Ads Top

Food Flotilla to Myanmar cari alternatif lain

SHAH ALAM - Insititut Kerjasama Islam Antarabangsa (Ikiam) akan berusaha mencari jalan alternatif lain untuk menghulurkan bantuan buat warga Rohingya di Myanmar.

Pengarah Media Ikiam, Datuk Muhammed Metro berkata pihak mereka akan berusaha agar bantuan tersbut akan tiba di tangan warga Rohingya itu sendiri.

“Ini bukan pertama kali kami cuba memberi bantuan kepada warga Rohingya di Myanmar, oleh itu kal ini kami akan berikhtiar supaya bantuan kali ini akan betul-betul sampai ke tangan warga Rohingya itu sendiri.

“Setakat ini ada dua kawasan yang mungkin akan menjadi jalan untuk masuk ke kem pelarian itu iaitu melalui Bangladesh ataupun Acheh,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Semalam, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) terus opitimis untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan Food Flotila to Myanmar walaupun sehingga kini masih belum menerima keizinan masuk daripada kerajaan Myanmar.

Sementara itu, tambah Mat lagi, Food Flotila to Myanmar dijangka membuat pelayaran pada 7 Januari ini.

Bantuan ini bertujuan membantu umat Islam Rohingya berbentuk makanan, perubatan, pakaian, peralatan memasak dan lain-lain keperluan asas.

Tambahnya lagi, beliau mengharapkan agar misi bantuan ini berjaya supaya ia dapat membantu mereka di sana yang benar-benar memerlukan.

“Sebelum ini, segala bantuan yang diberi akan disekat oleh tentera di sana, oleh itu saya amat berharap agar misi kali ini berjaya.

“Di samping itu, kepada mereka yang ingin memberi bantuan dari segi barangan dan wang ringgit boleh hubungi pihak Ikiam,” katanya lagi.

No comments:

Powered by Blogger.