Ads Top

Azmin letak jawatan Presiden FAS

Selepas dua tahun menyandang jawatan presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor dilantik selaku presiden menerusi keputusan sebulat suara oleh Jawatankuasa Eksekutif FAS dalam Kongres Luar Biasa pada Disember 2014.

Turut mengambil keputusan sama ialah Pengurus Pasukan Red Giants, Amirudin Shari

Beliau menerusi laman Facebook rasminya, mengumumkan keputusan itu kerana tidak berpuas hati dengan sikap barisan Exco FAS yang masih dengan sikap dan budaya lama yang terlalu bergantung kepada pemberian subsidi.

“Setelah dua tahun bersama FAS, kami tidak melihat kesediaan Exco FAS untuk mendukung perubahan dan masih kekal dengan sikap dan budaya lama - “excessive politics, old-fashioned way of doing things, over dependency on subsidy mentality”.

“Malah, sehingga kini, barisan Exco FAS gagal mengemukakan pelan strategik untuk pengurusan bola sepak Negeri Selangor termasuk organisasi pentadbiran yang profesional sebagaimana yang disarankan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelang 2018,” katanya.- UTUSAN ONLINE

No comments:

Powered by Blogger.