Gempar ! Hubungan Wan Azizah - Anwar renggang


AIDCNews – 05/05/11 – Faktor video seks menyebabkan hubungan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi renggang, lapor blog Gelagat Anwar.
Menurut blog itu, kenyataan di atas dibuat oleh Nurul Izzah dalam pertemuan dengan beberapa orang temannya yang turut aktif dalam AMK di sebuah tempat di Bangsar Village baru-baru ini.
“Dalam pertemuan kecil itu, seorang rakan lama Izzah menanyakan soalan yang agak sensitif. Apakah Izzah tidak risau dengan tersebarnya video seks pada ketika ini?
“Izzah mengakui dia risau. Izzah lebih risau bahawa ‘rakaman’ tersebut akan merosakkan hubungan ayah dan ibunya. Izzah tidak pernah pun mengatakan insiden tersebut adalah suatu FITNAH JAHAT, KONSPIRASI UMNO dan sebagainya. Izzah selalu refer kepada video tersebut sebagai ‘rakaman’. Tak tahu kenapa.
“Malahan, Izzah selalu mengingatkan kawan-kawan bahawa sebagai manusia biasa – kita biasa sahaja melakukan kesilapan. Kita lemah. Kita selalu terpesong dengan dosa dan noda. Kawan-kawan terpaku dengan kenyataan Izzah. Apa maksud TERSIRAT Izzah ?”, lapor blog itu. Klik di sini
Blog itu mendedahkan dalam pertemuan itu Nurul Izzah berkongsi kerisauannya dengan teman-teman rapatnya secara jujur dan ikhlas.
“Izzah tekankan bagaimana ‘naluri wanita’ pasti akan tersentuh dengan pendedahan yang sedemikian ‘vivid’. Izzah kata ‘rakaman’ itu mampu; bukan sahaja merosakkan kekuatan parti – tapi lebih mampu menjahanamkan ‘tiang seri’ kepada kekuatan parti; iaitu rasa percaya antara Kak Wan dan Anwar.
“Kawan-kawan yang hadir tertunduk diam – tatkala wajah Izzah semakin sugul. Mata berkaca. Sekejap kemudian, Izzah bertukar bercerita mengenai anak – yang kemudiannya menyebabkan semua ketawa dengan kenakalan cucu kepada Anwar Ibrahim”, lapornya lagi.

No comments: