Soalan rakyat Minyak Naik Atau Tidak!!!


Disaat pasaran minyak dunia menurun Rakyat Malaysia dibebani lagi dengan kenaikan harga minyak yang kononnya menggunakan alasan pengurangan subsidi.

Bosan gilerr sudah mendengar kisah subisidi ini hingga boleh dikatakan tiap tahun akan ada saja alasan untuk menaikkan harga barang beralasankan subsidi.

Kalau asik cerita subsidi dan alang nak naik harga baik buang semua subsidi!!!

Aku mungkin rakyat bodoh yang tak paham pasal ekonomi tapi aku paham bila aku sebagai rakyat diperbodohkan macam binatang oleh Pak-Pak menteri yang berlagak dengan duit rakyat.

Ahmad Maslan menjelaskan melalui Twitternya bahwa minyak sebenarnya tidak naik cuma subsidinya ditarik balik.

Untuk Ahmad Maslan mungkin itu tindakan bijak pandai kerana statusnya yang kini Timbalan Menteri dan ketua Penerangan UMNO tetapi pada rakyat ianya bodoh dan bahalol.

Soalan rakyat Minyak Naik Atau Tidak!!!

Jangan salahkan aku atau rakyat karana menghentam kerajaan tetapi piker dulu sebelum buat tindakan!

Takde otak ke Pak_pak Menteri ni?

Tak boleh piker ke Raya Haji tinggal beberapa hari lagi dan orang nak balik kampung?

Otak letak kat mana?

Jangan belagak sangat konon Kerajaan ni kuat…

Kalau takde rakyat takde kerajaan ni tau…

Mungkin aku boleh undi kerajaan kerana aku ingat jasa kerajaan tapi orang lain yang atas pagar jtak pandang la jasa kerajaan ni.

Lagi satu pikirkanla pejuang-pejuang, makcik-makcik yang bertungkus lumus mempertahankan kerajaan ni sampai sanggup tinggal anak bini tinggal laki sebab nak kempen menangkan kerajaan dan mereka pun cuma dapat upah seringit dua je.

Kalau nak harap korang Pak-Pak Menteri jangan harapla UMNO BN nak menang.

Korang ingat dengan lambung duit selamanya ke ko kuat?

Tapi korang pun ape pedulik kan?

Korang dah kaya-raya, kehulu-kehilir naik ereta mewah pakai duit rakyat isi minyak, pastu korang pon kalau kerajaan ni tumbang pon apa korang pedulik sebab korang dah kaya.

Tapi rakyat miskin kat bawah ni undi sebab harap korang boleh bantu dorang.

Dorang bukan nak duit tau tapi sebab korang pandai cakap mereka harap korang dapat kembangkan ekonomi dengara dan jangan bebankan sangat rakyat ni.

Alasan Negara luar tak payah pakai la.. rakyat dah muak..

Aku ni cakap nak bagi korang Pak-Pak Menteri ingat jangan sampai belum sempat pilihanraya Negara ni tumbang dek kerana huru-hara ciptaan korang sendiri.

Pembangkang yang dua tiga helai tu mungkin tak boleh tumbangkan kerajaan tapi jika penyokong kerajaan yang sebenar nak tumbangkan hanya sekelip mata je.

Ingat!! Amanah yang diberikan kepada orang cerdik pandai macam korang gunakanlah sebaiknya. Aku ni orang bodoh tak pandai macam korang.

Tapi dalam bodoh aku… ada benda yang aku pandai tau..

Akhir sekali… jangan jadi celaka!! Sekian…



Kenaikan harga minyak menjadi topic hangat malam ini untuk dibincangkan.

Mesyuarat yang berlangsung juga bertukar topic dari persiapan membuat korban Aidil Adha kepada kisah minyak naik 20 sen tengah malam nanti.



No comments: