Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahir Mohamad yang menurutnya berlagak seolah-olah pengarah pilihan (pemilihan) parti.

“Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu… orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?.” 

Kita ungkit kisah dulu ketika mahathir jadi gila mahu Pak Lah turun dari kerusi Perdana menteri. Mari kita baca sedikit sedutan berita dari bernama ini.

KOTA KINABALU 18 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahir Mohamad yang menurutnya berlagak seolah-olah pengarah pilihan (pemilihan) parti yang menentukan “siapa yang perlu berada dalam parti UMNO dan siapa yang perlu dikeluarkan”.

Perdana Menteri berkata, UMNO tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.
“Siapakah Tun yang dah keluar parti UMNO itu nak cuba membuat arahan kepada orang UMNO apa yang patut dilakukan?

“Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu… orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,” katanya pada persidangan akhbar di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini malam ini.

Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan UMNO “mengusir orang-orang Abdullah” dalam pemilihan parti itu Mac depan.

“Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya. Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik…orang yang tidak pernah membuat baik untuk UMNO dan kerajaan.

“Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli UMNO, mengajar ahli UMNO bergaduh sesama sendiri,” katanya.

Abdullah berkata, beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan Presiden UMNO bagi mengelakkan perbalahan sesama anggota parti.

“Oleh sebab adanya pertandingan sebagaimana yang biasa berlaku terutama di peringkat atasan berpecah belah. Kita patut belajar daripada apa berlaku dulu.

“Cakap macam ini akan menimbulkan kemarahan kepada mereka yang dianggap tidak boleh terima, mesti diketepikan. Saya menganggap apa yang Tun telah lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam UMNO,” kata Abdullah.

Menurut Perdana Menteri, gesaan Mahathir itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

“Inikah “reform” yang diharapkan…Kita ada kebebasan, tiap-tiap ahli UMNO ada kebebasan untuk bertanding.

“Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik…Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.

“Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding… tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang UMNO menentukannya,” katanya.

Dalam hal ini, anggota UMNO tidak perlu orang daripada luar untuk memberi arahan.

“Adalah lebih baik Tun tak cakap langsung pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, Abdullah juga kecewa apabila Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan.

“Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura.

“Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd. Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.

Abdullah berkata, beliau telah menerangkan sebab beliau memerlukan masa yang dipersetujui antara beliau dan Najib, antaranya, terdapat perkara berkaitan dengan reform yang beliau hendak laksanakan dan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat.

“Apakah dia takut reform? Apakah dia tidak mahu reform? Apakah ini sebagai satu langkah untuk menggagalkan usaha-usaha sedangkan reform itu dikehendaki oleh rakyat.

“Saya dimarah oleh rakyat kerana tidak memenuhi janji. Sebab itu ada dalam manifesto 2004 apabila saya bertanding, apabila kita memenangi pilihan raya pada 2004 dengan sokongan yang kuat.

“Mengapa pula dia mencadangkan seperti itu? Ertinya nak menggagalkanlah.

Nak menggagalkan saya atau menghalang saya mengambil tindakan-tindakan yang saya telah usahakan.

“The point is that there is an agreement. Dah setuju. Mengapa mengungkit lagi?
Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itupun kalau ada cukup orang nanti nak menyokong dia,” katanya.

– Bernama - 19 okt 2008

9 comments:

Anonymous said...

Kesian mangsa2 yang menjadi sasaran rakus Tun M.

Mamak tua tu dah giler ke? Pangkat dia lagi tinggi dari kesemua PM sebelum dan selepas beliau ke?

Bila berdepan media, mulut dia dengan sinis berkata dia tu hanya rakyat biasa....TAPI cara dia berlagak, macam dia tu lebih besar dari DYMM Agong!!

Saya menghormati DYMM Agong...saya tak menghormati mamak kerala a has-been yang ingat Malaysia ni keluarga dia yang punya!

Anonymous said...

Aku lagi kesian kepada juak Najib yang jenis bodo piang tak pernah bersekolah seperti mengkuk yang menghina Tun Dr. Mahathir itu.

Sebab apa yang diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir mempunyai asas yang kukuh, Najib sendiri tak berani nak berhadapan dengan Tun Dr. Mahathir untuk menjawab persoalan yang ditanya oleh Tun Dr. Mahathir yang tidak berani dijawab oleh Najib hingga kini.

Dalam isu RM 2.63 bilion itu, memang keenam-enam akaun yang dibekukan itu bukan milik Najib, kerana dua buah akaun Najib di AmBank telah ditutup selepas beberapa bulan PRU 13, pasukan penyiasat sendiri pun tak jelaskan lagi apakah kedua-dua akaun yang ditutup itu ada kaitan dengan RM 2.63 bilion itu.

Malahan kalau Pak Lah beri komen, lebih baik tak payah beri komenlah, merapu, meracau, macam Nek Tempoyak sahajalah.

Pak Lah ni dalam mesyuarat pun di tidur, dalam sidang parlimen pun dia tidur, dalam perhimpunan agung orang berbahas itu dan ini pun dia tidur juga, dia ni tau apa? Pasal penjualan MV Augusta kepada GiVi Spa dengan harga RM 4.80 atau Euro 1.00 sedangkan setahun lepas itu GiVi Spa dapat jual MV Augusta kepada Harley Davidson dengan harga hampir 100 juta kali ganda, Pak Lah tak jawab pun hingga kini.

Malahan penjualan saham Telekom Malaysia kepada Temasek Holding, syarikat milik kerajaan Singapura, serta penjualan syarikat bas Transnasional hingga kini Pak Lah tak berani jawab, tapi saya rasa Pak Lah ni bukan tak berani jawab, tapi dia tak tau nak jawab, kerana dia ni masa jadi Perdana Menteri ni tak lebih dari tunggul, sebab yang berkuasa adalah menantunya yang kini menjadi Menteri Belia dan Sukan, isu penjualan MV Augusta, saham Telekom, syarikat Transnasional, Khairy lebih tau dari Pak Lah yang tak ubah sekadar tunggul yang hanya berjawatan tapi bengong tak tau apa.

Inilah hakikatnya.

Anonymous said...

Saya percaya pru14 nanti umno akan kalah begitu juga parti2 komponen lain dalam bn. Punca kekalahan adalah perbalahan dalam orang umno tu sendiri. Baik insan tu masih berada dalam umno ataupun sekadar jadi pemerhati mahupun pengkritik. umno tumbang maka parti komponen lain akan tempang. Ingat sejarah banyak mengajar kita, kehancuran itu bukan disebabkan desakan mahupun tipu daya dari luar parti tapi dalam parti itu sendiri boleh menghancurkan sesebuah pasukan. Kalo nak jentik sekalipun biarlah beradap, melalui toleransi berdepan dan bawa berbincang. Bukan melalui hujan2 pada media. Media hanya melapor isu yang menanggung akibat keretakan itu ialah generasi umno. Kami generasi Y dan Z jadi mangsa disebalik semua tu. Kami perlukan arah tuju yang konkrit untuk memikul tanggungjawab dalam memimpin generasi2 berikutnya. Jauhkan sengketa pandanglah jauh ke depan dan lupakanlah wawasan 2020 andai kata nyawa dihujung tanduk.

Anonymous said...

Anonymous Anonymous said...
Saya percaya pru14 nanti umno akan kalah begitu juga parti2 komponen lain dalam bn. Punca kekalahan adalah perbalahan dalam orang umno tu sendiri. Baik insan tu masih berada dalam umno ataupun sekadar jadi pemerhati mahupun pengkritik. umno tumbang maka parti komponen lain akan tempang. Ingat sejarah banyak mengajar kita, kehancuran itu bukan disebabkan desakan mahupun tipu daya dari luar parti tapi dalam parti itu sendiri boleh menghancurkan sesebuah pasukan. Kalo nak jentik sekalipun biarlah beradap, melalui toleransi berdepan dan bawa berbincang. Bukan melalui hujan2 pada media. Media hanya melapor isu yang menanggung akibat keretakan itu ialah generasi umno. Kami generasi Y dan Z jadi mangsa disebalik semua tu. Kami perlukan arah tuju yang konkrit untuk memikul tanggungjawab dalam memimpin generasi2 berikutnya. Jauhkan sengketa pandanglah jauh ke depan dan lupakanlah wawasan 2020 andai kata nyawa dihujung tanduk.

Thursday, 09 July, 2015
-----------------------------------------------------------------------------

Dah dibawa berbincang, dah dibawa berunding, tetapi kalau tak mau berubah, malahan meneruskan cara-cara yang merosakkan negara, apa gunanya dibiarkan terus begitu.

Kita sebagai rakyat kena melihat dengan teliti, kita kena faham sesuatu perkara dengan mendalam. Dalam isu Najib dan 1MDB ini, kehancuran kepada negara dan rakyat akan berlaku kalau terus dibiarkan, kita tak boleh nak rasa selesa dengan keadaan yang ada sedangkan keadaan itu sikit demi sedikit dihancurkan oleh perbuatan serta dasar yang merosakkan negara.

Saya tak pastilah kamu ini faham atau tidak mengenai isu pemerintahan, isu ekonomi, isu kemasyarakatan.

Tidakkah kamu lihat ekonomi negara sedang menuju penurun yang sangat drastik, dengan nilai ringgit yang makin menjunam, dengan kos sara hidup yang main meningkat, kerana kos operasi makin meningkat, para pelabur mula menjauhkan diri dari Malaysia, seperti kilang JVC, sebuah kilang alatan elektronik di Shah Alam, mereka berpindah ke Thailand kerana kos operasi yang lebih murah, tetapi di negara kita ni dasar yang dibuat oleh kerajaan kononnya nak menjadi negara maju dengan meninggikan kos sara hidup meninggikan kos pengeluaran, maka akhirnya sektor industri makin malap, kerana kos operasi yang tidak kompetitif di pasaran antarabangsa.

Kamu para generasi Y dan Z seperti kamu ini mungkin tak tahu nak menilai, kerana kamu berada dalam zon selesa, tak peduli, tak ambil peduli hinggakan kamu tak tahu isu-isu pemerintahan,isu-isu ekonomi,isu-isu kemasyarakatan,isu antarabangsa, kerana kamu syok dalam zon selesa, golongan sebegini, kerana terlalu syok dalam zon selesa, maka akhirnya akan menjadi katak di bawah tempurung, tak tau apa-apa mengenai isu semasa, yang dipentingkan hanya dirinya sahaja.

Kamu cakap mengenai pandangan jauh ke hadapan, tetapi apakah kamu sendiri memandang jauh ke hadapan dengan melihat kepada keadaan ekonomi, politik, kemasyarakatan, hubungan diplomatik negara kita sekarang ini?

Akah kamu faham mengenai isu 1MDB yang mana 1MDB itu berhutang dengan begitu besar, 42,000 kali ganda dari modal asal, malahan mereka nak bayar faedah bank pun mereka tak mampu, apatah lagi hutang pokok.

Malahan dalam isu TPPA, pihak kerajaan masih sibuk nak terlibat dengan TPPA sedangkan dengan keadaan ekonomi negara kita, taraf industri yang semakin tidak kompetitif, maka keluaran Malaysia hanya akan menjadi sampah sahajalah, dan negara kita terpaksa terima keluaran negara asing secara besar-besaran hingga akhirnya kita akan menjadi pengimport bersih dan nilai matawang akan menjadi rendah seterusnya melingkupkan ekonomi negara ini sendiri.

Kita perlu banyak membaca, banyak membuat kajian, banyak menganalisis, bukannya menghafal buku untuk mendapat seribu A dalam peperiksaan semata-mata.

Anonymous said...

ni le jenis penabur fitnah.. menanggung hutang sebanyak 42000 kali ganda dari modal asal... sedangkan asset tak pulak disentuh... mengumpul asset 52000 kali ganda dari modal asal.... nak cakap mengenai pandangan jauh kehadapan dengan polisi yg mengayakan kroni... mahathir mengaku polisi dia mesra kroni kerana gomen dapat cukai 30% dari kroni beliau... 30% dari keuntungan bersih... 70% keuntungan lagi hak mereka yang hanya perlu connection dengan mahathir... dan kroni yg pernah buka mulut ialah ananda krisna... keling yg dikayakan oleh mahathir .. billionaire ke2 terkaya.. mengaku tiada sebab utk dia membantu org melayu... polisi mahathir TNB perlu membeli kuasa yg dijana oleh IPP yg kesemuanya dibolot oleh kroni2 ni... mendapat keuntungan dgn polisi memaksa TNB membeli dengan harga yg dia control... sekarang 1MDB telah berjaya memiliki IPP tersebut... apa beza diantara keuntungan yg dikawal oleh kroni mahathir dan keuntungan yg dikumpul 1MDB... 1MDB perlu diaudit dibentang ke Parliament.. perlu ke keuntungan yg dibuat oleh kroni mahathir dibentang di Parliament ... CSR yg akan dilakukan 1mdb seperti mana dalam visi dan misi syarikat bukan utk rakyat ke... rumah 1prima bagai yg ingin dibina sebagai contoh dipenang yg mana lim guan eng enggan luluskan itu bukan utk rakyat ke... memang sejak mula polisi yg najib buat seolah mebebankan rakyat.. jika rakyat besabar dan fahami kebaikan yg dapat dicapai melalui realisasi subsidi dan cukai gst.. rakyat perlu menyokong tranformasi ini... dapig dan mahafiruan tu tidak akan berhenti menabur fitnah agar bangsatnye mereka diselindungi oleh agenda jahat ini... yakinlah najib membuat transformasi yg terbaik utk malaysia.. dan pasti kebaikan itu perlu masa utk dibuktikan..
hubungan diplomatik... what a joke... mahathir tu digelar reclacitrant... mencari musuh disegenap pelusuk dunia dan setiap masa yg mana mengakibatkan serangan mata wang 1997... memeras segala kelebihan malaysia utk memenuhi ego mahafiruan tu.. sedangkan najib diakui bekeupayan negotiate dengan pemberontak yg sedang beperang.. obama pun salute.. oleh itu banyak lah membaca dan yg paling penting berdoa agar diberi hidayah

Anonymous said...

Juak2 mamak madey haramjadah ni mahu memaksa kita semua ni sembah telunjuk si tua laknat tu..dgn MENGIAKAN SEMUA apa shj tuduhan, fitnah dan aksi menjatuhkan pemimpin2 UMNO yg mamak tu tak suka atau habis fungsi sepah diterajang.

Cuba kita lihat gaya Tun Pak Lah diserang, sampai skrg pun xdak satu bukti atau pendakwaan undang2 yg secara jelas menunjukkan Pak Lah clean, tak buat kerosakan.

Skrg DS Najib diasak sebab Najib tak mahu alih jawatan, dr isu Altuya rekayasa rejim mamak, Deepak paria mana, then 1mdb, petrosaudi, hutang billion sbg perang saraf habis2an utk jahanamkan Najib.

Anjing2 mamak haramjadah ini diupah melata di segenap blog2 pro UMNO BN spy perang saraf ini berjaya jatuhkan Najib..

Memaki2 org yg sokong Najib dgn penuh hina sedangkan Najib dipilih sah secara demokrasi.. celaka mamak madey haramjadah ni, jika Najib tumbng begini jgn mimpilah Muhyiddin yg tamak kuasa tu akn selamat jd PM. Sekali mamak haramjadah tu berjaya korbankn musuhnya, ketagihan setrusnya akn berlaku..

Semoga Tuhan menghalang kerja jahat rejim tun mamak madeyy laknatullah ini dr rakus menjahanamkan UMNO dn negara!

Anonymous said...

1MDB kata ada aset berjumlah RM 51 bilion, tapi dari RM 51 bilion itu, sebanyak RM 15.4 bilion adalah 'pelaburan' melibatkan Brazen Sky, GIL Funds, serta Aabar Deposit, jadi sila terangkan apakah jenis pelaburan itu? Perniagaan apakah yang dilaburkan? Apakah perniagaan kelab malam, pub, disko, kabaret, dangdut, pelacuran, ceti haram, jual ikan, perjudian, dadah, video lucah, silanyatakan dalam bidang apa? Malahan pihak Audit Negara serta PAC sendiri tak tahu apakah jenis perlaburan, dalam bidang apakah pelaburan itu dibuat, di manakah pelaburan itu, semuanya tidak dinyatakan, hanya buat gambarajah yang menyatakan pelaburan dalam Brazen Sky RM 6.1 bilion, Aabar Deposit sebanyak RM 4.2 bilion, GIL Funds sebanyak RM 5.1 bilion, tetapi melabur dalam bidang apa, di mana pelaburan itu dibuat tak dinyatakan pula.

Malahan dalam isu USD 1.103 bilion yang dikatakan oleh 1MDB malahan oleh Najib sendiri bahawa itu adalah wang tunai yang disimpan di BSI Singapore Limited selepas ditebus dari pelaburan di Cayman Island di mana pelaburan di Cayman Islands itu pun tak diketahui dalam bidang apa perjudian, kelab malam, dadah, video lucah, jual burger, jual nasi lemak, itu pun tak dinyatakan dalam bidang apa. Malahan yang lebih lawak lagi dengan 'penuh yakin' Najib jelaskan dalam sidang parlimen pada bulan Mac 2015 bahawa pelaburan yang ditebus di Cayman Island itu adalah dalam bentuk tunai dalam matawang dolar Amerika, walaupun Tun Dr. Mahathir dan beberapa pihak lagi mempertikaikan berkenaan USD 1.103 itu sebenarnya bukan dalam bentuk tunai dalam matawang dolar Amerika tetapi 'paper asset' yang tak diketahui jenis dan nilainya, tetapi Najib menafikan pendedahan tersebut, tetapi akhirnya pada bulan Mei 2015, dalam sidang parlimen Najib membuat 'pembetulan' mengenai apa yang dikata pendedahan mengenai USD 1.103 bukan tunai tapi paper asset oleh Tun Dr. Mahathir dan beberapa pihak yang Najib tuduh sebagai mengarut dan sebagainya, akhirnya Najib sendiri mengaku dalam jawapan kepada sidang parlimen pada bulan Mei 2015 bahawa apa yang tersimpan di BSI Singapore Limited itu bukannya tunai, tapi aset, jumlah dan jenisnya Najib tak berani nak dedahkan, lepas tu Kementerian Kewangan buat lagi 'pembetulan' dengan menyatakan bukan asset, tetapi unit pula, bila ditanya unit apa, berapa jumlahnya, jawapan yang diberikan hanyalah 'Just Unit'.

Kalau kamu kata saya fitnah, sila kamu jelaskan mengenai apa yang saya soalkan ini, jangan merapu tak tentu hala pula ye.

Selamat menjawab.

Anonymous said...

Psklah baru bangun tidur...terlewat bas rupanya dia ni..jgn lupa punya politik malaysia haru biru pasal kau le..nak terbuka la..nak terlus la..bila PR dan bangsa lain da nak hak yg sama ..kau membisu. Tsk tau nak buat apa apa, da la sambung tidur la..jgn la clp apa yg x tahu la..samdol lah

Anonymous said...

perlu ker fitnah dijawab? nak jawab apa kalau tak betul...Allah dah janji tempat orang suka menfitnah di neraka bawah akhir sekali..ha situ ko jawablah samdol