10 July 2015

Dr. M umum letak jawatan - Tarik balik selepas satu jam yang mencemaskan - Negara tergamam

Saya berikan sahabat pembaca keratan artikel Utusan Online bertarikh  23/06/2002 ketika detik cemas Mahathir mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan semua jawatan dalam parti di hadapan pada para perwakilan  Perhimpunan Agung UMNO ke-56 di Dewan Merdeka, PWTC.

Ketika ini Mahathir menjadi HERO UMNO dengan laungan, tangisan dan pelbagai reaksi perwakilan yang sayangkannya.

Tapi hari ini selepas apa yang dilakukannya pada Pak Lah dan Najib, Mahathir meletakkan dirinya entah dimana. Hari ini bukan hari ketika beliau memerintah dulu dan hari ini keadaan dan persekitarannya sama sekali tidak sama.

Kalau dulu mahathir teruskan menjadi Perdana Menteri Malaysia sudah pasti beliau akan menjadi sasaran serangan tanpa henti yang tidak berperikemanusiaan dari Pengamal Media Sosial.
Hari ini Mahathir hanya berada dibelakang tabir dan tiada faedah atau keuntungan kepada pembangkang atau sesiapa sahaja untuk menyerangnya. Tapi Najib berada di depan menjadi "Beg Tumbuk" dan "Papan Sasaran" dari semua arah dan penjuru.

Dulu setiap cakap Mahathir diserang pembangkang tapi hari ini disanjung pembangkang. Fikirlah kenapa kalau sayangkan UMNO.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dr. MAHATHIR Mohamad sebak ketika dikerumuni oleh para pemimpin UMNO sejurus selepas mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti dan Barisan Nasional di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Oleh WARTAWAN UTUSAN
KUALA LUMPUR 22 Jun - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mencemaskan seluruh negara petang ini dengan pengumuman mengejut meletakkan jawatan Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan semua jawatan dalam parti.

Bagaimanapun pengumuman itu ditarik balik dalam masa satu jam yang penuh mendebarkan setelah dipujuk oleh seluruh anggota Majlis Tertinggi parti dan pekikan `tarik balik' berulang kali yang penuh emosi dan kesedihan para perwakilan yang menggemuruhkan Dewan Merdeka, PWTC.

Timbalan Presiden, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri mengumumkan keputusan Dr. Mahathir menarik balik peletakan jawatannya dan ia secara spontan disambut dengan tepukan dan teriakan paling bergemuruh daripada beribu orang yang sebelum itu menunggu dengan penuh harapan.

Insiden yang sungguh mendebarkan - pertama kali berlaku dalam sejarah UMNO - disambut dengan tangisan serta jeritan yang sukar digambarkan dan ia tersiar secara langsung melalui televisyen yang ketika itu sedang meliputi ucapan Dr. Mahathir menggulung perbahasannya pada Perhimpunan Agung UMNO ke-56.

Ia tersebar juga ke seluruh dunia apabila agensi-agensi berita asing sempat menghantar flash (berita awal) mengenai peletakan jawatan Dr. Mahathir itu.

Dr. Mahathir, yang menyandang jawatan Perdana Menteri 16 Julai 1981 dan Presiden UMNO 28 Jun 1981, membuat pengumuman itu secara mengejut tepat pada pukul 5.59 petang, iaitu di saat-saat akhir sebelum mengakhiri ucapan penangguhannya.

Sambil tersekat-sekat dalam nada tersebak, beliau berkata: (sebahagian petikan): ``...saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan... mengumumkan.. satu... peletakan jawatan saya (tersebak sambil meminum air) peletakan jawatan saya sebagai Presiden UMNO dan semua jawatan-jawatan... yang dipegang oleh saya.....dalam parti, peletakan saya sebagai pengerusi BN dan semua jawatan dalam BN...''

Semasa itu, seluruh perwakilan dalam Dewan Merdeka terpaku dan tersentak, dan serentak itu suasana kecoh berlaku dalam dewan itu - para perwakilan tidak bergerak dari Dewan Merdeka.

Datuk Seri Rafidah Aziz - orang pertama yang menerpa ke arah Dr. Mahathir di rostrum sambil berkata... why? (mengapa)... why...you shouldn't do this? (tak boleh buat macam ni).

Dalam keadaan kelam kabut itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyambar mikrofon secara spontan dari tempat duduknya dan berkata: ``kita tidak boleh terima ini...kita minta Datuk Seri tarik balik.''

Abdullah mengumumkan bahawa anggota Majlis Tertinggi sebulat suara menolak hasrat Dr. Mahathir untuk meletakkan jawatan.

Dalam peristiwa yang disaksikan secara langsung oleh seluruh rakyat Malaysia (sebelum siarannya diputuskan), Dr. Mahathir menjawab: ``No..no..i have decided...i have decided (tidak, tidak saya telah buat keputusan)...dah lama dah.

Serentak itu, Datuk Hishammuddin Hussein turut meluru ke rostrum sambil menangis memegang bahu Dr. Mahathir dan kesemua ahli MT menyerbu dan mengelilingi Perdana Menteri.

Dr. Mahathir yang dikerumuni oleh para anggota MT, kelihatan sebak, menangis dan menggeleng-gelengkan kepalanya seolah-olah sebagai tanda beliau tidak mahu berganjak dengan keputusannya.

Suasana ketika itu sungguh tegang - para perwakilan menjerit-jerit minta beliau menarik balik keputusannya - tidak mempercayai apa yang berlaku.

Pengerusi Tetap UMNO yang mempengerusi mesyuarat itu, Tun Sulaiman Ninam Shah - turut tersentak. ``Apa dah jadi...apa dah jadi.... sabar sikit.''

Suasana di luar Dewan Merdeka - di mana beribu-ribu ahli UMNO dan orang ramai menyaksikan ucapan itu di sebuah skrin besar turut tersentak dan menjerit - masing-masing tergamam.

Dalam suasana tidak menentu itu juga (kira-kira pukul 6.10 petang) Sulaiman meminta para perwakilan yang menyerbu naik atas pentas supaya bertenang.

``Tolong bertenang, saya minta jurugambar-jurugambar keluar dari sana, jurugambar-jurugambar keluar, tolong bertenang...hooi (bunyi jeritan Sulaiman).

``Saya mintak ahli majlis tertinggi ambil tempat masing-masing...saya mintak ahli majlis tertinggi mengambil tempat masing-masing.''

Sulaiman kemudian mengumumkan penangguhan persidangan selama 10 minit.

Pada masa itu (kira-kira 6.16), beberapa orang ahli MT memapah Dr. Mahathir keluar dari dewan itu ke sebuah bilik rehat di belakang pentas.

Para perwakilan lelaki dan wanita dilihat menangis sebahagian lagi menyanyi lagu `UMNO' dan jeritan `Hidup Mahathir' berulang kali.

Mingguan Malaysia dahamkan semasa dalam bilik itu, Dr. Mahathir dipujuk oleh isterinya, Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali - termasuk Abdullah, Rafidah, Tan Sri Khalil Yaakob dan semua Naib Presiden.

Di pintu utama luar Dewan Merdeka - sekumpulan pemuda - emosional - menjerit-jerit meminta Dr. Mahathir jangan berundur.

Mereka menyanyikan lagu-lagu UMNO, Barisan Kita dan jeritan Hidup Mahathir.

Dalam suasana tidak terkawal di situ - dikerumuni orang ramai dan para wartawan - tenaga polis tambahan dipanggil mengawal keadaan.

Bagaimanapun pada pukul pukul 6.57 petang, Abdullah mengumumkan bahawa Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad bersetuju menarik balik keputusannya itu setelah dipujuk oleh MT.

Suasana menjadi reda sedikit. Pada masa itu, Dr. Mahathir telahpun meninggalkan Pusat Dagangan Dunia Putra - pulang ke kediamannya di Putrajaya.

Serentak itu, pada kira-kira pukul 7.05 petang, doa dibaca oleh Pengerusi Biro Agama UMNO, Tan Sri Dr. Hamid Othman dan para perwakilan - orang ramai menadah tangan mengaminkannya, diikuti nyanyian lagu Negaraku disusuli dengan selawat nabi.

Orang ramai, para pemerhati khususnya pemuda-pemuda di luar dewan kemudian menjerit kesukaan dan menyanyikan lagu-lagu semangat.

Kira-kira pukul 8 malam ini, Majlis Tertinggi UMNO mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan tindakan Dr. Mahathir itu. Mesyuarat dipengerusikan oleh Abdullah.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz3fPWliqRQ
© Utusan Melayu (M) Bhd

#KekalNajib

4 comments:

Anonymous said...

Muak dah kami dgn. pertukaran arah yang amat mengejutkan Ayahanda Tun sampai sanggup jumpa dgn. BETINA-OMPUTIH KEPARAT-ejen Barat/ZIONIS S.Repot tu serta sanggup ditemuramah BBCZIONIS waktu kritikal mcm. ni sampaikan PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO nak paksa YAB PM ISLAM/Melayu kami letak jawatan sewenangnya!

Aku syak ramai pemimipin Islam/Melayu yg. jadi PENGKHIANAT telah di"BLACKMAIL" - samada ke atas dirinya atau keluarganya oleh PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM!!

Kami walau kritik YAB PM kami taklah sampai nak beliau serta LEGASI-amat-GEMILANG bapa beliau, iaitu BAPA KEMERDEKAAN/BAPA PEMBANGUNAN BUMIPUTERA-no-1, Allahyarham YAB PM Tun Abdul Razak Hussein TERCINTA kami, dijatuhkan MUSUH-MUSUH Islam/Melayu dari puak PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH-no 1!

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

pemimpin yang bagus boleh handle masalah dengan berkesan tak kira pada zaman apapun. Kalau pemimpin slow letak zaman mahathir pun lingkup jugak. Benih yang baik campak mana pun hidup.

Anonymous said...

Apa masaalahnya dengan cerita yang telah menjadi sejarah ini?

IBU TIJA said...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *