Hina institusi Raja: Nadi Rakyat buat laporan polis terhadap Zahid Mat Arip


Mohamad Rafi menunjukkan laporan polis pada sidang media selepas membuat laporan polis terhadap Zahid Mat Arip di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia membuat satu laporan polis terhadap seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Zahid Mat Arip selepas dikatakan menghina dan memperbodohkan institusi Raja-Raja Melayu.

Zahid sebelum ini didakwa muncul dalam sebuah video menghina secara terbuka dengan mengatakan bahawa institusi Raja-Raja Melayu kini dipengaruhi politik.

Video berdurasi 2 minit 12 saat itu menunjukkan Zahid menuduh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerima arahan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional agar membatalkan jemputan kepada penasihat PPBM, Tun Mahathir Mohamad bagi menghadiri majlis pertabalan Yang Di-Pertuan Agong.

Mohamad Rafi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi Kuala Lumpur.

No comments: