Menjawab persoalan yang diketengahkan oleh sabahat aku
sendiri Blogger MIK yang sebenarnya mengenengahkan soalan dari Blogger Gelagat
Anwar tentang...
Hmmm….mungkin lebih sesuai jika disebut sebagai Kebaculan UMNO
Selangor.
Aku disini, bukanlah mahu menyalahkan sesiapa terutama
Blogger MIK tetapi aku mahu mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana
berani bersuara demi kebaikan parti.
MIK meletakkan persoalan disana dan aku pula mahu mengulas
sedikit tentang cerita asal yang MIK “backlink” kan.
Blogger MIK, orang lama dan berpengalaman yang sayangkan UMNO dan tidak mahu melihat UMNO kecundang dimakan persepsi.
Isu yang beliau ketengahkan ini menarik dan kita sebagai orang UMNO harus waspada kerana musuh tidak kira kita siapa.
Blogger MIK, orang lama dan berpengalaman yang sayangkan UMNO dan tidak mahu melihat UMNO kecundang dimakan persepsi.
Isu yang beliau ketengahkan ini menarik dan kita sebagai orang UMNO harus waspada kerana musuh tidak kira kita siapa.
UMNO SELANGOR BACUL!
Benarkah apa yang
dikatakan oleh Gelagat Anwar?
Betulkah tiada apa-apa yang UMNO Selangor lakukan dalam kes
AZMIN lawan KHALID?
Secara logiknya AZMIN lawan KHALID bukan urusan UMNO Selangor
kerana ia adalah masalah dalaman parti tersebut dan UMNO tiada hak untuk campur
tangan.
UMNO dan Rakyat Selangor hanya terlibat dan ambil serius
tentang gerakan mereka yang mahu menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu khasnya
Sultan Selangor.
UMNO Selangor sebenarnya telahpun bergerak dan berusaha
bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan Sultan Selangor untuk terus kekal
menjadi Raja Berdaulat Negeri Selangor bersama gerakan NGO dan Rakyat Selangor
yang tidak mahu kedudukan itu digugat.
Kalau nak cerita jadi panjang bro, tapi kalau nak tau ‘GERAK
DAULAT” tu UMNO Selangor yang gerakkan. Gerakan tu dalam gambar kat bawah ni.
GERAK DAULAT ini digerakkan untuk menunjukkan kepada Pakatan Pembangkang yang Orang UMNO, NGO dan Anak Selangor tidak akan berdiam diri jika Kuasa Raja-Raja Melayu mahu dihapuskan.
Gerakan ini digerakkan ke suluruh pelusuk negeri untuk membangkitkan semangat "MELAWAN" jika Tuanku Sultan digugat kedudukannya.
Gerakan ini juga digerakkan untuk membangkitkan semangat pejuang-pejuang Melayu untuk terus berjuang mempertahankan ABATA.
Cuma nasib kita kurang baik bila Tuanku Sultan setuju
melantik AZMIN sebagai MB yang mana secara tidak langsung telah menamatkan krisis
MB Selangor.
Apa lagi yang nak dikomen? Kita akur dengan Titah Tuanku
Sultan kerna kita percaya Tuanku Sultan Selangor punya rencananya sendiri.
Apa yang boleh UMNO Selangor lakukan sekarang ini ialah memantau Pergerakan MB baru ini kerana
beliau bukanlah calang-calang orang dan kelicikan beliau juga tidak harus
diperkecilkan.
Mempersalahkan bulat-bulat UMNO Selangor bukanlah
penyelesaian, sebaliknya berilah idea-idea yang boleh membantu, itupun kalau
Bro Gelagat Anwar penyokong UMNO, tetapi jika sebaliknya itu memang sudah
makanan bro yang ditugaskan untuk menghancurkan UMNO.
KISAH RANJANG NOH OMAR
Tentang itu, pada aku hanyalah iklan dalam suasana sembang santai/berseloroh.
Lawak jenaka perlu ada dalam kita berinteraksi dengan
“audien” tambahan pula dalam sembang santai kalau tiada lawak jenakanya akan membuatkan pendengarnya “boring”.
Dan setahu aku Noh Omar hanya punya 2 Isteri dan ianya bukan
rahsia kerana beliau memang ada membawa Isterinya dalam program-program yang
beliau hadiri.
Jika Bro Gelagat Anwar rasa kenyataan Noh ada 3 bini itu
betul sila berikan bukti supaya ianya tidak dianggap fitnah.
Bro.. kalau ada yang tidak puashati berjumpalah dengan
tuannya..
Kalau pula mahu cerita sensasi mengapa tidak jadi blogger
artis?
Tapi kalau memang niat bro kerana benci tiada apalah yang
boleh aku katakan lagi..
Cuma sebelum aku akhiri, jangan suka tuduh melulu sebaliknya periksa dulu dan
jangan nafikan peranan dan usaha orang lain jika kita sendiri tidak tahu hujung
pangkalnya.
Sekian…. Selamat beramal… hikhikhik..
No comments:
Post a Comment