangi adegan sama atau setidak-tidaknya sekadar satu drama fiksyen untuk menggertak rakan-rakan sekatil PAS dalam pakatan pembangkang supaya memberi lebih perhatian terhadap kehadiran PAS dalam pakatan tersebut.

Ternampak jelas tatkala PAS melihat rakyat khususnya umat Melayu Islam semakin menyedari PAS telah hanyut dalam dakapan DAP dan PKR hingga menggadai kesucian Islam dan prinsip Islamik yang selama ini gah digembur-gemburkan, tidak semena-mena tika itulah PAS akan mencetuskan idea muzakarah dengan UMNO.

Segalanya dilakukan oleh PAS atas prioriti kepentingan politik kepartian dan bukannya semata-mata untuk kesejahteraan serta perpaduan ummah

NAJIB PIJAK-PIJAK ANWAR VERSI PANTUN



"Sorong Belalai Tarik Belalai,
Buah Dada Dalam Baju,
Suruh Liwat Dia Pandai,
Suruh Sumpah Dia Tak Mahu."



Setelah 54 tahun mencapai kemerdekaan, negara Malaysia telah membangun dengan pesatnya melalui kepimpinan  5 Perdana Menteri yang lalu dan kesemuanya dari Barisan Nasional.
Kini kepimpinan tersebut diterajui pula oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak dengan membawa agenda tranformasi kerajaan kearah sebuah negara berpendapatan tinggi yang akan menguntungkan rakyat pada masa hadapan.
Tidak lama lagi pilihanraya untuk menentukan kerajaan yang akan memerintah akan tiba dan rakyat perlu pertimbangkan pihak mana yang boleh mempertahankan rukun negara dan perlembagaan Persekutuan yang seterusnya membawa rakyat kepada kehidupan yang lebih sempurna.

Rakyat juga perlu memilih kepimpinan yang boleh menguruskan ekonomi negara dengan baik dan memastikan perpaduan dan keharmonian negara dapat dikekalkan disaat kerajaan membuat perubahan dan pembaharuan secara tersusun melalui pelbagai pelan transformasi.
Tetapi dalam kerancakan kerajaan melaksanakan tranformasi tersebut, pihak pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim pula ingin menggagalkannya.
Sebagai seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang, beliau telah membuat terlalu banyak penipuan dan mempunyai terlalu banyak skandal dan masalah yang belum diselesaikan
Oleh itu, secara berseloka ingin saya sampaikan 10 sebab mengapa rakyat perlu memilih YAB Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia dan 10 sebab mengapa Anwar Ibrahim harus ditolak melalui beberapa rangkap pantun.

  
Kemerdekaan Umno 66 Tahun
Pemimpin Datang Pemimpin Pergi
Dato Seri Najib Pemimpin Terkini
35 Tahun Pengalaman Yang Telah Banyak Dilalui

Pengkhianat Bangsa Amat Tidak Disukai
Seluruh Rakyat Melaysia Mempunyai Jati Diri
Anwar Ibrahim Berhati Yahudi
Ditambah Pula Dengan Hati Yang Keji

Pemerintahan BN Amat Dikagumi
Sekian Lama Telah Dikenali
Janji Diberi Janji Ditepati
Itulah Yang Dato Seri Janji

Malaysia Mempunyai Budaya Tersendiri
Agama Islam Agama Rasmi
Sokongan LGBT Amat Dibenci
Wahai Anwar Sedarlah Diri

Perubahan Besar Telah Dilalui
Dato Najib Peraju Transfomasi
Seluruh Dunia Telahpun Mengenali
Membawa Malaysia Ketahap Tertinggi

Angan Angan Mat Jenin Semuanya Telah Mengetahui
Apa Yang Diidamkan Semua Tak Menjadi
16 September Anwar Telah Berjanji
Hingga Sekarang Apa Dah Jadi?

Pasaraya Di Sana Sini
Harga Mahal Tidak Diketahui
Produk 1 Malaysia Nama Yang Diberi
Itulah Idea Dato Seri

Malaysia Terkenal Dengan Bajet Tersendiri
Para Kabinet Mengkaji Secara Terperinci
Buku Jingga Pakatan Janji
Tapi Semuanya Tidak Menjadi

Bersih Cekap Amanah Amalan Dato Seri
Itulah Perkara Yang Pakatan Benci
Banyaklah Tuduhan Dan Fitnah Diberi
Tetapi Tiada Satu Pun Yang Terbukti

Anwar Melancong Ke Sana Sini
Menunjuk Seorang Populis Diri
Berlagak Bagai Perdana Menteri
Sampai Sekarang Apa Pun Tak Jadi

Mendahulukan Rakyat Slogan Utama
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
Demi Menjaga Kesejahteraan Bersama
Perpaduan Kaum Dapat Dikekalkan

Kesana Kesini Anwar Berlari
Solah-Olah Macam Syok Sendiri
Konon-Konon Nak Jadi Perdana Menteri
Tetapi Tiada Kabinet Bayangan Yang Diberi


Persekitaran Malaysia Indahnya Suasana,
Menjadi Pilihan Semua Hidupan,
Tidak Mengenepikan Pelbagai Bangsa,
Pencapaian Diutamakan Menuju Kejayaan.

Agama Islam Agama Allah
Dari Zaman Nabi Kita Mengamalkan
Fahaman Pluralisme Amat Bercanggah
Harus Ditentang Habis Habisan

Mengerat Shahdu Menyusun Irama
Bahagia Meniti Indah Disanjung
Semangat Berpadu Himpun Sesama
Malaysia Di Hati Amanah Dijunjung

Malaysia Kaya Dengan Hasil Hutan
Rakyat Hidup Aman Sejahtera
Dana Asing Tidak Diperlukan
Jangan Anwar Nak Menggadai Negara

Erat Dedalu Tepian Sukma
Keladi Di Hutan Tulis Berpaksi
Rakyat Didahulu Capaian Diutama
Jadi Pegangan Cetus Inspirasi

Sorong Belalai Tarik Belalai,
Buah Dada Dalam Baju,
Suruh Liwat Dia Liwat,
Suruh Sumpah Dia Tak Mahu.

Matahari Terbit Terjadinya Siang,
Buat Kerja Jangan Khilaf,
Kejayaan Malaysia Namanya Terbilang,
Hebat Di Dunia Capai Kejayaan Yang Diiktiraf.

Budaya Ketimuran Sentiasa Bersopan
Tidak Sesekali Seperti Di Barat
Wahai Anwar Janganlah Keterlaluan
Skandal Seks Amatlah Berat


Sedarlah wahai rakyat Malaysia bahawa hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu mentadbir kerajaan Malaysia ini dengan baik dan sempurna.
Janji-janji yang dibuat oleh Pakatan Pembangkan hanyala gula-gula pemanis sebelum pilihanraya yang tidak pernah mungkin untuk ditunaikan.
Sokonglah Kerajaan Barisan Nasional demi kemi kemakmuran dan kesejahteraan negara.