Selepas Khairuddin, Ezam turut keluar PPBM?

Selepas Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bertindak keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), bekas Ahli Dewan Negara, Datuk Mohamad Ezam Mohd. Nor dikatakan mengikut langkah yang sama.

Menurut laman web Free Malaysia Today, Mohamad Ezam telah memaklumkan keputusan berkenaan kepada Setiausaha Agung PPBM melalui satu surat.

Portal berkenaan yang memetik sumber berkata, Mohamad Ezam yang dilihat rapat dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad kecewa dengan haluan parti yang baru-baru ini menyaksikan Anina Saadudin dilucutkan jawatan ketua sayap wanitanya, Srikandi.

“Sumber itu turut memberitahu FMT, lebih ramai aktivis PPBM yang telah menyertai parti serpihan UMNO tersebut akan mengikut jejak Mohamad Ezam dan Khairuddin.

“Sebab itu sehingga kini PPBM gagal menarik masuk ramai ahli baharu kerana parti berkenaan kelihatan seolah-olah milik eksklusif individu tanpa bersikap inklusif,” katanya sumber itu lagi. - UTUSAN ONLINE

No comments: