Kisah Timbalan Ketua
Umno Bahagian di negeri ini yang mendesak Menteri Komunikasi dan Multimedia,
Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek memohon maaf dan menarik kembali kenyataan
beliau yang dianggap menafikan peranan Timbalan Ketua Umno Bahagian sudah
menjadi perbualan hangat dan kecoh diperkatakan dalam portal dan blog.
Aku sendiri hari ini meletakkan “SEKETUL” artikel yang aku
petik dari sebuah portal yang melaporkan kejadian yang berlaku petang tadi
dimana sebuah sidang media diadakan oleh mereka bagi meluahkan apa yang terbuku
dihati mengenai kenyataan Menteri tersebut.
Tujuan aku bukan nak menyalahkan sesiapa sebaliknya mahu
memaparkan sebuah kisah “SERIUS” dalam penyatuan sebuah Organisasi yang
dipanggil UMNO dimana perbalahan dalamannya bertambah parah menurut usianya
yang kian bertambah.
Media maya dalam arus moden memainkan peranan yang sentiasa
tidak disangka-sangka.
Kembali kepada kejadian petang tadi, aku tertarik dengan
penjelasan Dato Jamal selaku Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang menjelaskan
bahawa apa yang dikatakan oleh Shabery Cheek itu bukanlah bermaksud untuk
menyakiti, mengguris apatahlagi memperlekeh peranan Timbalan-timbalan Ketua
Bahagian UMNO.
Sebaliknya, beliau menceritakan kisah dirinya yang tidak
meletakkan apa-apa harapan untuk menggantikan ketuanya selain mengutamakan
khidmat kepada parti yang selama ini mendukung perjuangan anak bangsa, agama
dan Negara.
Nasihat supaya tidak meletakkan angan-angan yang tinggi
ditujukan sebagai nasihat supaya nanti tidak menjadikan Timbalan-timbalan
mengutamakan angan-angan lebih daripada perjuangan sebenar menjunjung
perjuangan.
Namun bukan semua ucapan kita difahami selaras dengan niat
kita di dalam hati, “lain padang, lain belalang” begitulah juga manusia “rambut
sama hitam, hati lain-lain”.
Aku bukan mahu mengajar tetapi bila dah terlajak kata buruk
akibatnya.
Justeru, dari anak muda seperti aku, berhati-hatilah dalam
bertutur kata kerana musuh kita kini bukanlah datangnya dari luar sebaliknya ia
semakin banyak dari dalam parti kita sendiri tanpa kita sedari.
Bagi Timbalan-timbalan Ketua UMNO Bahagian pula bagi aku,
mereka sekadar mempertahankan diri, mahu melepaskan apa yang terbuku dihati dan
tiada niat sebenarnya untuk merosakkan parti apatah lagi menjatuhkan pemimpin
sendiri.
Hikmahnya hari ini, kedua-dua pihak bukan memepertahankan
diri tetapi bertegas menyatakan mereka mempertahankan parti. Runsing keadaan
ini menjadi tidak terkawal hingga membahayakan parti dan bimbang gelombang
perpecahan dalaman parti yang kian reda kembali mengganas lagi.
Itulah pandangan aku hari ini hasil daripada komen-komen,
teguran dan nasihat yang aku terima di laman sosial peribadi aku sendiri.
Melihat pada perkembangan ini aku amat yakin
pemimpin-pemimpin ini sebenarnya amat sayangkan parti hingga kadangkala
perselisihan pendapat dan pandangan mereka disalah erti kononnya mahu
merobohkan parti.
Berkenaan liputan media yang disalah tafsir ianya sudah
biasa terjadi dan itu memang kerja hakiki mereka dan sudah pasti berita sensasi
yang akan mereka kejar dan mahu laporkan.
Rasanya cukuplah itu dahulu pandangan aku. Sekian.
No comments:
Post a Comment